Sebelum ini entri bertajuk Keyakinan Diri Yang Tinggi vs Keyakinan Diri Yang Lemah. setelah kita dapat membandingkan perbezaan antara keyakinan diri kita, Entri kali ini, kita kenali tingkat-tingkat keyakinan, Dalil dan contohnya... Selamat membaca... :)
Tingkat-tingkat Keyakinan
Klik pada image untuk mendapatkan paparan yang lebih besar dan jelas
1. ILM AL-YAKIN
Keyakinan yang terhasil daripada ilmu atau yang diberitakan dan kemudiannya didengari telinga.
Dalil:
Firman Allah S.W.T. bermaksud:
“Jangan sekali-kali (bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak (akibat-nya yang buruk semasa hendak mati)”
(Surah al-Takathur 102: 3/5)Contoh:
Si A tidak mengenali madu apatah lagi merasai madu. Namun diberitakan oleh seseorang yang dipercayainya bahawa madu itu rasanya manis. Maka si A percaya sepenuhnya madu itu manis walaupun di tidak pernah melihat atau merasai madu itu.
2. AIN AL-YAKIN
Keyakinan yang terhasil daripada apa yang dilihat dengan mata.
Dalil:
Firman Allah S.W.T. bermaksud:
“Selepas itu – demi sesungguhnya! – kamu (wahai orang yang derhaka) akan melihat-nya dengan penglihatan yang yakin (Semasa kamu dilemparkan ke dalamnya)!”
(Surah al-Takathur 102: 7)
Contoh:
Si B tidak pernah merasai madu, namun dia pernah melihat setompok madu yang tumpah dihurungi semut. Dia hanya melihat rupa bentuk madu, kelikatan madu, dan semut yang menghurungi madu, maka si B yakin bahawa madu itu manis, walaupun dia belum merasainya.
3. HAQ AL-YAKIN
Yakin terhasil daripada pengalaman dan amalan.
Dalil:
Firman Allah S.W.T. bermaksud.:
“Sesungguhnya (segala yang disebutkan) itu adalah kebenaran yang diyakini.”
(Surah al-Waqi’ah 56: 95)
Contoh:
Si C sudah merasai sendiri madu. Tangannya sendiri pernah menyentuh madu, rasa kelikatan madu bagai bancuhan gula yang pekat. Dia juga sudah merasai sendiri madu dengan lidahnya, yakni dia merasai manusnya madu, maka dia amat yakin bahawa madu itu manis.
Dari Majalah Solusi keluaran Isu 17.
No comments:
Post a Comment
MSG-Zone