Text

http://www.msg-cyber.blogspot.com/
Welcome to MSG Cyber
Selamat Datang ke MSG Cyber

Monday, May 30, 2011

Mutiara Kata #2

Mutiara Kata #2

21. Kebodohan ialah kesilapan bagi seseorang yang mempunyai peluang untuk menjadi pandai.

22. Gunakan akal anda seolah-olah nyawa anda bergantung kepadanya.

23. Anda tidak akan berjaya menjadi penulis sekiranya anda tidak menjadi pembaca terlebih dahulu.

24. Rahsia hati seseorang ialah sedalam sebuah lautan yang luas.

25. Nyanyian ibu untuk menidurkan anaknya ketika kecil adalah suara yang paling merdu di dunia.

26. Orang miskin memakan makanan yang lebih enak daripada orang kaya kerana makanan mereka adalah berkat kepada kemiskinan mereka.

27. Anda tidak akan berasa penat sekiranya melakukan perkara yang anda suka.

28. Lebih baik seseorang wanita mengahwini lelaki yang mencintainya daripada beliau mencintai lelaki tersebut.

29. Jika anda berhasrat untuk berjaya, jangan hanya memandang ke tangga tetapi belajarlah untuk menaiki tangga tersebut.

30. Di mana anda berdiri, di situlah perlumbaan kehidupan anda dan lupakan masa silam.

31. Berhati-hatilah dengan kemarahan seorang yang sedang bersabar.

32. Tanpa permulaan, anda tidak akan sampai ke mana-mana

33. Adalah lebih baik untuk mengetahui kelemahan dan kegagalan sendiri daripada menuding kesalahan kepada pihak lain

34. Setiap malam sebelum tidur,anda perlu menetapkan satu matlamat di dalam minda dan menguatkannya dari hari ke hari

35. Jagalah apa yang anda suka atau anda terpaksa menyukai apa yang anda dapat.

36. Lelaki yang bijak dapat membaca buku dan kehidupan sekaligus.

37. Kesabaran akan lebih menguntungkan daripada kekuatan yang dimiliki

38. Jika anda hilang segala-galanya, jangan lupa, kerana anda masih mempunyai masa depan.

39. Sesiapa yang tidak pernah merasai kepahitan tidak akan mengenal kemanisan.

40. Masyarakat abad dahulu menggunakan tenaga manusia untuk membina sebuah monumen yang indah sekali. Masyarakat abad kini menggunakan jentera hanya untuk membina sebuah kedai.

Mutiara Kata #1

No comments:

Post a Comment

MSG-Zone

Sports - Football : Click Picture to Go Site Page

Best Red yellow
PhotobucketPhotobucket PhotobucketPhotobucket

Blog Untuk Download