Home

Tuesday, July 05, 2011

Tip Meneguhkan Iman

Assalamualaikum semua rakan-rakan yang bertandang ke blog ini... :)

Entri kali ini message yang hendak dikongsikan adalah mengenai bagaimana untuk kita meneguhkan iman. Tip ini sangat berguna kepada kita agar kita tidak tersasar dari melakukan perkara-perkara yang mungkar. Mudah-mudahan tip ini memberi manfaat dan faedah kepada kita semua.. Jom le kita membacanya sama-sama....

Tip Meneguhkan Iman

Klik pada image untuk mendapatkan paparan yang lebih besar dan jelas

i.                     Bersyukur  apabila mendapat nikmat.
ii.                   Sabar apabila mendapat kesulitan.
iii.                  Bertawakal apabila mempunyai perencanaan.
iv.                 Ikhlas dalam segala amal perbuatan.
v.                   Jangan membiarkan hati larut dalam kesedihan.
vi.                 Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan.
vii.                Jangan berputus asa dalam menghadapi kesulitan.
viii.              Jangan hasad dan iri hati atas kejayaan orang lain.
ix.                 Jangan sombong sekiranya memperoleh kejayaan.
x.                   Jangan tamak kepada harta.
xi.                 Jangan goyah dengan fitnah.
xii.                Jauhkan diri daripada dosa-dosa yang besar.
xiii.              Jangan membiasakan diri melakukan dosa-dosa kecil.
xiv.              Banyak berkunjung ke rumah Allah (masjid).
xv.               Lakukan solat fardu pada awal waktu dan berjemaah di masjid.
xvi.              Perbanyakkan zikir dan doa kepada Allah.
xvii.            Jangan rasa takut kecuali hanya kepada Allah.
xviii.           Cintailah seseorang dengan tidak berlebih-lebihan.
xix.              Bersatu padulah kerana Allah dan berpisahlah hanya kerana-Nya.

 Dari Majalah Solusi keluaran Isu 27.

4 comments:

MSG-Zone