Tips Menutup Aurat
Klik pada image untuk mendapatkan paparan yang lebih besar dan jelas
Menutup aurat adalah perintah daripada Allah s.w.t. Anjuran ini hakikatnya turut melibatkan lelaki, namun perintahnya amat kritikal ditekankan kepada wanita memandangkan lebih ramai wanita yang tidak menutup aurat berbanding lelaki. Tambahan pula fitnah wanita itu lebih besar.
Di bawah disertakan beberapa kaedah pratikal menjadi Muslimah yang prihatin dengan penampilannya di hadapan ajnabi.
1. TAHU. Langkah pertama ialah tahu. Penting bagi Muslimah mengetahui batasan aurat, cirri-ciri pakaian yang menutup aurat, siapa mahram dan siapa ajnabi, hokum hakam berkenaan aurat dan sebagainya.
2. SEDAR bahawa tuntutan syariah ini amat perlu dan penting untuk dilaksanakan sesempurna mungkin. Jangan sambil lewa dan acuh tak acuh. Soal halal haram adalah perkara besar.
3. SYIAR. Setiap agama ada imejnya. Imej wanita Muslimah dapat dikenali melalui cirri-ciri pakaian yang menutup aurat.
4. FUNGSI CERMIN. Sebelum melangkah keluar rumah dengan yakin, tanyalah cermin, “Wahai cermin, adakah hari ini aku berpakaian menutup aurat?” Jawapannya perlu dijawab berdasarkan cirri-ciri pakaian patuh syariah.
5. ASINGKAN pakaian kepada dua (2) criteria: sesuai atau tidak sesuai dipakai di hadapan ajnabi. Pakaian yang seksi misalnya, masih boleh dipakai tetapi hanya apabila bersendirian di dalam bilik atau di hadapan suami.
6. MALU. Wanita yang tidak biasa mendedahkan aurat di hadapan lelaki ajnabi akan sentiasa malu, takut, gelisah dan sebagainya walau sekadar bermimpi tidak bertudung.
7. Bersahabat dengan WANITA YANG SOLEHAH boleh menguatkan pendirian dan langkah seseorang wanita yang ingin berusaha mengubah penampilan kepada penampilan yang patuh kepada syariah.
8. EKSKLUSIF. Semua wanita itu cantik. Jika tidak manakan wanita menjadi senjata iblis melemahkan kaum lelaki. Namun kecantikan dan keindahan tersebut Allah kurniakan sebagai milik eksklusif wanita itu dan suaminya sahaja. Oleh sebab itu, Usah dipertontonkan aurat dan perhiasan kepada umum secara percuma, jika suami pun perlu membayar mahar untuk memilikinya.
9. BANYAK MANFAAT. Wanita yang menutup aurat hakikatnya akan melangkah keluar rumah dengan lebih yakin dan selamat. Mereka tidak perlu risaukan mata liar yang memandang, tidak perlu ambil kisah gaya rambut, tidak perlu berhabis duit untuk aksesori itu dan ini.
Dari Majalah Solusi keluaran Isu 26.
off white shoes
ReplyDeletegolden goose outlet
off white clothing
jordan travis scott
off white hoodie