Home

Tuesday, July 26, 2011

Berkasih Sayang Kerana Allah

Assalamualaikum semua sahabat yang dikasihi... Apa Khabar?

Sebagai seorang manusia kita mempunyai sifat kasih dan sayang sesama makhluk. Namun apakah kasih sayang kita itu benar-benar kerana kita kasih atau sekadar mahukan sesuatu balasan daripada mereka? Harap-harap kita tergolong dalam golongan seperti itu. Message yang hendak dikongsikan kali ini ialah mengenai berkasih sayang kerana Allah... jom kita baca seterusnya.. mudah-mudahan menjadikan kita pengajaran dari kisah ini...

Berkasih Sayang
Kerana Allah
Klik pada image untuk mendapatkan paparan yang lebih besar dan jelas

Kisah ini diriwayatkan daripada Rasullah s.a.w. sendiri. Abu Hurairah meriwayatkan daripada Baginda s.a.w. bahawa ada seorang lelaki ingin menziarahi sahabatnya yang menetap di sebelah kampong yang lain.

Maka Allah s.w.t. telah menghantar malaikat ke jalan yang dilaluinya untuk memerhatikan lelaki itu.

Apabila lelaki itu melalui jalan yang ditunggu oleh malaikat itu, malaikat bertanya: “Ke mana kamu ingin pergi?”

Jawab lelaki itu jujur: “Aku ingin bertemu saudaraku di kampong ini.”

Malaikat bertanya lagi: “Adakah bagi kamu ada apa-apa nikmat yang akan kamu peroleh daripadanya?”

Lelaki itu menjawab: “Tidak, Aku menziarahinya hanya kerana aku menyayanginya kerana Allah.”

Berkata malaikat: “Sesungguhnya aku merupakan utusan Allah kepadamu untuk menyampaikan bahawa Allah Taala menyayangi saudaramu kerana-Nya.” (Riwayat Muslim)

Orang yang ihklas bersahabat kerana Allah tidak menaruh apa-apa kepentingan peribadi daripada hubungan persahabatan yang terbina. Bukankah harta dan pangkat yang dicari walaupun sahabat mampu memberikan kelebihan seperti itu. Namun mereka yakin hakikat persahabatan yang baik itu hanya Allah yang mampu member ganjaran yang terbaik.

 Dari Majalah Solusi keluaran Isu 33.

No comments:

Post a Comment

MSG-Zone