Mahmudah (Pemaaf) Vs Mazmumah (Pendendam)
Klik pada image untuk mendapatkan paparan yang lebih besar dan jelas
Mahmudah (Pemaaf)
Allah berfirman yang bermaksud:
‘Jadilah engkau pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang makruf, serta berpalinglah daripada orang yang bodoh.” (Surah al-A’raf 7:199)
Lihat teladan pembukaan Kota Makkah (Fathu Makkah) yang amat masyhur dalam sirah. Rasullah s.a.w. dengan ringan hati memaafkan penduduk Makkah yang pernah menentang Baginda dengan begitu hebat.
Allah juga berfirman yang bermaksud:
“(Menolak peminta-peminta sedekah) dengan perkataan yang baik dan memaafkan (kesilapan mereka) adalah lebih baik daripada sedekah (pemberian) yang diiringi (dengan perbuatan atau perkataan yang) menyakitkan hati. Dan (ingatlah), Allah Maha Kaya, lagi Maha Penyabar. (Surah al-Baqarah 2:263)
Ingin jadi mulia? Amalkan member maaf sebagaimana Sabda Rasullah s.a.w. yang bermaksud:
“Tidak akan berkurang sedekah akan harta, tidak akan bertambah atas seorang hamba dengan sebab memberi kemaafan melainkan bertambah kemuliaan dan tidak akan tawaduk seseorang terhadap Allah melainkan Allah akan mengangkat darjatnya.” (Riwayat Muslim no. 2588)
Memohon maaf tudak sepatutnya bermusim, malah ia perlu menjadi tradisi harian seorang Muslim. Taburkan maafmu pada setiap malam saat sebelum mata terlelap buat siapa jua walaupun mereka tidak pernah memohon maaf daripadamu.
Klik pada image untuk mendapatkan paparan yang lebih besar dan jelas
Mazmumah (Pendendam)
Dendam biasanya berpunca daripada kemarahan dan kekecewaan. Dendam lazimnya berkait dengan masa silam yang menyebabkan manusia tegar mencipta kebinasaan buat saudaranya atau menghalang saudaranya daripada beroleh kebaikkan. Inilah perasaan atau keinginan untukmembalas perbuatan jahat seseorang.
Bunuhlah dendam yang bersarang dalam jiwa dengan langkah-langkah berikut:
- Sucikan hati dengan Solat Taubat dan Istighfar.
- Maafkan semua orang sebelum tidur.
- Lupakan segala duka atau kisah silam yang menyebabkan dendam marak.
- Bersahabat dengan orang soleh. Elakkan bersahabat dengan batu api yang tidak pernah kenal putus asa menyemarakkan sengketa sesame insane.
- Setiap manusia tidak terlepas daripada berbuat silap.
- Percayalah jika kita dianiaya dan tidak mendapat pembelaan di dunia, maka haraplah pembalasan Allah di Akhirat sana yang lebih adil tanpa perlu berdendam kepada sesiapa.
Akhir kata, Ingatlah bahawa memaafkan ialah dendam yang terindah. Dan jadilah ibarat pohon epal yang tetap menjatuhkan buahnya yang manis walaupun dilempar batu.
Dari Majalah Solusi keluaran Isu 26.
curry shoes
ReplyDeleteOFF-White
ggdb outlet
supreme outlet
off white outlet