Home

Tuesday, November 08, 2011

Faedah dan Persediaan Menuju Gerbang Perkahwinan

Assalammualaikum Semua

Hari ini saya hendak kongsikan sedikit info mengenai faedah perkahwinan atau nikah. Info ini sangat berguna kepada semua orang yang hendak berkahwin. Semoga dengan sedikit info ini dapat memberi manfaat kepada anda dalam mempersiapkan diri untuk menuju gerbang perkahwinan.Insya-Allah. :)

"Ya Allah, Kau Jodohkanlah aku dengan Insan yang beriman kepada-Mu," Amin...

Faedah dan Persediaan Menuju Gerbang Perkahwinan
Klik pada image untuk mendapatkan paparan yang lebih besar dan jelas

Islam menggalakkan umatnya berkahwin kerana perkahwinan itu mempunyai faedah yang sangat besar kepada individu dan masyarakat. Dato’ Ustazah Siti Nor Bahyah Mahmood menghuraikan enam faedah besar yang terkandung dalam sesebuah perkahwinan iaitu:


1. Untuk menyahut seruan fitrah.

Katanya, perkahwinan itu adalah untuk menyahut seruan fitrah kerana lelaki perlu kepada perempuan dan sebaliknya. Menjelaskan hal ini, beliau memetik ayat 30 dalam surah Ar-Rum yang bermaksud:
“Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama Allah; (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah. (Itulah) agama yang lurus; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui “ (Surah Ar-Ruum 30: 30)

2. Perkahwinan itu satu ibadat.

Jika seseorang itu telah berkahawin, maka sempurnalah sebahagian daripada tuntutan agama seperti yang terkandung dalam hadis tersebut:
“Apabila berkahwin seseorang hamba, maka telah sempurnalah sebahagian daripada agamanya. Maka, hendaklah dia bertakwa kepada Allah dalam sebahagian yang lain.” (Riwayat al-Hakim)
3. Perkahwinan adalah Sunah Rasulullah S.A.W.

Perkhawinan adalah sunnah Rasulullah s.a.w. berdasarkan sepotong hadis:
“Dan aku ini bernikah, maka siapa yang membenci sunah aku, maka dia bukanlah daripada golongan aku.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Menurutnya, untuk mendapatkan syafaat Nabi kita perlu mengikut sunah Nabi termasuklah dalam soal berkahwin.


4. Untuk melahirkan keturunan yang soleh dan solehah.

Beliau menegaskan, perkahwinan adalah jalan terbaik untuk mengembangkan zuriat. Tetapi jika perkahwinan ini dihalang sehingga melahirkan anak luar nikah, ia bukan cara mengembangkan zuriat yang sah.

“Oleh sebab itulah Nabi menyuruh kita berkahwin dengan wanita yang pengasih dan mampu melahirkan ramai zuriat.” Ujarnya lagi sambil memetik hadis riwayat Abu Daud yang menyatakan:
“Bernikahlah dengan perempuan yang subur dan melahirkan anak kerana aku berbangga dengan mempunyai umat yang ramai.” (Riwayat oleh Abu Daud)
5. Untuk mewujudkan ketenangan jiwa dan ketenteraman rohani.

Perkahwinan boleh menjadi penawar bagi masalah stress. Kadangkala, jiwa kita resah dan gelisah dengan pelbagai masalah yang menimpa. Jika adanya pasangan hidup, mungkin masalah yang menghujani kita boleh dikongsi bersama. Beliau turut menjelaskan firman Allah s.w.t. dalam surah Ar-Rum ayat 21:
“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.” (Surah Ar-Ruum 30: 21)
6. Menjaga Akhlak

Perkahwinan dapat mengelakkan diri daripada keruntuhan dan kerosakkan akhlak. Menurutnya, gejala social yang melibatkan remaja Islam hari ini sangat menakutkan. O;eh itu, untuk menjaga kehormatan diri, perkahwinan adalah jalan yang terbaik.

“Apabila berkahwin, sudah pasti kita tidak mahu melihat orang lain kerana kita sudah ada pasangan hidup dan dia boleh menjaga kehormatan kita.” Tegasnya.

Beliau memetik hadis Nabi s.a.w. yang bermaksud:
“Wahai golongan pemuda, sesiapa antara kamu yang mampu kahwin, maka hendaklah dia kahwin kerana kahwin itu dapat menundukkan pandangan mata dan dapat mengekang nafsu dan sesiapa yang tidak mampu berkahwin, maka hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu dapat mengekang nafsu.” (Riwayat Bukhari , Abu Daud, at-Tirmizi dan an-Nasai)
  Dari Majalah Anis Bil : 171

4 comments:

  1. sape2 yang dah nikah..rezki pom terbuke luas.. :D

    ReplyDelete
  2. @iLa suHaiLa Betul tu... so kalau nak rezeki bertambah lekas2lah kahwin.. hehe (tapi calon masih takde) huhuhu

    ReplyDelete
  3. @Cik Nurul Kalau dah ada calon elok le di cepatkan... huhu

    ReplyDelete

MSG-Zone