Home

Monday, July 18, 2011

Doa Untuk Sahabatku

Assalamualaikum Semua sahabat-sahabatku....

Sahabat ialah orang yang paling rapat dengan kita selepas keluarga. Kita selalu bercerita dengan sahabat tentang diri kita. Beruntunglah sekiranya mempunyai sahabat yang baik dan sudi mendengar rintihan, keluhan dan sanggup susah senang bersama dengan kita. Ada ke macam tu? Mesti adakan... Okeylah, kali ini saya hendak kongsikan sedikit doa untuk sahabat sebagai hadiah buat mereka yang sudi bersahabat dengan kita. mudah-mudahan dengan doa ini keakraban kita dengan sahabat akan berkekalan sampai bila-bila... Insya-Allah.. Amin

Doa Untuk Sahabatku
Klik pada image untuk mendapatkan paparan yang lebih besar dan jelas

 
Ya Allah
Panjangkanlah Umur Sahabatku
Kurniakanlah Kesihatan Yang Baik Padanya
Terangi Hatinya Dengan Nur Pancaran Iman,
Tetapkanlah Hatinya, Perluaskanlah Rezekinya,
Dekatkanlah Hatinya Kepada Kebaikan,
Jauhilah Hatinya Pada Kejahatan,
Tunaikanlah Hajatnya Baik
Hajat Dalam Agama, Dunia dan Akhirat

Ya Muhaimin
Jika Dia Jatuh Hati Izinkanlah Dia
Menyentuh Hati Seseorang Yang Hatinya
Berpaut Pada-Mu Agar Tidak Terjatuh Dia
Dalam Jurang Cinta Nafsu,
Jagalah Hatinya Agar Tidak Berpaling
Daripada Melabuhkan Hatinya Pada Diri-Mu
Jika Dia Rindu, Rindukanlah Dia Pada Seseorang
Yang Merindui Syahid Di Jalan-Mu

Ya Allah
Jangan Biarkan Sahabatku Tertatih dan
Terjatuh Dalam Perjalanan Panjang
Menyeru Manusia Ke Jalan-Mu,
Jika Kau Halalkan Aku Merindui Sahabatku,
Janganlah Aku Melampaui Batas
Sehingga Melupakan Daku Pada
Cinta Hakiki, Rindu Abadi dan
Kasih Sejati Hanya Untuk-Mu

Ya Allah
Kurniakanlah Sahabatku
Kesenangan, Ketenangan, Kecemerlangan
Di Dunia dan Di Akhirat-Mu.
Amin Ya Robbal A’lamin
 

2 comments:

MSG-Zone