Home

Monday, September 17, 2012

Panduan Mengerjakan Solat Jika Setelah Lama Meninggalkannya

Assalamualaikum Semua :)

Entri kali ini saya hendak kongsikan cara bagaimana untuk memulihkan diri kita dengan melakukan solat secara konsisten. Mudah-mudahan pengkongsian ini memberi manfaat kepada kita semua.. Insya-Allah

Panduan Mengerjakan Solat 
Jika Setelah Lama Meninggalkannya


1. Kesedaran amat penting sebagai mukadimah untuk kembali mengerjakan solat secara konsisten. Kesedaran lahir dari hati yang masih ingin berubah demi kesejahteraan dunia dan akhir
at.

2. Azam. Sebaik kesedaran wujud, tanamkan azam yang kuat dan bilatkan tekad untuk mengerjakan solat secara konsisten. Sekarang anda tahu apa sasaran anda.

3. Solat sekali dulu, baru aka nada solat yang kedua. Ini adalah langkah oertama. Ingatlah, tiada solat kedua tanpa solat yang pertama dan seterusnya.

4. Nota motivasi. Andai ada kata-kata semangat yang diilhamkan dalam minda dan hati, atau kata-kata motivasi daripada sesiapa jua yang boleh menghalang azam ubtuk kembali solat daripada terkubur, maka buatlah satu nota motivasi dan tampalkan di tempat yang mudah dilihat.

5. Fahami maksud dan bacaan dalam solat. Ini anat penting bagi merasakan kemanisan dalam solat. Kemanisan ini yang diharapkan akan menjadi satu ketagihan.

6. Jangan tergesa-gesa dalam solat. Sebaliknya bersederhanalah dan ambillah sedikit masa untuk menghayati bacaan dan merasai nikmat sujud dan rukuk dalam solat.

7. Tingkatkan imaginasi, semasa solat, bayangkan bahawa anda sedang menghadap Allah secara langsung tanpa sebarang tabir yang menghalang. Andai tidak mampu melakukan sedemikian maka anggaplah bahawa Allah sedang melihat kamu.

8. Usaha dan doa perlu seiring. Kita sebagai manusia yang sering terdedah dengan pelbagai ujian dan godaan amat memerlukan kekuatan untuk melawan semua godaan tersebut. Maka berdoalah mohon diberikan kekuatan untuk mengerjakan solat secara konsisten.

9. Rasai ketenangan. Cuba perhatikan hari-hari yang anda lalui dengan mengerjakan solat. Dapatkah anda rasakan satu ketenangan?

10. Rasakan keajaiban panggilan azan dengan diam sejenak dan hayati laungan keramat tersebut. Seterusnya lantas bangun dan berwuduk. Berbahagialah dengan panggilan solat tersebut.

11. Berdikir secara positif. Jangan sekali-kali berfikir bahawa solat akan mengedakan masa anda bekerja, menghalang anda daripada bersosial dengan rakan-rakan dan sebagainya. Sebaliknya ia menjadi factor kejayaan anda. Marilah menuju kejayaan.

12. Dapatkan sokongan mental dan rohani dengan memberitahu rakan-rakan atau keluarga bahawa anda ingin konsisten mengerjakan solat. Moga mereka dapat menyumbang kea rah satu perubahan yang diidamkan.

13. Setiap perkara pasti ada musuhnya. Musuh solat ialah nafsu dan syaitan. Oleh sebab itu, lawanlah rasa malas yang berakarkan nafsu dan godaan syaitan terkutuk.

14. Banyakkan bahan bacaan tentang solat bagi memastikan anda mempunyai ilmu yang sentiasa dikemas kini agar iman senang bercambah. Amal tanpa ilmu boleh layu akibat gersang akal tanpa ilmu.

Dari Majalah Solusi Keluaran Isu No 42

No comments:

Post a Comment

MSG-Zone