Home

Friday, June 03, 2011

Menangis

Assalamualaikum dan Salam Ukhuwah...

Pernahkah anda menangis? Sebab apa anda menangis? Tahukah anda menangis juga memberi manfaat pada diri kita. Message yang hendak disampaikan pada kali ini adalah mengenai Menangis dari sudut perubatan.

Menangis Dari Sudut Perubatan

Klik pada image untuk mendapatkan paparan yang lebih besar dan jelas

1. Menyahkan Zat Berbahaya dari Tubuh Badan

Menangis merupakan kaedah semula jadi untuk mengeluarkan zat-zat kimia yang berbahaya daripada tubuh manusia. Zat-zat kimia ini dihasilkan oleh tubuh ketika dalam ketakutan.


2. Meningkatkan Kadar Degupan Jantung

Menangis boleh meningkatkan kadar degupan jantung dan dianggap sebagai latihan yang berguna bagi rongga badan, urat-urat dada dan kedua-dua belah bahu. Selepas menangis, kadar degupan jantung kembali perlahan sehingga menimbulkan perasaan yang sangat tenang.

3. Menghalang Penyakit

Satu kajian oleh Universiti Temple, Amerika Syarikat kepada 100 orang yang menghidap penyakit radang usus besar dan luka pada perut dan 100 orang yang sihat. Hasil kajian mendapati jawapan yang agak mengejutkan. Hampir semua pesakit yang menghidap penyakit tersebut mengatakan bahwa menangis adalah tanda lemahnya peribadi, maka mereka memilih untuk memendam rasa hati mereka. Manakal bagi mereka yang tidak menghidap sebarang penyakit adalah sesuatu yang semula jadi jika dilakukan pada waktu dan tujuan yang sesuai.

4. Membebaskan Racun dari Badan

Arthur Frank, seorang ilmuwan Amerika berkata, “Oleh sebab air mata berfungsi mengeluarkan unsure-unsur beracun dari dalam tubuh, maka menahan air mata bererti membiarkan tumbuhnya racun secara perlahan-lahan. Secara fitrahnya perempuan lebih cenderung untuk menangis berbanding kaum lelaki, maka secara umumnya usia hidup mereka lebih panjang berbanding usia lelaki keran perempuan membebaskan banyak racun dalam tubuh melalui tangisan.”

Saintis-saintis dan pakar mata berpendapat ai mata mengandungi sejumlah peratusan racun tertentu yang hanya dapat dikeluarkan daripada tubuh melalui tangisan. Ini menjadikan orang yang menangis bebas daripada racun-racun tersebut.

5. Air Mata Mengandungi 25% Protein

Kajian-kajian yang dijalankan oleh para saintis membuktikan bahawa air mata mengandungi 25% protein dan satu bahagian daripada zat terutamanya magnesium. Ini adalah unsur yang tidak seimbang dan boleh menjadi racun kepada manusia. Ianya dapat dibebaskan daripada manusia ketika menangis.

Dari Majalah Solusi keluaran Isu 17.

No comments:

Post a Comment

MSG-Zone