Home

Saturday, June 04, 2011

Mati Tiba-tiba

Assalamualaikum dan Salam Persahabatan

Mati akan tiba pada sesiapa saja makhluk yang hidup. namun cara kematian itu yang berbeza-beza. Message yang ingin dikonsgikan pada kali ini ialah mengenali Mati Tiba-tiba. Marilah kita baca dan Muhasabah diri kita, agar kita sentiasa ingat bahawa kita akan mati pada bila-bila masa saja. Mudah-mudahan dapat menginsafkan kita... Di sini juga di sertakan sebuah Sajak Sakaratul Maut... sajak ni selalu saya dengar pada zaman sekolah rendah dulu iaitu pada awal tahun 90an... Sajak yang memberi pengajaran yang berguna dan bermakna sekali... Selamat membaca dan mendengar.... :)

Muhasabah
Mati Tiba-tiba
Klik pada image untuk mendapatkan paparan yang lebih besar dan jelas


Daripada Anas bin Malik r.a. bahawa Rasullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: ‘Antara tanda-tanda kiamat adalah…. Berleluasanya mati secara tiba-tiba (Mendadak).” (Riwayat al-Tabrani dalam al-Saghir)

Hadis ini kini disokong oleh beberapa data yang diperoleh dari kajian yang dijalankan oleh Amerika Syarikat terhadap penyakit Sudden Cardiac Death (SCD). Statistik tersebut menunjukkan bahawa:

• Lebih kurang 325,000 orang meninggal setiap tahun di Amerika Syarikat.

• SCD mencacatkan jumlah kematian yang lebih tinggi berbanding kanser paru-paru, kanser payudara dan AIDS.

• Lebih kurang 40% meninggal sendirian tanpa kehadiran sesiapa yang paling dikenali atau tak dikenali.Inilah yang meningkatkan risiko kematian kerana tidak sempat mendapat pertolongan daripada sesiapa sahaja yang berada berdelatan ketika penyakit jantung menyerang.

• Jumlah kematian lelaki berbanding wanita ialah 3:1. Ini bermakna lelaki mempunyai risiko mati secara tiba-tiba tiga kali ganda berbanding wanita.

Benarlah apa yang dinukikan dalam hadis tersebut. Persoalannya adakah kita sudah bersedia andai ditakdirkan tergolong dalam golongan tersebut? Mati secara tiba-tiba tanpa sempat meminta bantuan daripada sesiapapun. Lebih teruk andainya kita mati tanpa sempat membawa bekalan yang mencukupi dan bertaubat.


Dari Ibnu Omar r.a bahawa Nabi SAW pernah ditanya ,: "Siapakah orang yang bijak wahai Nabi?"

Nabi SAW menjawab :

"Orang yang paling bijak ialah orang yang paling banyak mengingati mati dan paling bersedia untuk menghadapinya." (HR : Ibnu Majah)

Dari Majalah Solusi keluaran Isu 17.

2 comments:

MSG-Zone