Home

Thursday, September 06, 2012

Hak-hak Orang Islam #9

Assalamualaikum Semua :) 

Ok hari ini saya hendak sambung entri mengenai hak-hak orang Islam. Untuk lihat entri-entri sebelum ini anda boleh rujuk sitemap dan cari tajuk Hak-hak Orang Islam #1 - #8.. Semoga sedikit pengkongsian ini dapat memberi manfaat kepada kita semua/ Insya-Allah.
Hak-hak Orang Islam #9

 23. Hendaklah bercampur dan bergaul dengan kaum fakir miskin serta berbuat baik kepada anak-anak yatim. Rasulullah mengucapkan dalam salah satu doanya, iaitu:

“Ya Allah, hidupkanlah saya sebagai seorang miskin, matikan saya sebagai orang miskin dan kumpulkanlah saya dalam kalangan golongan orang-orang miskin.” (Diriwayatkan oleh Ibnu Majah, Hakim dan Tarmizi)

Diriwayatkan bahawa nabi Sulaiman a.s. sekalipun telah memiliki kerajaan yang besar apabila baginda a.s. masuk masjid dan situ ada seorang miskin, baginda a.s. akan duduk berkawan dengannya dan berkata “Orang miskin akan berkawan dengan orang miskin juga.”

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

“Janganlah kamu sekali-kali membenci kepada orang yang curang kerana nikmat yang dimilikinya, sebab kamu tidak tahu kemana orang itu setelah mati nanti, kerana dibelakangnya pasti akan ada orang yang memcarinya untuk menuntut darinya.” (Diriwayatkan oleh Bukhari dan Thabrani)

Berkenaan dengan anak yatim, maka Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

“Barangsiapa yang memelihara seorang yatim sehingga ia merasai segalanya mencukupi maka wajiblah syurga untuknya.” (Diriwayatkan oleh Ahmad dan Thabrani)

Baginda s.a.w. bersabda pula yang bermaksud:

“Saya dan pemelihara anak yatim itu bagaikan dua jari ini.” Baginda s.a.w. bersabda demikian itu sambil mengisyaratkan dengan kedua jari tangannya.”
(Diriwayatkan oleh Bukhari)

Lagi sabdanya yang bermaksud:

“Baeangsiapa meletakkan tangannya di atas kepala anak yatim kerana merasa kasihan terhadapnya maka setiap rambut yang diusap oleh tangannya itu menjadi suatu kebaikkan baginya.” (Diriwayatkan oleh Ahmad dan Thabrani)

Baginda s.a.w.bersabda lagi yang bermaksud:

“Sebaik-baik rumah dari rumah kaum muslimin ialah rumah yang didalamnya ada seorang anak yatim dimuliakan, dan seburuk-buruk rumah dari rumah kaum muslimin ialah yang di dalaminya ada seorang anak yatim yang diperlakukan dengan layanan yang tidak baik.” (Diriwayatkan oleh Ibnu Majah)

24. Hendaklah member nasihat yang baik kepada sesama muslim. Dalam pada itu hendaklah ia sentiasa berusaha untuk memberikan kegembiraan kepadanya.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

“Tidaklah sempurna keimanan seseorang dari kamu sehingga ia mencintai saudaranya sepertimana ia mencintainya untuk dirinya sendiri.” (Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim)

Baginda s.a.w. bersabda lagi yang bermaksud:

“Barangsiapa yang member kegembiraan kepada seorang mukmin, maka Allah akan memberikan kegembiraan kepadanya pada hari kiamat.” (Dirriwayatkan oleh Ibnu Mubarak)

Lagi sabdanya yang bermaksud:

“Barangsiapa yang melapangkan seorang mukmin yang dalam kesusahan atau menolong orang yang dianiaya, maka dosanya akan diampunkan Allah.” (Diriwayat oleh Ibnu Hibban)

Sabdanya sekali lagi yang bermaksud:

“Sesungguhnya amalan-amalan yang dicintai oleh Allah ialah memberikan kegembiraan ke dalam hati orang mukmin, melapangkan kesusahanya, membayar hutangnya, kepada orang lain atau memberinya makan apabila kelaparan.” (Diriwayatkan oleh Thabrani)


Dari Buku Bimbingan Untuk Mencapai Tingkat Mukmin  Jilid 1.

 P/s: Entri ini mempunyai sambungan 

Jom LIKE Page : Izinkan Saya Share





1 comment:

  1. Great blog, Muhamad, liked it.
    I'm following you.
    Cheers from Argentina!
    HD

    ReplyDelete

MSG-Zone