Home

Friday, September 30, 2011

Bagaimana Ikan Tidur?

Assalamualaikum Semua :)

Pernah tak terfikir bagaimana ikan tidur sedangkan ikan habitatnya di dalam air. Kali ini saya nak kongsikan satu lagi fakta menarik kali ini mengenai ikan tidur. Jadi lepas ni kalau ada sesiapa bertanya pada anda ikan tidur bolehlah anda menjawab.. Selamat membaca... :)

Ikan Tidur Dalam Mukus
Klik pada image untuk mendapatkan paparan yang lebih besar dan jelas

Seperti hidupan lain, ikan juga sebenarnya tidur untuk melengkapkan kitaran aktiviti hidupnya.

Spesis ikan yang berbeza mungkin mempunyai cara tidur yang juga berbeza.

Mengambil contoh ikan bayan (parrot fish), sepsis tersebut menghasilkan bahan mucus untuk dijadikan sebagaai tempat tidur.

Mukus tersebut akan membaluti tubuh ikan yang secara tidak langsung berfungsi mengelakkan daripada serangan hidupan lain.


Credit to:

 Dari estidotmy - Edisi 92 

Thursday, September 29, 2011

DNA Membuktikan Kekuasaan Allah

Assalamualaikum Semua :)

Kali ini saya hendak kongsikan mengenai dunia sains. Diharap ia dapat memberi pengetahuan kepada anda. Jom baca seterusnya. Bagi mereka yang hendak membaca sepenuhnya bolehlah dapatkan majalah SOLUSI isu 35. Tak rugi pun membelinya kerana banyak info-info yang bermanfaat ada di dalamnya.

DNA Membuktikan Kekuasaan Allah
Sumber Gambar: http://www.biology.arizona.edu/biochemistry/activities/DNA/DNA_intro.html

Kehebatan ciptaan Allah s.w.t. bukan sahaja dapat dilihat pada kejadian alam semesta, bumi, langit, bintang dan matahari serta planet-planet yang besar di ala mini, bahkan ia juga dapat dilihat pada sekecil-kecil perkara yang ada dalam hidupan.

Kemajuan teknologi sains telah membuktikan bahawa benda-benda hidup di atas muka bumi ini sebenarnya terdiri daripada satu struktur yang kompleks dan terlalu sempurna. Mustahil untuk dikatakan ia terjadi dengan sendiri. Hal ini sekaligus membuktikan semua kehidupan dicipta oleh satu Kuasa Yang Maha Hebat.

Penemuan terbaru pada abad ini ialah penemuan satu struktur senourna di dalam sel-sel manusia dan haiwan iaitu DNA. Ia hasil daripada kemajuan bidang genatik dan ini merupakan salah satu tanda kehebatan ciptaan Allah s.w.t. untuk disaksikan.
Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: “Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami disegala wilayah bumi dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelas bagi mereka bahawa al-Quran itu adalah benar. Tidakkah cukup bahawa sesungguhnya Tuhanmu menjadi saksi atas segala sesuatu?” (Surah Fussilat 41: 53)

Entri ini ada sambungannya....
 Dari Majalah Solusi keluaran Isu 35.

Wednesday, September 28, 2011

Doa Apabila Takut Kejahatan Orang Lain

Assalamualaikum Semua :)

Pernah tidak mengalami situasi di mana anda ketakutan bila berjumpa atau terserampak dengan orang yang jahat? jika ia anda disyorkan menadah tangan dan memohon kepada Allah supaya diberi perlindungi daripada kejahatan tersebut. kali ini saya mahu kongsikan doa apabila takut kejahatan orang lain. sama-sama kita manfaatkannya. Insya-Allah :)

Doa Apabila Takut Kejahatan Orang Lain
Klik pada image untuk mendapatkan paparan yang lebih besar dan jelas

Maksudnya:
“Ya Allah ya Tuhanku, sesungguhnya kami letakkan Engkau pada leher mereka dan kami berlindung dengan Rngkau daripada (segala) bencana mereka. ”

Kaifiat dan Khasiat

Daripada Abu Musa al-Ash’ari r.a., bahawa Nabi Muhammad s.a.w. apabila takut bencana sesuatu kaum, Baginda membaca doa tersebut. (Riwayat Abu Daud, no. 1539)

Petikan Doa, Zikir & Doa yang Didengari Allah, Hj. Zahazan Mohamed, terbitan Telaga Biru Sdn Bhd. 

  Dari Majalah Solusi keluaran Isu 35.

Tuesday, September 27, 2011

Raihan - Bersatu + Lirik Lagu


Assalamualaikum Semua :)

Berdasarkan perkembangan semasa perhubungan masyarakat Islam masa kini, umat Islam mengalami krisis di mana sesama Islam bercakaran, bergaduh, tuduh menuduh, dengki mengdengki, berdendam, bermusuhan, saling mencari kesalahan masing-masing dan lain-lain perkara yang memecah belahkan masyarakat Islam. Perkara-perkara seperti ini tidak patut berlaku dalam masyarakat Islam, kerana agama Islam menitik beratkan perhubungan persaudaraan sesama Islam. Sentiasa perlu menjaga antara satu sama lain dan mengetahui hak-hak sesama orang Islam. Untuk mengetahui hak-hak sesama Islam boleh rujuk entri yang bertajuk Hak-hak Orang Islam.

Sedarlah orang-orang Islam, musuh kita sentiasa mencari jalan untuk menghancurkan Islam. Renungkanlah sejenak dan bertindaklah untuk kembali bersilaturahim. tak rugi pun kalau kita bersatu malah kita akan bertambah kuat dalam mengharungi cabaran-cabaran masa kini... kepada mereka yang arif dalam bidang agama Islam anda sepatutnya menyatukan orang-orang Islam bukan memecahkan lagi hubungan mereka... okeylah Sambil-sambil kita merenung mari dengarkan lagu Raihan ini. mesej yang disampaikan sangat mudah difahami. Semoga memberi manfaat yang berguna kepada kita..

Raihan - Bersatu


Menjadi Harapan Untukku Menyaksikan
Umat Yang Bertuah Ini Kembali Bersatu Hati
Buangkan Yang Keruh Ambillah Yang Jernih
Tiada Yang Lebih Berharga Selain Dari Perpaduan

Lupakanlah Segala Persengketaan
Hubungkan Kembali Tali Persaudaraan

Kerna Orang Beriman Itu Bersaudara
Saling Bertolong Bantu Berkasih Mesra
Agar Generasi Kita Di Masa Hadapan
Bangga Dengan Apa Yang Kita Wariskan

Menjadi Harapan Untukku Menyaksikan
Umat Yang Bertuah Ini Kembali Bersatu Hati

Bersatu Kita Teguh Bercerai Kita Roboh
Yang Berat Sama Dipikul
Yang Ringan Dijinjing Sama

Sepakat Membawa Berkat Asas Hidup Bermasyarakat
Amalkan Hidup Yang Sihat Selamat Dunia Akhirat

Lupakanlah Segala Persengketaan
Hubungkan Kembali Tali Persaudaraan ( 2x )

Kerna Orang Beriman Itu Bersaudara
Saling Bertolong Bantu Berkasih Mesra
Agar Generasi Kita Di Masa Hadapan
Bangga Dengan Apa Yang Kita Wariskan

Sunday, September 25, 2011

Burung Terkecil di Dunia

Assalamualaikum Semua :)

Kali ini saya hendak kongsikan satu lagi fakta menarik. Tahukah anda burung apa yang terkecil di dunia? Untuk mengetahui apakah burung tersebut, jom teruskan membaca entri ini. :) 

Burung Terkecil di Dunia
Klik pada image untuk mendapatkan paparan yang lebih besar dan jelas

Burung merupakan haiwan jenis vertebrata yang dikategori dalam pelbagai jenis sepsis.

Secarakeseluruhannya, terdapat lebih kurang 8,600 spesis burung telah dikenalpasti dari seluruh dunia bermula daripada kawasan gurun, kutub utara, kawasan hutan hujan Amazon dan Greenland.

Daripada semua sepsis itu, burung Hummingbird merupakan burung yang terkecil di dunia.


Credit to: 

Maksimum berat untuk burung tersebut hanya mencecah 28.35 gram sahaja.

Spesis burung berkenaan juga mempunyai sifat yang unik dan menarik di mana ia boleh terbang secara mengundur.

 Dari estidotmy - Edisi 92 

Doa Agar Tempat Tinggal Suami Isteri Menjadi Aman

Assalamualaikum Semua :)

Hidup dalam berumah tangga menginginkan tempat dan suasana yang aman. untuk mendapatkannya selain daripada cinta mencinta, kasih mengasihi, hormat menghormati dan sebagainya kita hendaklah memanjatkan doa kepada Allah agar di beri kemakmuran dalam hidup bersuami isteri. Entri kali ini saya hendak konsgikan doa agar tempat tinggal suami isteri menjadi aman. Jom lihat seterusnya...


Doa Agar Tempat Tinggal Suami Isteri Menjadi Aman
Klik pada image untuk mendapatkan paparan yang lebih besar dan jelas
Maksudnya:
“Ya Tuhanku, jadikanlah negeri ini (Makkah), negeri yang aman dan juahkanlah aku serta anak cucuku daripada menyembah berhala-berhala.” (Surah Ibrahim 14: 35)

Amalan

Betapa sayangnya Nabi Ibrahim kepada zuriat keturunannya sehingga baginda tidak pernah lupa mendoakan keselamatan mereka di dunia dan akhirat. Ini dapat dilihat pada ayat “negeri Makkah ini negeri yang aman” yang membawa maksud dunia mereka. Ayat “perbuatan menyembah berhala” pula bermaksud agar mereka terselamat daripada kemurkaan Allah dan neraka di akhirat kelak.

Doa ini penting untuk kehidupan dunia dan akhirat mereka walaupun mustahil Nabi Ibrahim tersesat menyembah berhala, tetapi permohonan Baginda menunjukkan keprihatinan (ziadah ismah) agar terselamat daripada syirik kepada Allah. (Tafsir al-Khazin)

Mohonlah kepada Allah agar tempat tinggal dan keluarga kita sentiasa berada dalam ketenangan dan keamanan serta Zuriat kita akan beroleh hidayah dan taufik daripada Allah s.w.t. dan selamat di dunia dan akhirat.

Dipetik daripada Doa Menjadi Pengantin Baru Setiap Hari, Ustaz Zahazan Mohamed, Telaga Biru Sdn Bhd.


  Dari Majalah Solusi keluaran Isu 35.

Rosak Amalan kerana Ingin Dipuji

Assalamualaikum Semua :)

Kadang-kadang kebanyakkan orang Islam jika berbuat sedikit amalan mereka mahupun pujian dari orang ramai. Contoh yang jelas kita boleh tangok adanya majlis penyerahan cek, terpampang angka sumbangan yang diberikan. adakah itu menunjuk-nunjuk. Ok entri kali ini saya hendak kongsikan kisah sahabat Nabi s.a.w. semoga dengan kisah ini menyedarkan kita baik buruknya jika bersikap sebegitu. Jom baca..

Rosak Amalan kerana Ingin Dipuji
Klik pada image untuk mendapatkan paparan yang lebih besar dan jelas

Dalam sirah Nabi s.a.w. menerusi kisah kematian Qazman; seorang yang menyamar sebagai muslim, berjuang bersama-sama dengan para sahabat. Sedangkan hatinya menyertai para sahabat hanyalah bertujuan mendapat jolokan pejuang yang berjiwa bangsa Arab untuk menjaga kepentingan Yathrib. Penyertaannya hanyalah untuk dipuji orang. Akhiranya beliau telah Berjaya membunuh ramai musuh yang menyerang Madinah.

Walaubagaimanapun, Nabi s.a.w. agak keberatan menyebut kematiannya sebagai salah seorang syuhada. Akhirnya Nabi s.a.w. dengan tegas mengatakan dia mati sebagai seorang kafir yang tidak diterima usahanya sedikit pun di sisi Allah s.w.t. Kenyataan Nabi ini disokong seorang sahabat yang menyaksikan bahawa Qazman ini telah membunuh dirinya sendiri dengan pedang yang dimiliki kerana kesakitan daripada luka yang dialaminya dalam peperangan Uhud ini.

Ini amat berbeza dengan keadaan seorang lagi perajurit Islam dalam kalangan sahabat yang bernama Usayrim r.a. yang memeluk Islam agak lambat. Walau bagaimanapun beliau telah menjejaki syurga dengan ketelusannya beriman kepada Allah s.w.t. dan Rasul-Nya s.a.w. Nabi s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud: “Usayrim ialah ahli syurga walaupun tempoh keislamannya amat pendek dan beliau belum pernah solat walaupun satu rakaat.”

Kedua-dua personality ini berbeza kerana Qazman adalah suatu gambaran manusia yang menderita seperti pengembara yang mengharapkan kewujudan air di tempat yang amat payah menemuinya, sedangkan Usayrim r.a. ialah seorang bertaraf sahabat yang menyahut panggilan fitrah dalam dirinya, lantas meneyrtai Nabi s.a.w. walaupun belum sempat berbuat apap-apa amalan termasuk solat.

          Dari Majalah Solusi keluaran Isu 35.

Saturday, September 24, 2011

Bila Teksi Pertama Muncul?

Assalamualaikum Semua :)


Entri kali ini agak berbeza dengan entri-entri sebelum ini. Kali ini saya ingin kongsikan fakta-fakta menarik unrtuk dijadikan sekadar pengetahuan umum... Jom kita baca seterusnya. Insya-Allah saya akan kongsikan fakta-fakta menarik di entri seterusnya... :)


Teksi Pertama Muncul 1897
Klik pada image untuk mendapatkan paparan yang lebih besar dan jelas


Bagi mereka yang tidak mempunyai kenderaan sendiri, menaiki kenderaan awam mungkin merupakan pilihan terbaik untuk bergerak dari satu destinasi ke destinasi yang lain.

Antara yang sering menjadi pilihan adalah teksi kerana ia lebih mudah dan fleksibel berbanding kenderaan awam lain seperti bas atau tren.

Namun, pernahkah anda terfikir siapakah sebenarnya yang telah memperkenalkan perkhidmatan teksi yang digunakan sehingga ke hari ini.

Teksi pertama dunia yang dikenali sebagai Daimler Victoria telah memperkenalkan pada tahun 1897 oleh individu bernama Gottlieb Daimler.

Namun pada bulan jun tahun yang sama, perkhidmatan itu telah beralih kepada Stuttgat yang merupakan pengusaha syarikat pengangkutan Friendrich pertama di dunia.

 Dari estidotmy - Edisi 92 

Hak-hak Orang Islam #5

Assalamualaikum Semua :)

Kali ini saya hendak sambung entri mengenai Hak-hak Orang Islam terhadap saudara seIslamnya. Hak-hak ini penting bagi menjaga perpaduan dan mengeratkan hubungan bermasyarakat sesama Islam dan menjamin kesejahteraan kita semua. Insya-Allah... berikut adalah entri-entri sebelum ini silalah klik pada link tersebut ♥ Hak-hak Orang Islam #1Hak-hak Orang Islam #2Hak-hak Orang Islam #3Hak-hak Orang Islam #4

Hak-hak Orang Islam #5
Sumber Gambar: Google


13. Hendaklah insaf sebelum melakukan sesuatu kepada orang lain. Jangan sesekali memperlakukan sesuatu kepada orang lain sekiranya kita tidak suka diperlakukan sedemikian itu. Rasullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
“Hai Abu Darda, berlaku baiklah dengan orang yang mendampingimu. Dengan itu engkau akan menjadi seorang mukmin. Gembirakanlah manusia dengan apa yang menggembirakan dirimu. Dengan itu engkau akan menjadi seorang muslim.” (Riwayat oleh Khara’ithi)

14. Hendaklah melebihkan penghormatan kepada orang yang keadaanya atau pakaianya menunjukan taraf kedudukkannya. Ini bererti melayani setiap orang itu menurut kedudukkannya yang wajar.

15. Hendaklah berusaha mendamaikan antara dua orang atau dua golongan yang berselisihan, di mana saja ada jalan untuk melaksanakannya. Rasullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

“Seutama-utama sedekah ialah mendamaikan orang yang berselisihan.” (Riwayat oleh Thabrani)

Dalam hadis lain yang disebutkan yang bermaksud:
“Bukanlah seorang pendusta orang yang mendamaikan antara dua orang yang berselisihan, lalu menyampaikan yang baik (kepada salah satu di antara keduanya sekalipun bukan sebenarnya).” (Riwayat oleh Bukhari dan Muslim)

Inilah yang menunjukkan kewajiban berusaha mendamaikan seluruh manusia, padahal yang sebenarnya ialah meninggalkan dusta itulah yang wajib, tetapi dapatkah sesuatu kewajiban itu gugur dengan datangnya kewajiban yang lebih penting dan lebih utama dari kewajiban yang pertama itu.

Dalam sebuah hadis lagi dijelaskan yang bermaksud:
“Semua ucapan dusta itu ditulis (sebagai dosa) melainkan seseorang yang berdusta dalam peperangan, sebab peperangan itu tipu daya atau seseorang yang berdusta dengan tujuan mendamaikan antara dua orang yang berselisihan atau seseorang yang berdusta kepada isterinya supaya ia menjadi redha (puas hati).” (Diriwayatkan oleh Muslim)

Dari Buku Bimbingan Untuk Mencapai Tingkat Mukmin  Jilid 1.

 P/s: Entri ini mempunyai sambungan