Text

http://www.msg-cyber.blogspot.com/
Welcome to MSG Cyber
Selamat Datang ke MSG Cyber

Tuesday, September 06, 2011

Hak-hak Orang Islam #3

Assalamualaikum Semua :)

Berikut adalah sambungan daripada entri Hak-hak Orang Islam #1 dan Hak-hak Orang Islam #2. Sebagai seorang mukmin kita harus tahu hak-hak sesama orang Islam. Mari kita baca seterusnya... Mudah-mudahan kita mendapat sesuatu yang berfaedah dan bermanfaat.... Selamat Membaca.

Hak-hak Orang Islam #3
Sumber Gambar : Google

7. Hendaklah seseorang itu berbuat baik serta memberikan pertolongan kepada saudaranya sedaya mungkin tanpa membezakan sama ada orang itu ahli keluarganya atau bukan. Dalam sebuah atsar disebutkan “lakukanlah kebaikan itu kepada ahli keluarga ataupun orang lain. Sekiranya ia dilakukan kepada ahli keluarganya dan sekiranya ia bukan dari ahli keluarganya, maka engkau termasuk dalam ahli keluarga.” Ada juga yang berkata ‘Otak akal setelah agama ialah berbuat baik kepada manusia dan bergaul mesra dengan mereka semua, sama ada mereka itu orang-orang yang baik ataupun dari kalangan mereka yang jahat.’

Seringan-ringan kebajikan itu ialah selalu menghadapkan muka kepada orang yang berbicara sehingga ia selesai. Demikianlah yang dilakukan oleh Rasullah s.a.w.

8. Janganlah memasuki rumah saudaranya, melaikan setelah mendapat keizinan darinya. Cara meminta izin itu dibolehkan sehingga tiga kali, sama ada mengetuk pintu atau lain-lain. Jika tidak diizinkan atau setelah tiga ketukan belum ada jawapan, pulanglah sahaja.

9. Hendaklah menggauli semua manusia dengan budi pekerti yang baik dan akhlak yang luhur. Selain itu hendaklah berhubungan dengan mereka menurut keadaan masing-masing dan dengan cara-cara yang tertentu.

Dari Buku Bimbingan Untuk Mencapai Tingkat Mukmin  Jilid 1.

 P/s: Entri ini mempunyai sambungan  

No comments:

Post a Comment

MSG-Zone

Sports - Football : Click Picture to Go Site Page

Best Red yellow
PhotobucketPhotobucket PhotobucketPhotobucket