Text

http://www.msg-cyber.blogspot.com/
Welcome to MSG Cyber
Selamat Datang ke MSG Cyber

Tuesday, April 12, 2011

Ancaman Liwat - Homoseks

 Ancaman Liwat -Homoseks 

 Klik pada image untuk mendapatkan paparan yang lebih besar dan jelas 
Liwat adalah antara perbuatan derhaka yang boleh merosakkan sendi-sendi kehidupan manusia serta boleh menghancurkan keharmonian di dunia ini. Ini kerana, lelaki dan perempuan yang terlibat dengan liwat sebenarnya hidup tanpa mempedulikan peraturan di dunia, apatah lagi peraturan Allah s.w.t.




Maka amat logik jika hukumannya sama ada di dunia mahupun akhirat sangat berat, bahkan hukuman yang paling berat antara hukuman-hukuman berat yang lain.


Takrif Liwat

Dikemukakan di sini dua takrif berkenaan dengan maksud perbuatan terkutuk di atas: 
  1. Liwat iaitu hubungan jenis melalui dubur. Sedangkan meliwat pula ialah seseorang melakukan liwat terhadap seseorang. (Kamus Dewan Edisi Ke-4, hlm. 950) 
  2. Homoseks. Ia memberi beberapa maksud: 
  • Cenderung, tertarik dari segi seks kepada orang yang sama jenis jantina dengannya.
  • Orang yang tertarik nafsu syahwatnya kepada orang yang sejenis dengannya terutamanya antara lelaki dengan lelaki.
    Sementara homoseksualiti pula bererti keinginan nafsu syahwat atau hubungan seks hanya dengan orang yang sama jantina dengannya.



    Ancaman Liwat

    Banyak dalil yang menunjukkan haramnya perbuatan liwat . Antaranya:

    -          Al-Quran

    i.              Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
    “Dan Nabi Lut juga (Kami Utuskan). Ingatlah ketika ia berkata kepada kaumnya: ‘Patutkah kamu melakukan perbuatan keji yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun daripada penduduk ala mini sebelum kamu?” (Surah al-A’raf 7:80)

    Al-Maraghi berkata: “Perbuatan yang tidak pernah dilakukan oleh seseorang pun sebelum kamu pada mana-mana zaman tetap perbuatan itu termasuk dalam perkara baru yang kamu buat dalam soal kerosakan  sehingga kamu merupakan contoh dan teladan perbuatan yang jahat. Oleh sebab itu, kamu akan menerima dosa daripada sesiapa sahaja yang mengikuti kamu dalam melakukannya hingga hari kiamat”


    ii.              Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
    “Patutkah kamu melakukan hubungan jenis dengan lelaki daripada kalangan manusia. Dan kamu tinggalkan apa yang diciptakan oleh Tuhan kamu untuk kamu (melakukan hubungan yang halal) dari badan isteri-isteri kamu? (Kamu orang yang salah) bahkan kamu ialah kaum yang melampaui batas (keinginan kebanyakan haiwan)!” (Surah al-Syu’ara’ 26: 165-166)

    Ibn Kathir berkata: “Tatkala Nabi Allah Lut a.s. melarang mereka daripada melakukan perbuatan keji dan hina dengan mendatangi lelaki secara liwat atau homoseks, baginda menunjukkan mereka supaya bersama dengan wanita yang Allah jadikan mereka sebagai pasangan tetapi malangnya mereka mengingkari saranan Nabi Lut malah menghalaunya keluar dari negeri tersebut.”


    -          Hadis

    Antara Hadis yang menunjukkan ancaman liwat ialah:

    i.              Ibn Abbas mendapat hadis daripada Nabi Muhammad s.a.w. yang isinya tentang ukuman pelaku liwat bahawa Baginda bersabda yang bermaksud: “Sesiapa antara kamu yang menemui seseorang yang melakukan sebagaimana yang dilakukan kaum Lut, maka bunuhlah kedua-duanya sama ada pelaku liwat mahupun orang yang diliwat.” (Hadis ini diriwayatkan oleh Ashab al-Sunan dan disahihkan oleh Ibn Hibban dan lainnya sedangkan pendapat Imam Ahmad berdasarkan hadis ini dan sanadnya mengikut syarat al-Bukhari)


    ii.             Dalam hadis lain disebutkan, Nabi  s.a.w. bersabda yang bermaksud: Allah s.w.t. melaknati seseorang yang melakukan sebagaimana yang dilakukan kaum Lut, Allah melaknati seseorang yang melakukan sebagaimana yang dilakukan kaum Lut,  Allah melaknati seseorang yang melakukan sebagaimana yang dilakukan kaum Lut.” (Riwayat al-Tabarani).


    -          Athar

    Dalam kitab al-Kaba’ir oleh al-Zahabi menyebut: “Orang yang melakukan pernuatan keji dengan mendatangi lelaki pada duburnya iaitu daripada kaum Nabi Lut a.s. bertempat di perkampungan Sadom. Mereka sangat suka melakukan perbuatan keji dan terkutuk sebagaimana yang dijelaskan oleh Allah s.w.t. dalam al-Quran. Amtara perbuatan terkutuk tersebut ialah homoseksual atau liwat dengan menyetubuhi pada duburnya. Mereka tanpa segan silu melakukannya di hadapan khalayak ramai atau pun di kelab-kelab pertemuan khas sesama mereka.

    Menurut riwayat Ibn Abbas r.a. terdapat sepuluh perbuatan keji yang dilakukan oleh golongan tersebut:

    ·         Menggulungkan rambut dan melepaskan kain tutup aurat.
    ·         Menembak dengan senapang.
    ·         Melontar dengan kerikil.
    ·         Melaga atau menyambung burung-burung merpati yang dara.
    ·         Meniup dengan jari-jari sebagai peluit.
    ·         Mengikat buku-buku lali.
    ·         Melabuhkan pakaian (Sehingga menyapu jalan).
    ·         Melepaskan kancing baju.
    ·         Mencandui minuman keras.
    ·         Mendatangi lelaki pada dubur. 




    Hukuman Liwat Lebih Berat daripada Zina?

     Para ulama berbeza pendapat sama ada hukuman liwat itu lebih berat daripada zina, ataupun sebaliknya hukuman zina lebih berat daripad liwat, ataupun hukuman kedua-duanya sama berat.

    Ada Tiga (3) pendapat yang dikemukakan oelh ulama

    Pertama: Abu Bakar al-Siddiq, Ali Ibn Abi Talib, Khalid Ibn al-Walid, Abdullah Ibn Zubair, Abdullah Ibn Abbas, Jabir Ibn Zaid, Abdullah Ibn Mu’ammar, al-Zuhri, Rabi;ah Ibn Abdul Rahman, Malik, Ishak Ibn Rahawaih, Imam al-Syafi’I dalam satu pendapatnya bahawa Hukuman liwat adalah lebih berat daripada hukuman zina dan sebagai hukumannya adalah wajib dibunuh sama ada orang yang telah bernikah atau yang belum bernikah.

    Kedua: Atha’, Ibn Abi Rabah, Hasan al-Basri, Sa’id Ibn Musayyab, Ibrahim al-Nakha’I, Qatadah, al-Auza’I, al-Syafi’I dalam mazhab zahirnya, Imam Ahmad pada riwayatnya yang kedua, Abu Yusuf dan Muhammad bahawa hukuman zina dengan hukuman liwat adalah sama.

    Ketiga: Pendapat Abu Hanifah bahawa hukuman liwat itu lebih ringan berbanding dengan hukuman zina. Oleh sebab itu, orang yang melakukan liwat hukumannya ditakzir (dihukum agar serik). Menurut pendapat ini kerana kemaksiatan yang dilakukan oleh hamba di dunia ini ada hukuman yang telah ditentukan oleh Allah s.w.t. dan ada yang tidak ditentukan-Nya. Liwat ini termasuklah kederhakaan yang tidak ditentukan hukumnya oleh Allah s.w.t. dan Rasul-Nya.

    Untuk kemaksiatan yang hukumannya masih tidak mutlak, langkah yang paling tepat adalah dengan member hukuman takzir sebagaimana maksiat memakan makanan haram, anjing, babi dan sebagainya. Menurut pendapat ketiga ini, liwat termasuk bersetubuh tidak pada tempatnya. Allah s.w.t. tetap murka terhadap perbuatan seperti itu meskipun dilakukan oleh haiwan namun hukumannya tidak seperti orang berzina.

    Penutup

    Syed Qutub berkata: “Dosa keji dengannya dikenali kaum Lut ialah keganjilan seks iaitu dengan meninggalkan perempuan dan melakukan persetubuhan dengan lelaki. Ini adalah penyelewengan fitrah yang amat buruk.”

    Allah s.w.t. telah menciptakan lelaki dan perempuan dan menanamkan kecenderungan semula jadi pada kedua-duanya saling cintai antara satu sama lain untuk melaksanakan hikmah dan kehendak Illahi iaitu melangsungkan kewujudan zuriat menerusi hubungan kelamin antara lelaki dan perempuan.

    Kecenderungan lelaki kepada perempuan dan sebaliknya ini merupakan sebahagian daripada undang-undang alam iaitu undang-undang yang menjadikan segala apa yang wujud di ala mini berada dalam keadaan yang selaras dan bekerjasama untuk melaksanakan kehendak Allah s.w.t. Perbuatan hubungan kelamin sesame lelaki tidak membawa kepada sesuatu matlamat atau tujuan tertentu, jisteru amat tidak sesuai dengan kehendak dan undang-undang alam.

    Kelazatan yang dirasai lelaki dan perempuan dalam hubungan tersebut merupakan fitrah untuk melaksanakan kehendak Illahi. Oenyelewengan daripada undang-undang alam sebagaimana perbuatan kaim Lut itu amat jelas.

    Oleh yang demikian, sama ada mereka membetulkan penyelewengan tersebut atau menghadapi akibat kebinasaan kerana mereka telah keluar daripada garisan fitrah dan mengabaikan hikmah kewujudan mereka iaitu melanjutkan hayat manusia melalui perkahwinan dan beranak pinak.

    Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri.

     Dari Majalah Solusi keluaran Isu 30.

    1 comment:

    MSG-Zone

    Sports - Football : Click Picture to Go Site Page

    Best Red yellow
    PhotobucketPhotobucket PhotobucketPhotobucket

    Blog Untuk Download