Pernahkah anda melafazkan sumpah? Sebab apa anda bersumpah? Tahukah anda apa Hikmah disebalik bersumpah? Untuk mengetahuinya baca entri ini.. Kali ini saya hendak kongsikan Hikmah bersumpah semoga selepas ini kita lebih faham apa dia sumpah.
Hikmah Bersumpah
Klik pada image untuk mendapatkan paparan yang lebih besar dan jelas
Hikmah bersumpah amat banyak, antaranya untuk menguatkan dan menambahkan lagi kepercayaan orang yang bersumpah, dan menunjukkan bahawa beliau tidak berdusta dengan perkhabarannya. Antara hikmahnya yang lain ialah:
I. Penguat keazaman orang yang bersumpah pada dirinya atau perbuatan sesuatu yang dia bimbang melakukannya atau meninggalkannya.Dalam al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah menyebut, antara hikmahnya untuk menyelesaikan persengketaan dan menghilangkan pertengkaran dalam dakwaan.
II. Menguatkan tuntutan daripada orang yang dituju sumpahnya itu atau selainnya, begitu juga untuk menggesanya bagi melakukan sesuatu atau menegahnya.
III. Menguatkan perkhabaran, mensabitkan atau menafikannya.
Hal ini bertepatan dengan perbuatan Nabi s.a.w. yang bersabda kepada orang yang dituduh, yang bermaksud:
“Bersumpahlah dengan Allah; tiada Tuhan yang sebenarnya kecualai Dia, apa yang baginya di sisi kamu sesuatu.”
Entri Ini Mempunyai Sambungannya...
Dari Majalah Solusi keluaran Isu 36.
No comments:
Post a Comment
MSG-Zone