Home

Monday, July 04, 2011

Lemah Lembut vs Kasar

Assalamualaikum semua.... :)

Lemah lembut dan kasar adalah sikap yang berlawanan. kedua-dua sikap ini merupakan sifat mahmudah dan mazmumah.. Sebelum ini kita telah ketahui sifat-sifat mahmudah dan sifat mazmuah. jadi kali ini message yang hendak dikongsikan mengenai sifat lemah lembut dan sifat kasar.. jom baca... jadikan panduan dan pedoman.

Lemah Lembut vs Kasar

Klik pada image untuk mendapatkan paparan yang lebih besar dan jelas


Lemah Lembut

Lemah lembut (al-Halim) itu antara Asma al-Husna (nama-nama Allah).

Allah berfirman yang bermaksud:

“Dan ketahuilah bahawa Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyantun.” (Surah al-Baqarah 2: 235)

Muslim yang lemah lembut (al-Hilm) dihiasi dengan hati yang lunak, jauh daripada sifat panas baran, sopan santun, berlapang dada dan membalas keburukkan dengan kebaikkan.

Perhatikan kisah berikut, satu teladan daripada sirah nabawi:

Tufail bin Amru al-Dusi pernah menyeru kabilahnya agar beriman dengan Allah dan Rasullah, namun seruannya ditolak. Setelah mengadu kepada Rasullah, Tufail menyangka Baginda akan mendoakan kebinasaan buat kabilahnya, namun apa yang berlaku ialah sebaliknya. Baginda mendoakan cahaya hidayah buat mereka. Kesannya dakwah Tufail buat kali kedua diterima.

Lihatlah betapa lemah lembutnya Baginda berdakwah kepada umatnya.

Kasar

Allah berfirman surah al-Fath ayat 29 yang bermaksud:

“Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang yang bersama dengan dia adalah keras terhadap orang kafir, tetapi berkasih saying sesame mereka.”

Begitulah akhlak sahabat yang telah dicorak oleh Rasullah s.a.w., hanya berkeras dengan mereka yang memusuhi Allah.

Kita ditegah berkasar sesame Muslim, sesame ahli keluarga (terutama ibu bapa), gologan miskin, anak yatim piatu dan sebagainya.

Larangan berkasar terutama dalam menyampaikan dakwah pernah difirmankan Allah kepada Rasullah s.a.w. yang bermaksud:

“Maka disebabkan rahmat daripada Allah-lah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri daripada sekelilingmu. Kerana itu maafkanlah mereka, mohonkanlah keampunan bagi mereka, dan bermusyuwarahlah dengan mereka dalam urusan itu.” (Surah Ali Imran 3: 159)

 Dari Majalah Solusi keluaran Isu 27.

No comments:

Post a Comment

MSG-Zone