Home

Tuesday, October 11, 2011

Bas Nombor 18

Assalamualaikum Semua :)

Kali ini saya hendak kongsikan satu kisah dimana kita boleh mengambilnya sebagai pengajaran. Cerita ini dipetik dari majalah Solusi keluaran isu 36. Insya-Allah saya juga akan kongsikan kisah-kisah lain jika berkesempatan... Moh kita baca seterusnya.. Mudah-mudahan memberi manfaat yang berguna kepada kita semua... :)


Bas Nombor 18
Klik pada image untuk mendapatkan paparan yang lebih besar dan jelas

‘Maaf tuan, saya ingin pergi ke hospital besar. Tetapi saya tidak pasti bagaimana untuk ke sana. Saya baru je sampai di Kuala Lumpur ni,” seorang lelaki bertanya seorang pegawai polis.

“Baiklah, kamu pergi ke stesen bas di depan sana. Tunggu bas 18. Bas itu akan bawa kamu ke sana,” kata pegawai polis itu sambil menunjukkan sebuah stesen bas yang tidak jauh dari situ.

“baiklah, terima kasih.”

Pegawai polis itu berlalu pergi dengan kereta perondanya. Empat jam kemudian, polis itu melalui lagi tempat berkenaan. Alangkah terrkejutnya dia apabila mendapati lelaki yang bertanya tadi masih di situ menunggu bas.

Polis itu segera menghampirinya dan bertanya: “Kamu masih menunggu? Kan saya dah kata naik bas 18?”

“Oh, tuan! Ya tuan, saya sedang menunggu bas. Setakat ini baru 16 buah bas yang lalu. Tinggal dua buah bas saja lagi untuk sampai bas yang ke-18. Dah tak lama dah….”
Pengajaran:
Ada sesetangah orang perlu dibimbing sehingga dia Berjaya melakukan sesuatu, seperti mengajar anak-anak kecil, terutama soal aqidah dan ibadah, bukan semata-mata memberikan maklumat tetapi bersama-sama mereka mempraktikannya.
 Dari Majalah Solusi keluaran Isu 36.

6 comments:

  1. alahai..kesiannya dia..lurus bendul betul..hehe

    ReplyDelete
  2. @Bui Junaidi - kadang2 masalah jugakkan kalau jumpa orang yang mcm nie. :)

    ReplyDelete
  3. sengal nih hehe...kesian pon da gak

    ReplyDelete
  4. @gigitjari ~x( Hehe dia confius tu... tapi tak ramai yang ada mcm tu... :)

    ReplyDelete

MSG-Zone