Benar dan Dusta adalah perkara yang bertentangan sifatnya. Namun masih ramai dikalangan masyarakat sering mengabaikan perkara ini. dan selalu menganggap perkara seperti ini adalah hal-hal remeh. Apa yang patut kita ketahui perbezaan sifat inilah yang menentukan kita ke Syurga ataupun ke Neraka.. Semoga Message kali ini memberi kesedaran kepada diri kita.. Sama-samalah kita mencari kebaikkan.
Siddiq (Benar) vs Kazib (Dusta)
Klik pada image untuk mendapatkan paparan yang lebih besar dan jelas
Mahmudah - Siddiq (Benar)
Tatkala mendengar perkataan siddiq, minda lantas teringat gelaran khalifah Islam pertama, Abu Bakar al-Siddiq. Seseorang takkan digelar dengan sesuatu melainkan jika memang fiilnya demikian. Benarlah sabda Rasullah s.a.w. yang bermaksud:
“sesungguhnya siddiq itu membawa kepada kebaikan, dan kebaikkan akan menunjukan pada syurga. Seseorang berperi laku siddiq, hingga ia dikatakan sebagai seorang yang siddiq. Pendustaan pula akan membawa kepada keburukan dan keburukan akan menghantarkan pada neraka. Seseorang berperilaku dusta, hingga ia dikatakan sebagai pendusta.” (Riwayat al-Bukhari)
Allah s.w.t. berfirman:
yaa ayyuhaa alladziina aamanuu ittaquu allaaha wakuunuu ma'a alshshaadiqiina
119. Hai orang-orang yang beriman bertakwalah kepada Allah, dan hendaklah kamu bersama orang-orang yang benar.
(Surah al-Tawbah 9: 119)
Golongan siddiqin mempunyai kedudukan istimewa di sisi Allah. Malah perkataan siddiqin sering muncul bersama kalimah nabi, syuhada dan solihin dalam beberapa ayat al-Quran. Jika Allah menawarkan ganjaran yang lumayan bagi siddiqin, itu menunjukkan Allah menyukai golongan ini setaraf para nabi, syuhada dan solihin.
Suburkan sifat siddiq dalam diri dengan beberapa langkah berikut:
1. Tanam sifat jujur dan ikhlas dalam diri di mana-mana dan pada bila-bila masa.
2. Benarkanlah apa-apa sahaja yang dating daripada al-Quran dan hadis sahih.
3. Amalkan Islam dengan sungguh-sungguh dan menyeluruh. Membenarkan ajaran Islam bukan sahaja dengan hati dan kata-kata bahkan benarkanlah juga dengan perbuatan.
4. Teliti dan contohilah teladan yang segar sepanjang zaman.
5. Pintalah daripada Allah moga diri dihiasi sifat ini.
Mazmumah - Kazib (Dusta)
Dalam sirah popular kisah hadith al-ifk. Usai perang dengan Bani Mustaliq, Aisyah r.ha. yang turut serta tertinggal rombongan dalam perjalanan pulang. Aisyah menunggu dengan harapan rombongan Muslimin itu menyedari beliau ditinggalkan.
Seorang sahabat, Safwan bin Mu’attal yang berkebetulan lalu disitu, mempersilakan Aisyah menaiki untanya dan dia menuntun unta tersebut sehingga sampai di Madinah. Orang yang melihat membuat pelbagai spekulasi tanpa usul periksa.
Sifat ini sangat sinomin dengan Yahudi dan Nasrani.Mereka mendustakan nabi dan wahyu yang diturunkan dek ingkar.
Allah s.w.t. Berfirman:
lawlaa yanhaahumu alrrabbaaniyyuuna waal-ahbaaru 'an qawlihimu al-itsma wa-aklihimu alssuhta labi/sa maa kaanuu yashna'uuna
63. Mengapa orang-orang alim mereka, pendeta-pendeta mereka tidak melarang mereka mengucapkan perkataan bohong dan memakan yang haram ?. Sesungguhnya amat buruk apa yang telah mereka kerjakan itu.
(Surah al-Ma’idah 5: 63)
Bunuhlah sifat suka berdusta dengan:
1. Hiasi hati dengan sifat mahmudah. Jika hati lompong daripada akhlak terpuji, dikhuatiri sifat-sifat mazmumah akan mengisi ruang yang ada.
2. Perbanyakkan amalan soleh.
3. Jauhi sikap suka berdusta dengan mujahadah melawan nafsu.
4. Fikirkan akibat berbohong dan perasaan tidak tenang saat sedang berbohong.
Dari Majalah Solusi keluaran Isu 25.
No comments:
Post a Comment
MSG-Zone