Sebelum ini saya telah kongsikan info mengenai apakah dia Hak-hak Orang Islam dalam entri2 sebelum ini. boleh rujuk disini Hak-hak Orang Islam #1, Hak-hak Orang Islam #2, dan Hak-hak Orang Islam #3. Entri kali ini kita sambung lagi beberapa perkara hak yang patut kita semua ketahui sebagai Muslim bagi menjaga hubungan sesama kita (Muslim). Selamat Menbaca... :)
Hak-hak Orang Islam #4
Sumber Gamabar : Google |
Dalam sebuah hadis disebutkan yang bermaksud:
“Tidaklah termasuk dalam golongan kita (kaum muslimin) tidak mengasihi anak-anak kita dan orang tidak menghormati orang yang tua di antara kita” (Diriwayatkan oleh Thabrani, Abu Daud dan Bukhari)Berlemah lembut dengan anak-anak itu adalah merupakan pelakuan Rasullah s.a.w. Bahkan Baginda s.a.w. apabila baru kembali dari perjalanan, selalu menemui kanak-kanak Mereka memberitahu apa sahaja yang mereka kehendaki kepada Baginda s.a.w. Di antara mereka ada yang diangkat oleh Baginda s.a.w. sendiri di atas belakangnya. Dan Baginda s.a.w. mengarahkan para sahabatnya mengangkat kanak-kanak yang lainnya.
Kerap kali juga Baginda s.a.w. diminta supaya mendoakan seseorang anak kecil agar memperolehi keberkatan dan diminta menamakannya. Anak itu diambilnya dan diletakkan dipangkuannya. Kadang-kadang anak itu kencing dan Baginda s.a.w. mendiamkan diri sahaja. Setelah itu barulah Baginda s.a.w. mencuci pakaiannya.
11. Dalam pergaulan dengan sesiapa juga, hendaklah menunjukkan muka yang berseri-seri, ramah dan menunjukan wajah manis. Dalam sebuah hadis disebutkan sedemikian bahawa Rasullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
“Adakah kamu semua mengetahui siapakah orang yang diharamkan memasuki neraka?” para sahabat menjawab “Allah dan Rasuln-Nya sahajalah yang lebih mengetahui” Baginda s.a.w. lalu bersabda “iaitu orang yang lemah lembut, mudah dalam segala hal, ringan tangan dan suka mendekati sesiapapun.” (Diriwayatkan oleh Tirmizi)Baginda s.a.w. juga bersabda yang bermaksud:
“Takutlah kamu dari api neraka, sekalipun dengan hanya menyedekahkan belahan kurma. Barangsiapa yang tidak dapat berbuat demikian, maka hendaklah dengan ucapan yang baik.” (Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim)12. Hendaklah seseorang itu tidak berjanji kepada orang muslim melainkan pasti akan dipenuhinya. Rasullah s.a.w. hal ini bersabda yang bermaksud:
“Janji adakah sebagai suatu pemberian.” (Diriwayatkan oleh Thabrani)Baginda s.a.w. bersabda lagi yang bermaksud:
“Janji itu adalah hutang” (Diriwayatkan oleh Thabrani dan Abu Daud)Dalam menjelaskan sifat-sifat orang munafik, Rasullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
“Tiga perkara ini apabila ada pada seseorang salah satu dari sifat-sifat itu, maka ia adalah seorang munafik sekalipun ia berpuasa dan bersembahyang, iaitu apabila ia berbicara, ia berdusta dan apabila ia berjanji, ia ingkari (tidak menepati) dan apabila ia diberi amanah, ia khianati.” (Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim)
Dari Buku Bimbingan Untuk Mencapai Tingkat Mukmin Jilid 1.
P/s: Entri ini mempunyai sambungan
thank!! entry yg menarik...
ReplyDelete@Apex: Welcome... :)
ReplyDelete