Assalamualaikum Semua :)
Entri kali ini saya nak ajak pembaca kenali apa dia DNA tu. entri ini juga lanjutan dari entri sebelum ini yang bertajuk DNA Membuktikan Kekuasaan Allah. Semoga dengan adanya entri sebegini dapatlah kita menambah sedikit lagi ilmu untuk dijadikan rujukan mahupun sebagai pendidikan.. Teruskan membaca... :)
Apakah Itu DNA?
Sumber Gambar: http://games.goadrich.com/dna.html
Setiap sel manusia mempunyai satu nukleus. Di dalam nucleus terdapat 46 pasang kromosom yang mengandungi 2 juta DNA dan 3 bilion subumit-subumit DNA. Ia diumpamakan seperti sebuah bank data bagi seseorang manusia.
Maklumat yang tersimpan didalam DNA bertindak untuk mengawal beribu-ribu perubahan fisiologi dan metabolism yang tidak terkira jumlahnya dalam setiap hari. Ia juga bertindak untuk memberikan cirri-ciri fizikal kepada seseorang seperti warna rambut, warna anak mata, ketinggian warna kulit, bentuk kuku, bentuk hidung dan pelbagai lagi. Malahan ia juga memberikan pengaruh kepada perubahan tekanan darah, paras gula dan kolestrol dalam darah seseorang.
Saintis-saintis di seluruh dunia telah menjalankan kajian dengan bersungguh-sungguh untuk menterjemahkan kira-kira 3 bilion (3 ribu juta) kod-kod DNA yang terdapat pada satu sel. Hasilnya, sehingga kini kira-kira 85% daripada satu DNA manusia telah ditafsirkan dan diaturkan. Meskipun ini merupakan satu percapaian yang agak besar dan hebat. Ketua saintis yang mengetuai kajian ini yang bernama Dr. Francis Collins mengakui sehingga kini mereka hanya mencapai tahap pertama dalam menterjemah maklumat di dalam DNA pada satu-satu sel.
Entri ini ada sambungannya....
Dari Majalah Solusi keluaran Isu 35.
Lovely postt
ReplyDelete