Text

http://www.msg-cyber.blogspot.com/
Welcome to MSG Cyber
Selamat Datang ke MSG Cyber

Friday, September 02, 2011

Iktibar daripada Sebatang Pensel

Assalamualaikum Semua :)

Apa yang ada pada sebatang pensel? Entri kali ini message yang hendak dikongsikan ialah mengenai kisah dari sebatang pensel yang dikaitkan dalam kehidup kita. Semoga kisah ini dapat memberi manfaat dan pengajaran yang berguna kepada diri kita. Kisah ini juga dapat meningkatkan motivasi diri kita agar sentiasa dalam keadaan positif.. Insya-Allah... Teruskan membaca...

Iktibar daripada Sebatang Pensel
Klik pada image untuk mendapatkan paparan yang lebih besar dan jelas

Pernah seorang anak lelaki bertanya kepada ibunya yang sedang menulis.

“Apa ibu sedang tulis? Ibu menulis tentang siapa? Atau pengalaman ibu?”

“Ibu menulis tentang diri kamu, tapi ada yang lebih penting daripada itu iaitu pensel ini.”

“Apa yang istimewa tentang pensel ini?” Tanya si anak.

“Ibu berharap hidupmu adalah seperti pensel ini. Walaupun sebatang pensel, ada lima nilai yang boleh kita pelajari daripadanya. Mahu tahu?”

“Ya, ibu.”

Pertama, Pensel ini mengingatkan jika kamu boleh membuat sesuatu yang hebat dalam hidup ini. Jangan lupa ibarat pensel, ada tangan yang memegangnya. Maka, ingatlah akan adanya kuasa yang membimbing langkah hidupmu iaitu Allah s.w.t. Dia akan selalu membimbing kita menurut kehendak-Nya.

Kedua, Ketika menulis, pensel kerap menjadi tumpul. Ibu terpaksa berhenti untuk mengasahnya, tetapi hasilnya ia menjadi tajam dan bagus tulisnya. Bsgiitu juga akan berlaku dalam hidup kamu. Kamu mesti berani menempuh kesusahan kerana ia menjadi lebih baja atau sebab untuk dirimu menjadi lebih baik.

Ketiga, Pensel ini mungkin menghasilkan tulisan salah. Namin kita boleh memadamkan dan membetulkan tulisan ini semula. Begitulah yang ibu harapkan kepada anak ibu ini, sentiasalah memperbaiki kesalahan dalam hidup. Ia bukanlah sesuatu yang hina kerana dengan memperbaiki kesalahan, kita akan sentiasa berada dijalan yang benar.

Keempat,Tahukah anak ibu mana yang lebih penting; luar atau isi pensel ini? Sudah tentu arang atau karbon di dalamnya. Oleh sebab itu, berhati-hatilah dengan apa yang tidak baik dalam diri kamu itu dan hindarilah.

Kelima, Pensel ini selalu meninggalkan tanda atau goresan. Begitu juga kamu, apa sahaja yang kamu buat pasti akan meninggalkan kesannya pada diri atau pada orang lain. Ibu berharap kamu akan selalu berhati-hati dan bijak dalam bertindak.

Inilah antara kata-kata yang baik untuk si anak membawa prinsip yang positif. Wahai ibu bapa, jangan berputus asa. Apa sahaja kata-kata semangat yang kita ulang-ulangkan kepada anak-anak (walau Nampak seperti mereka tidak mengendahkan) pasti akanmemberi bekas dalam jiwa mereka. Ulang-ulangkanlah!
Dari Majalah Solusi keluaran Isu 35.

No comments:

Post a Comment

MSG-Zone

Sports - Football : Click Picture to Go Site Page

Best Red yellow
PhotobucketPhotobucket PhotobucketPhotobucket

Blog Untuk Download