"kerana pulut santan di guna, Kerana mulut badan binasa" ungkapan ini selalu kita dengar bila sesuatu pertengkaran berlaku... Kali ini saya bukan nak berbicara tentang pulut atau yang berkaitan dengannya... Cuma kali ini message yang hendak dikongsikan khususnya untuk suami isteri yang inginkan hidup rukun dan damai patut baca entri ini "jaga mulut elak dosa". maksudnya lebih kurang sama dengan peribahasa pulut tadi cuma kali ini ianya lebih fokuskan kepada situasi dalam berumah tangga. Jom la kita baca seterusnya.... semoga memberi kita manfaat dan dapat memperbetulkan diri kita. lebih-lebih lagi mereka yang telah berumahtangga... :)
 Jaga Mulut 
Elak Dosa
Klik pada image untuk mendapatkan paparan yang lebih besar dan jelas
| Jaga   Mulut  Elak Dosa | |
| Bercakap perkara yang perlu | Nilai dahulu sebelum kata-kata itu   dilafazkan. Kata-kata remeh yang boleh menyinggung perasaan suami merupakan   dosa yang boleh membawa kepada pergaduhan. | 
| Elakkan   bertanya urusan orang lain yang tidak berkaitan dengan diri sendiri dan agama | Sewaktu suami pulang misalnya, isteri   bertanya: “Abang dengar tak, kawan abang tu dah kahwin lagi satu?”   Cakap-cakap seperti ini bokeh meretakkan hubungan suami isteri. | 
| Mewujudkan suasana saling mempercayai | Isteri seharusnya cuba berbaik sangka   dengan siami. Sikap tuduh-menuduh boleh menjadi punca suami tidak selesa berada   di rimah. | 
| Menggunakan   kata-kata yang lemah lembut | Isteri menghormati suami akan menggunakan   bahasa yang baik dan lemah lembut pertuturannya. Suami yang pada mulanya   mungkin mempunyai masalah di tempat kerja, sedikit sebanyak berasa tenang   apabila balik ke rumah dan mendengar suara dan bicara isteri. | 
| Elakkan   perkataan bernada menghina dan mengejek | Sebelum suami atau isteri marah dan   bertindak menghemburkan kata-kata yang tidak baik, perlu menenteramkan diri   dan bertanya apa punca suami atau isteri melakukan perkara yang kita tidak   suka itu.   | 
 Dari Majalah Solusi keluaran Isu 33.
 

No comments:
Post a Comment
MSG-Zone