Text

http://www.msg-cyber.blogspot.com/
Welcome to MSG Cyber
Selamat Datang ke MSG Cyber

Tuesday, September 20, 2011

Kenali Dosa dan Jauhinya

Assalamualaikum Semua :)

Banyak benda yang boleh menyebabkan dosa. tapi tahukah apa punca dosa-dosa tersebut? Entri yang hendak dikongsikan ialah mengenali dosa dan apabila sudah kenalpasti kita perlu menjauhinya. semoga entri kali ini memberi manfaat kepada kita semua... Sama-samalah kita tegur menegur agar kita terhindar daripada perbuatan dosa... Insya-Allah..


Kenali Dosa dan Jauhinya
Klik pada image untuk mendapatkan paparan yang lebih besar dan jelas

Berdosa kepada Siapa?

1. Allah s.w.t.
Salah satu dosa terhadap-Nya ialah syirik kepada Allah. Namun, ada perlakuan yang secara tidak sedar yang menyebabkan berlakunya syirik. Itulah perbuatan sihir atau mencari orang lain seperti bomoh dan dukun untuk menyelesaikan masalah. Sedangkan, Allah sahaja Tuha yang berhak disembah.

2. Diri Sendiri
Seseorang ditegah daripada menzalimi dirinya sendiri dengan melakukan dosa-dosa seperti membalas dendam terhadap orang lain, menukar jantina atas dasar kecenderungan sejak kecil, berlebihan ketika makan dan sebagainya. Dosa yang paling besar terhadap diri sendiri adalah membunuh diri kerana tiada lagi kesempatan bertaubat.

3.Orang Lain
Antara contoh perbuatan dosa kepada orang lain seperti mencuri dan yang seumpamanya, membuat bising di tempat umum, merokok, membawa khabar buruk tentang diri seseorang dan sebagainya. Perbuatan ini biasanya hanya untuk memuaskan hawa nafsu seseorang tanpa mengambil kira kesan yang akan orang lain peroleh.

Kategori Dosa

Aqidah
- Syirik dan menyekutukan Allah
- Mengamalkan sihir.
Akhlak
- Tidak menunaikan hak kepada kedua-dua ibu bapa dan sesame manusia.
- Berlaku zalim terhadap makhluk Allah yang lain seperti haiwan dan tumbuhan.
- Memiliki sifat mazmumah dalam diri seperti hasad, tipu daya, khianat dan sebagainya.
Ibadah
- Meringan-ringankan suruhan Allah seperti solat, puasa dan zakat.
- Apabila lalai melaksanakan perintah Allah tidak segera menggantikannya. Contohnya, tidak mengqada solat fardu yang ditinggalkan dan tidak membayar fidyah atas puasa yang tidak sempat diqada.
Muamalat
- Membuat urusan bersangkutan riba.
- Mengurangi timbangan dalam jual beli.

Dari Majalah Solusi keluaran Isu 35.

No comments:

Post a Comment

MSG-Zone

Sports - Football : Click Picture to Go Site Page

Best Red yellow
PhotobucketPhotobucket PhotobucketPhotobucket

Blog Untuk Download