Home

Tuesday, October 11, 2011

Ensiklopedia Gergasi dalam Sel Kecil Manusia.

Assalammualaikum Semua :)

Hari ini saya hendak sambung entri yang berkaitan dengan DNA. Dari entri ini kita dapat melihat betapa besarnya kehebatan ciptaan Allah s.w.t. bukan sahaja dapat dilihat pada kejadian alam semesta, bumi, langit, bintang dan matahari serta planet-planet yang besar di alam ini, bahkan ia juga dapat dilihat pada sekecil-kecil perkara yang ada dalam hidupan.Mari baca seterusnya....


Ensiklopedia Gergasi dalam Sel Kecil Manusia.
Sumber Gambar:  
http://www.accessexcellence.org/RC/VL/GG/chromosome.php


Maklumat-maklumat yang di simpan di dalam DNA agak memeranjatkan. Jika ditulis pada helaian kertas, maklumat yang disimpan di dalam DNA untuk satu sel boleh menyamai sehingga 1 juta halaman sebuah ensiklopedia. Ini bermakna satu sel pada badan manusia mengandungi kira-kira satu halaman muka surat maklumat yang berkaitan dengan fisiologi dan fizikal seseorang. Segala tindak balas fisiologi dan metabolism yang berlaku setiap hati ditentukan oleh maklumat yang terdapat di dalam DNA tersebut.

Sebagai analoginya, 23 jilid Encyclopedia Britannica yang merupakan ensiklopedia terbesar di dunia mengandungi 25,000 muka surat secara keseluruhan. Maka di dalam molekul nucleus yang saiznya terlalu kecil di tengah-tengah sel, tersimpan satu maklumat yang 40 kali ganda lebih banyak daripada ensiklopedia yang terbesar di dunia, ataupun menyamai 920 jilid ensiklopedia tersebut. Jika semua jilid-jilid itu disusun di atas lantai, ia akan mencapai ketinggian 70 meter atau bersamaan dengan bangunan setinggi 20 tingkat. Jika ia ditulis di atas kertas-kertas dan kertas itu disambung dan direntangkan, ia boleh menjangkau jarak yang jauh seolah-olah merentasi lautan Atlantik.

Contoh-contoh tersebut adalah sebagai gambaran betapa banyak maklumat-maklumat yang di simpan oleh DNA bagi satu sel. Ia bukanlah sebuah computer canggih atau sebuah perpustakaan. Ia hanya satu molekul yang sangat kecil tersimpan di dalam sebuah sel dan tidak dapat dilihat oleh mata kasar.

Entri ini ada sambungannya.... 

Entri Berkaitan: : 
 


 Dari Majalah Solusi keluaran Isu 35.

No comments:

Post a Comment

MSG-Zone