Text

http://www.msg-cyber.blogspot.com/
Welcome to MSG Cyber
Selamat Datang ke MSG Cyber

Saturday, May 14, 2011

Baik Sangka vs Buruk Sangka

Mahmudah (Baik Sangka) Vs Mazmumah (Buruk Sangka)

Klik pada image untuk mendapatkan paparan yang lebih besar dan jelas


 Baik Sangka (Husnu zan) 

Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulillah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Allah s.w.t. berfirman, ‘Aku sesuai dengan prasangka hamba-Ku kepada diri-Ku.” (Riwayat al-Bukhari)

Rasulullah s.a.w. bersabda, maksud hadis riwayat Muslim: “Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan kamu berbaik sangka dengan Allah.”

Apa maksud bersangka baik dengan Allah? Bersangka baik di sini adalah rasa takut dan harap yang saling bergandingan, ataupun rasa takut mengatasi rasa harap.

Dengan siapa kita perlu bersangka baik? Dengan Allah lebih utama dan kemudian sesame manusia, lebih-lebih lagi sesama Muslim.

Seseorang hamba yang bersangka baik dengan Allah:

1. Apabila melakukan sebarang ibadah, dia bersangka baik bahawa Allah akan menerima ibadahnya itu dan membalas dengan sebaik-baik ganjaran pahala.

2. Apabila berdoa dia tahu bahawa Allah akan memakbulkan doanya.

3. Apabila dia berdosa, segera bertaubat dan bersangka baik bahawa Allah pasti menerima taubatnya dan mengampunkan dosanya.

4. Apabila ditimpa musibah, dia akan bersangka baik bahawa di sebalik ujian itu ada hikmahnya.

Reaksi seorang hamba yang bersangka baik sesame manusia lain.

1. Memandang seseorang dari sudut positif dan mengabaikan sisi negative.

2. Tidak menyebarkan keburukan saudara seislam yang lain.

3. Nasihat-menasihati andai ada kekurangan yang terserlah pada individu tersebut.

4. Saling mendoakan kesejahteraan.

5. Mudah memaafkan.

Semoga hati-hati kita dilimpahi baik sangka dengan segala-galanya, baik sangka kepada Allah, sesame manusia dan terhadap segala peristiwa yang menimpa kita.


 Buruk Sangka (Su’u zan) 

Allah berfirman yang bermaksud: “Sedang segolongan yang lain yang hanya mementingkan diri sendiri, menyangka terhadap Allah dengan sangkaan yang tidak benar, seperti sangkaan orang jahiliah.” (Surah Ali ‘Imran 3: 154)

Allah berfirman yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman, jauhilah kebanyakkan sangkaan (kecurigaan), kerana sabagian dari sangkaan itu dosa.” (Surah al-Hujurat 49: 12)

Apa itu buruk sangka? Dalam bahasa yang mudah difahami, buruk sangka membawa erti berfikiran negative atau negative thinking.

Allah berfirman yang bermaksud: “Dan kebanyakkan mereka tidak mengikuti kecuali persangkaan sahaja, sesngguhnya persangkaan itu tidak sedikit pun berguna untuk mencapai kebenaran.” (Surah Yunus 10: 36)

Biasanya sangka buruk lahir daripada bukti yang tak kukuh. Belum lagi disiasat dan mengetahui lebih lanjut, pelbagai spekulasi telah terbit.

Punca Buruk Sangka kepada Allah

1. Tidak yakin dengan kekuasaan dan kebesaran Allah s.w.t.

2. Tidak dapat menerima hakikat bahawa lumrah hidup manusia yang sentiasa diuji.

3. Ragu-ragu sama ada ibadahnya akan diterima Allah atau tidak.

Leburkan Buruk Sangka

1. Berusaha menambah ilmu.

2. Jangan sekali-kali berprasangka buruk tanpa asas.

3. Pandang sisi baik dan lupakan sisi jahat.

4. Sekiranya tiada sisi baik pada seseorang, maka jangan tergesa-gesa membuat sebarang andaian negative.

5. Mintalah perlindungan Allah daripada bisikan syaitan.

6. Sembunyi keburukan Muslim.

7. Mohon kepada Allah diberikan sangkaan yang baik. Doa Sa’id bin Jabir:


Maksudnya: “Ya Allah ya Tuhanku, Sesungguhnya aku meminta kepada-Mu sebenar-benar tawakal ke atas-Mu dan sebaik-baik sangka dengan-Mu.”

Dari Majalah Solusi keluaran Isu 17.

MSG Cyber :  Untuk mendengar Ayat-ayat Al-quran sila ke sini >>> AL-QURAN <<<

1 comment:

MSG-Zone

Sports - Football : Click Picture to Go Site Page

Best Red yellow
PhotobucketPhotobucket PhotobucketPhotobucket

Blog Untuk Download