Assalamualaikum Semua :)
Entri kali ini saya hendak sambung pasal DNA. Sebelum ini saya telah kongsikan betapa hebatnya ciptaan Allah. Kali ini saya hendak memperlihatkan pembandingan teknologi ciptaan manusia dengan teknologi yang telah dicipta oleh Allah s.w.t. Jom baca seterusnya mudah-mudahan terbuka minda kita dan merasai kebesaran Allah s.w.t.
Komputer Manusia vs Komputer Allah s.w.t.
Sumber Gambar - Google Je |
Pada zaman kecanggihan teknologi sekarang, manusia menggunakan computer untuk menyimpan maklumat. Ia dianggap teknologi yang paling maju bagi enyimpan dan menguruskan sesuatu maklumat. Pada peringkat awal penciptaanya, saiz sebuah bilik. Namun kemampuannya untuk menyimpan sesuatu maklumat sangat terbatas. Perkembangan teknologi membolehkan saiznya menjadi semakin kecil dan keupayaannya untuk menyimpan maklumat semakin baik sehinggakan banyak maklumat boleh disimpan di dalam sebuah mikrocip yang kecil.
Namun kehebatan teknologi manusia masih jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan teknologi penyimpanan maklumat di dalam sel yang dicipta oleh Allah s.w.t. “computer” yang Allah s.w.t. ciptakan ini terlalu kecil sehingga tidak mampu dilihat dengan mata kasar. Namun kehebatanya menyimpan maklumat tidak dapat ditandingi oleh mana-mana komputer yang paling canggih yang pernah diciptakan manusia.
Entri ini ada sambungannya....
Entri Berkaitan: :
Dari Majalah Solusi keluaran Isu 35.
salam pekenalan ..entri ini sungguh bermakna ..kerana banyak ilmu kita boleh dapat :)
ReplyDelete@My Life's Journey Salam Perkenalan juga. :) mudah-mudahan begitulah hendaknya...
ReplyDelete