Home

Tuesday, August 09, 2011

Mutiara Kata #3

Assalamualaikum Semua.. :)

Berikut merupakan sambungan entri Mutiara Kata #1 dan Mutiara Kata #2. Semoga dengan adanya kata-kata yang berhikmah ini kita dapat meningkatkan motivasi pada diri kita.

Mutiara Kata #3


41. Tidak pernah wujud orang malas. Orang yang dianggap malas ialah orang yang tidak dapat mencari pekerjaan yang sesuai dengan minatnya.

42. Jika poket anda penuh, anda tidak akan kekurangan sahabat.

43. Semua perkara adalah sukar sebelum ia menjadi mudah.

44. Mimpi itu adalah perlu dalam hidup.

45. Seorang lelaki boleh dikalahkan tetapi tidak boleh dimusnahkan.

46. Kemenangan terhadap diri sendiri adalah lebih baik daripada kemenangan terhadap orang lain.

47. Orang pengecut ialah orang yang melihat sesuatu yang benar tetapi tidak melakukannya.

48. Kemenangan hanya untuk orang yang berhak mendapatkannya.

49. Lebih mudah untuk memenuhi impian kita yang pertama daripada cuba untuk mengejar impian-impian lain selepasnya.

50. Tidak ketawa walaupun sehari amat merugikan.

51. Anda tidak boleh mengubah masa lepas anda. Tetapi anda boleh memusnahkan diri anda kini sekiranya terlalu memikirkan masa depan anda.

52. Tidak penting sama ada berapa lama kita hidup. Yang penting bagaimana keadaan kita semasa hidup.

53. Berdoa dan meminta bukannya perkara yang sama.

54. Berterima kasihlah kepada pokok yang memberi anda perlindungan dengan tidak memusnahkannya.

55. Sembahyang adalah prinsip utama dalam hidup. Memberi alasan tidak cukup masa untuk melakukannya adalah hinaan kepada Allah.

56. Jangan tinggalkan hingga esok apa yang boleh disiapkan hari ini.

57. Tiada hiburan yang lebih murah daripada membaca

58. Apabila semua benda kelihatan semakin hilang, ingatlah bahawa masa depan masih ada.

59. Rasuah akan sentiasa wujud selagi masih ada perasaan tamak pada diri manusia Jangan sangka diri kita adalah yang terbaik kerana kita belum kecapi kejayaan yang orang lain capai

60. Jangan sangka diri kita adalah yang terbaik kerana kita belum kecapi kejayaan yang orang lain capai

No comments:

Post a Comment

MSG-Zone