Home

Thursday, November 10, 2011

Jom Kita Senyum :)

Assalamualaikum Semua :)

Entri sebelum ini saya telah kongsikan hadiah yang terbaik kepada semua ialah senyum..kan.? Betul tak? Lupa la tu... hehe... bagi mereka yang belum lagi tahu bolehlah klik kat sini ye Hadiah Terbaik Okeylah kita sambung... Entri kali ini saya hendak kongsikan pasal faedah kalau kita SENYUM atau dalam bahasa Wayne Rooney ialah SMILE... lalala... So ayuh kita baca seterusnya... Faedah bila kita senyum... semoga entri kali ini memberi manfaat untuk anda... Ingat kalau anda senyum pasti semua orang akan senyum... begitu juga kalau anda sengih pasti orang akan tersengih lihat anda sengih.... nananana... :D oh ye mungkin ada yang dah tahu.. so kalau dah tahu pun apa salahnya kalau baca lagi... kot-kot ada yang terlupa ke... :)

Faedah Bila Kita Senyum
Sumber Gambar: Google Je

Apabila kita Senyum kita akan dapat faedahnya.... Kalau tak caya mari kita senyum... :)

Senyum membuat kita tampak menarik.

Orang yang banyak tersenyum memiliki daya tarik. Orang yang suka tersenyum membuat perasaan orang disekitarnya damai dan senang hati. Orang yang selalu merungut, cemburu, dan mengerut dahi membuat orang-orang di sekitar tidak selesa. Apabila diperhatikan orang yang banyak tersenyum memiliki lebih banyak teman.

Senyum mengubah perasaan.

Jika kita sedang sedih, cubalah senyum. Senyuman akan membuat perasaan menjadi lebih baik dan seronok. Menurut pemerhatian, senyum dapat menguatkan tubuh sehingga perasaan berubah menjadi semakin rilex. Automatik!

Senyum menghilangkan stres.

Stres dapat dilihat pada raut wajah. Senyuman boleh menghilangkan lelah, bosan, dan sedih. Ketika kita stres, ambillah waktu untuk tersenyum. Senyuman akan mengurangi stres dan membuat fikiran lebih jernih.

Senyum meningkatkan imuniti.

Senyum membuat sistem imun bekerja lebih baik. Fungsi imun tubuh bekerja secara maksima ketika seseorang merasa rilex.

Senyum menurunkan tekanan darah.

Tak percaya? Cuba anda catatkan tekanan darah saat anda tidak tersenyum dan catat lagi tekanan darah saat anda tersenyum semasa diperiksa. Tekanan darah saat anda tersenyum pasti lebih rendah.

Senyum jadi awet muda.



Dengan senyuman dapat menggerakkan banyak otot . Dikatakan kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi. Dengan banyak tersenyum kita akan kelihatan lebih awet muda.

Senyum membuat kita kelihatan sukses.


Orang yang sentiasa tersenyum kelihatan lebih ‘confident’, terkenal, dan berwibawa. Lihatlah orang-orang yang berjaya, senyuman di wajah tak pernah lekang.

Senyum membuat fikiran positif.

Cuba praktikkan! : Fikirkan perkara-perkara buruk/negatif sambil tersenyum. Mesti susah kan? Sebabnya, ketika kita tersenyum, tubuh mengirim satu signal positif “hidup selalu baik”. Sehingga saat tersenyum, tubuh menerimanya sebagai anugerah alami.

Senyum murahkan rezeki & lerai kesulitan.

Kita ambil satu kisah seorang ahli sufi terkenal, Abu Yazid Al Busthami yang pernah didatangi seorang lelaki, wajahnya kusam dan berkerut. Dengan murung lelaki itu mengadu:

“Tuan Guru, sepanjang hidup saya, rasanya tak pernah saya tinggal ibadah saya kepada Allah. Sewaktu orang lain sedang tidur, saya masih bermunajat. Isteri saya belum bangun, saya sudah mengaji. Saya juga bukan pemalas yang enggan mencari rezeki. Tetapi mengapa saya selalu malang dan kehidupan saya penuh kesulitan?”

Tuan Guru menjawab sederhana:

“Perbaiki penampilanmu serta ubah air muka dan raut wajahmu. Tahukah kamu, Rasulullah s.a.w adalah seorang yang miskin namun wajahnya tak pernah keruh dan selalu ceria. Sebab menurut Rasulullah s.a.w, salah satu tanda penghuni neraka ialah muka masam yang membuat orang curiga kepadanya.”

Dah habis baca faedah senyum, sekarang cuba praktikkan beberapa tips senyum ni. InsyaAllah anda akan lihat hasil kehidupan anda amat memuaskan.

Senyumlah ketika:
1) Bangun dari tidur – mulailah kehidupan dengan penuh keceriaan
2) Selepas mandi – tubuh bertambah-tambah segar dengan mandian + senyuman
3) Sebelum mulai sesuatu kerja – kerja yang sukar menjadi mudah
4) Buntu, masalah – fikiran jadi terbuka, mudah dapat idea bernas & jalan keluar
5) Sebelum & selepas ibadah wajib & sunat
6) Sebelum tidur – dapat leraikan ‘sampah’ dalam fikiran. Tidur jadi nyenyak.
7) Setiap keadaan

Banyak cara kita boleh senyum. Nak atau tak saja. Tak perlu keluar modal duit pun. Tapi inilah yang sering kita lupa. Sekarang dah tahu, kita faham maka amalkanlah. Untung pada diri sendiri juga, orang di sekeliling pun dapat ‘habuannya’.

Mutiara Kata:
Jangan tertarik kepada seseorang kerana parasnya sebab keelokan paras dapat menyesatkan. Jangan pula tertarik kepada kekayaannya kerana kekayaan dapat musnah. Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum, kerana hanya senyum yang dapat membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah. Semoga kamu menemukan orang seperti itu.

2 comments:

MSG-Zone