Text

http://www.msg-cyber.blogspot.com/
Welcome to MSG Cyber
Selamat Datang ke MSG Cyber

Friday, July 27, 2012

Menutup Pintu Maksiat

Assalamualaikum Semua ☺

Di kesempatan ini saya hendak kongsikan tip bagi menutup pintu maksiat. Semoga dengan sedikit tip ini dapat membantu kita daripada terus menerus melakukan maksiat. Kongsikan semoga ianya memberi manfaat kepada kita semua Insya-Allah. Teruskan membca...

Menutup Pintu Maksiat

Pintu taubat selalu terbuka seperti yang disebut dalam hadis nabi s.a.w. yang bermasksud: “Setiap manusia sering melakukan kesalahan dan sebaik-baik orang yang sering berbuat kesalahan adalah yang sering bertaubat kepada-Nya.” (Riwayat al-Tirmizi)

Bagi mereka yang ingin bertaubat, tip di bawah diharap dapat membantu, Insya-Allah.

۞ Ikhlas dan Menyerah Diri Sepenuhnya kepada AlLaH

Inilah perkara yang paling utama. Jika seseorang hamba ikhlas bertaubat kerana Allah. Allah pasti akan menerima taubatnya. Seorang hamba tidak pernah meninggalkan kekasih yang dicintainya kecuali kerana ada kekasih lain yang lebih dia sukai atau kerna ingin lari daripada sesuatu yang tidak diinginkannya.

Apabila hati seorang hamba telah bersih dan ikhlas dalam beribadah kepada-Nya, maka penyakit cinta akan maksiat tidak akan menjangkitinya kerana perasaan ini hanya berjangkit pada hati mereka yang kosong.

۞ Mujahadah (bersungguh-sungguh)


Nafsu ialah makhluk Allah yang boleh ditundukkan. Mengawalnya bererti melepaskan diri daripada
diperhambakan oleh hawa nafsu. Mengawal nafsu daripada melakukan maksiat bukanlah bermaksud melawan hanya sekali dua, tetapi ia perlu berterusan kerana Allah. Apabila seseorang bermujahadah melawan nafsunya, kebaikkan dan keberkatan akan datang kepadanya.

۞ Banyak Mengingati Akhirat.


Tidak banyak berangan tentang dunia sebaliknya banyak mengingati mati serta alam pengakhiran seperti nikmat abadi di dalam surge serta azab dan derita di neraka. Ini akan menyebabkan timbul rasa untuk melakukan taubat nasuha dan mengingati semula semua amal soleh yang ditinggalkannya dahulu.

۞ Sibuk dengan Hal ang Bermanfaat.


Senggang masa yang banyak tidak terisi menyebabkan seseorang melakukan perkara yang mengheret kepada gejala-gejala yang tidak sihat. Apabila masa terisi dengan aktiviti yang bermanfaat, maka tidak ada ruang masa lagi untuk berbuat maksiat.

۞ Menjauhi Punca Kembali Semula kepada Maksiat.


Menjauhi punca-punca melakukan maksiat seperti pergi ke pusat hiburan, melayari bahan tidak baik di internet, melayan cinta kekasih di facebook dan sebagainya. Apabila puncanya sudah disekat, maksiat boleh terhalang.

۞ Menunudukkan Pandangan.


Dari mata turun ke hati. Begituah penangan mata. Kerana itu, menundukkan pandangan sangat dituntut bagi memberikan ketenangan. Apabila ditundukkan pandangan, hati juga mampu menundukkan syahwatnya.

۞ Bergaul dengan Orang Baik.


Seorang teman yang baik akan membantu membawa kita ke jalan ketaatan kepada Allah. Dia akan menegur dengan berhikmah sekiranya kita bersalah. Dia akan sentiasa mengingatkan kita kepada Allah. Berkumpul mendengar majlis ilmu bersama orang soleh juga akan sentiasa diberi rahmat oleh Allah.

۞ Banyak Berdoa.


Sebaik-baiknya berdoa memohon kepada Allah supaya diberi kesempatan untuk bertaubat nasuha, walau bagaimana besar dan banyak pun dosa kita. Digalakkan juga memilih waktu-waktu yang mustajab doa seperti ketika sujud dalam solat, pada akhir malam, masa antara azan dan iqamat dan sebagainya.

Dari Majalah Solusi keluaran Isu 35.

Jemput LIKE Page : Izinkan Saya Share

Thursday, July 26, 2012

Cover Untuk Facebook 2 - Kalimah Syahadah

Assalamualaikum Semua :)

Kali ini saya hendak kongsikan koleksi cover facebook yang tertulis Kalimah Syahadah... Mudah-mudahan memberi manfaat kepada kita semua... Maaf jika ianya tidak menarik hati semua...



Cover Untuk Facebook2
~ Kalimah Syahadah ~











Jemput LIKE Page : Izinkan Saya Share

Saturday, July 21, 2012

Ucapan Ramadhan Al-Mubarak 2

Assalamualaikum Semua Umat Islam di seluruh Dunia. MSG Cyber mengucapkan SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA. Semoga amalan kita sepanjang bulan Ramadan akan diterima oleh Allah....  Sama-samalah kita berharap kepada-Nya..... 

 Ucapan Ramadhan Al-Mubarak 2

Jemput LIKE Page : Izinkan Saya Share

Wednesday, July 18, 2012

Cover Untuk Facebook 1

Assalamualaikum Semua :)

Entri kali ini saya hendak kongsikan beberapa cover untuk di letakkan sebagai header cover untuk Facebook... terlebih dulu saya ingin minta maaf sekiranya cover-cover ini tidak berkenan di hati anda... :)

Cover Untuk Facebook 1
Malaysia - Putih
Malaysia - Kuning
Malaysia- Merah
Malaysia- Biru
Johor
Kedah
Kelantan
Melaka
Pahang
Perak
Perlis
Pulau Pinang
Sabah
Sarawak
Selangor
Negeri Sembilan
Terengganu
Negara Brunei


Negara Palestine

Negara Indonesia


Jemput LIKE Page : Izinkan Saya Share


Kaedah Mencari Bahagia Menurut Al-Quran dan Sunnah

Assalamualaikum Semua :)

Bahagia? Semua orang pasti ingin bahagia.. bagaimana cara atau kaedahnya untuk kita mencapai kebahagiaan yang kita inginkan? Sebagai seorang Islam kita ada kitab suci Al-Quran dan Hadis Nabi Muhammad s.a.w. sebagai panduan untuk kita mencapai tahap kebahagia. untuk mengetahuinya jom baca apa yang saya kongsikan ini. mudah-mudahan memberi manfaat kepada kita semua. Insya-Allah..

KAEDAH MENCARI BAHAGIA MENURUT 
AL-QURAN DAN SUNNAH


1. BERIMAN DAN BERAMAL SOLEH

“Sesiapa yang beramal soleh baik lelaki ataupun perempuan dalam keadaan ia beriman maka kami akan berikan kepadanya kehidupan yang baik dan kami akan membalas mereka dengan pahala yang lebih baik daripada apa yang mereka amalkan.”
(Surah al-Nahl 16: 97)

Ibn ‘Abbas r.a. meriwayatkan bahawa segolongan ulama mentafsirkan bahawa kehidupan yang baik (dalam ayat ini) ialah rezeki yang halal dan baik (halalan tayyiban). Sayidina Ali pula mentafsirkannya dengan sifat qanaah (berasa cukup). Ali bin Abi Thalhah dari Ibn ‘Abbas, meriwayatkan bahawa kehidupan yang baik itu ialah kebahagiaan.

2. BANYAK MENGINGATI ALLAH.

Dengan berzikir kita akan mendapat kelapangan dan ketenangan sekaligus bebas daripada rasa gelisah dan gundah-gulana. Firman Allah: “Ketahuilah dengan mengingat (berzikir) kepada Allah akan tenang hati itu.” (Surah al-Ra’d 13: 28)

3. BERSANDAR KEPADA ALLAH.

Dengan cara ini seorang hamba akan memiliki kekuatan jiwa dan tidak mudah putus asa dan kecewa. Allah berfirman, bermaksud : “Siapa yang bertawakal kepada Allah maka Allah akan mencukupkannya.”
(Surah al-Talaq 105: 3)

4. SENTIASA MENCARI PELUANG BERBUAT BAIK.

Berbuat baik kepada makluk dalam bentuk ucapan mahupun perbuatan dengan ikhlas dan mengharapkan pahala daripada Allah akan member ketenangan hati.

Firman-Nya, bermaksud: “Tidak ada kebaikkan dalam kebanyakkan bisikan-bisikan mereka kecuali bisikan-bisikan daripada orang yang menyuruh (manusia) untuk bersedekah atau berbuat kebaikan dan ketaatan atau memperbaiki hubungan antara manusia. Barang siapa melakukan hal itu kerana mengharapkan keredhaan Allah, nescaya kelak kami akan berikan padanya pahala yang besar.” (Surah al-Nisa’ 4: 114)

5. TIDAK PANJANG ANGAN-ANGAN TENTANG MASA DEPAN DAN TIDAK MERATAPI MASA SILAM.

Fikir tapi jang khuatir. Jangan banyak berangan-angan terhadap masa depan yang belum pasti. Ini akan menimbulkan rasa gelisah oleh kesukaran yang belum tentu dating. Juga tidak terus meratapi kegagalan dan kepahitan masa lalu kerana apa yang telah berlalu tidak mungkin dapat dikembalikan semula. Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya:

“Bersemangatlah untuk memperoleh apa yang bermanfaat bagimu dan minta tolonglah kepada Allah dan janganlah lemah. Apabila menimpa akan kamu sesuatu (daripada perkara yang tidak disukai) janganlah engkau berkata: ‘Seandainya aku melakukan ini nescaya akan begini dan begitu.” Akan tetapi katakanlah : ‘Allah telah menetapkan dan apa yang Dia inginkan Dia akan lakukan,” kerana sesungguhnya kalimat ‘seandainya’ itu membuka kepada amalan syaitan.” (Riwayat Muslim)

6. MELIHAT “KELEBIHAN” BUKAN KEKURANGAN DIRI.

Lihatlah orang yang di bawah dari segi kehidupan dunia, misalnya dalam kurniaan rezeki kerana dengan begitu kita tidak akan meremehkan nikmat Allah yang diberikan Allah kepada kita. Rasulullah s.a.w. bersanda yang bermaksud:

“Lihatlah orang yang di bawah kamu dan jangan melihat orang yang di atas kamu kerana dengan (melihat ke bawah) lebih mudah untuk kamu tidak melemahkan nikmat Allah yang dilimpahkan-Nya kepada kamu.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

7. JANGAN MENGHARAP UCAPAN TERIMA KASIH MANUSIA.

Ketika melakukan sesuatu kebikkan, jangan mengharapkan ucapan terima kasih ataupun balasan manusia. Berharaplah hanya kepada Allah. Kata bijak pandai, jangan mengharapkan ucapan terima kasih kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. Malah ada antara hukama berkata, “sekiranya kita mengharapkan ucapan terima kasih daripada manusia nescaya kita akan menjadi orang yang sakit jiwa!”

Firman Allah: “Sesungguhnya kami member makan kepada kamu hanyalah kerana Allah semata-mata, kami tidak berkehendakkan sebarang balasan daripada kamu atau ucapan terima kasih.” (Surah al-Insan 76: 9)

Dari Majalah Solusi Keluaran Isu 6

Jemput LIKE Page : Izinkan Saya Share

8 Amanat Sayidina Umar al-Khattab

Assalamualaikum Semua :)

Di kesempatan masa ini saya ingin kongsikan pesanan daripada Sayidina Umar al-Khattab, Pesanan atau amanat ini sangat berguna kepada diri kita.. Marilah jadikan ia sebagai panduan dan amalan. Semoga diri kita sentiasa mendapat keberkatan dan redha dari Allah. Insya-Allah.. Teruskan membaca...

8 AMANAT SAYIDINA UMAR AL-KHATTAB

1. Siapa yang menjaga PERCAKAPAN dianugerahkan kepadanya hikmah.

2. Siapa yang menjaga PENGLIHATAN dianugerahkan kepadanya hati yang khusyuk.

3. Siapa yang menjaga MAKANAN dianugerahkan kepadanya kelazatan dalam beribadah.

4. Siapa yang BERSABAR MENERIMA UJIAN, Allah sempurnakan sabarnya lalu memasukkanya ke dalam syurga yang dia suka.

5. Siapa yang menjaga KETAWA dianugerahkan kepadanya kehebatan.

6. Siapa yang menjaga GURAUAN dianugerahkan kepadanya keelokkan atau kemuliaan.

7. Siapa yang MENINGGALKAN CINTA DUNIA dianugerahkan kepadanya melihat kesalahan sendiri.

8. Siapa yang MENINGGALKAN KESIBUKKAN MENCARI KESALAHAN pada perbuatan Allah, dihindari daripada sifat orang munafik.

Dari Majalah IMAN Keluaran Bil No 5

Jemput LIKE Page : Izinkan Saya Share

Tuesday, July 10, 2012

Islam Adalah Cara Hidup

Assalamualaikum Semua :)

Ok saya hendak sambung pengkongsian lagi. Kali ini mari kita muhasabah diri dan tukar cara hidup kita kepada cara hidup Islam. Semoga ianya bermanfaat kepada kita semua. Insya-Allah.

Islam Adalah Cara Hidup



1. Jika kita marah – TOPUP - wuduk untuk menyejukkan jiwa.
2. Jika kita bingung – KLIK - doa agar tenang hati.
3. Jika kita dipuji – RELOAD - syukur supaya tidak alpa.
4. Jika kita gagal – DOWNLOAD - usaha untuk member semangat.
5. Jika kita kecewa – RESTART - tenaga agar sentiasa sedar.
6. Jika kita sedih – SELECT - ibu bapa untuk meluahkan perasaan.
7. Jika kita berdosa – UNDO - perangai itu dan bersolat taubat.
8. Jika kita berdendam – DELETE - buruk sangka supaya bersih hati.
9. Jika kita berbohong – BACKSPACE - kata-kata untuk memperbetul keadaan.
10. Jika kita buat maksiat – REHISTER SOFTWARE - sikap baru dan bertaubat nasuha.

Dari Majalah Gen-Q Isu 04

Jemput LIKE Page : Izinkan Saya Share

6 Sebab Dosa Kecil Jadi Dosa Besar

Assalamualaikum Semua :)

Ok, Entri kali ini saya hendak kongsikan sebab-sebab dosa kecil menjadi dosa besar. Semoga kita dijauhi daripada perkara-perkara seperti ini... Insya-Allah

6 Sebab Dosa Kecil Jadi Dosa Besar


Imam al-Ghazali di dalam salah sebuah kitabnya mengingatkan bahawa dosa-dosa kecil boleh menjadi dosa besar dengan beberapa sebab, iaitu:

1. BERTERUSAN MELAKUKAN DOSA ITU TANPA HENTI-HENTI.

Persis titisan air yang jatuh di atas batu. Jika berterusan, lama kelamaan batu itu akan berkesan. Begitu juga dengan dosa-dosa yang dianggap kecil, jika dilakukan setiap hari akan member kesan yang besar kepada pelakunya. Sebab itu dikatakan:

“Bukanlah namanya dosa kecil jika dilakukannya dengan terus menerus, dan bukanlah dikira dosa besar lagi sesudah dipohonkan keampunan.”

2. MEMANDANG RINGAN DOSA YANG DILAKUKAN.

Orang yang memandang ringan terhadap amalan-amalan dosa yang menjadi kelazimannya, nebffanvarkan kesan dosa tersebut telah melekat di hatinya. Hati sepatutnya disinari dengan pelbagai amal ketaatan dan dilindungi dari amal keburukkan.

Seharusnya, setiap dosa dipandang berat dan besar kerana perasaan begitu akan menimbulkan perasaan kurang senang dan benci di dalam hati terhadap dosa dan perasaan itu akan menahan seseorang dari mengulangi dosa tersebut.

Seorang mukmin akan memandang dosanya seperti gunung yang akan menghempapnya pada bila-bila masa. Sedangkan orang munafik memandang dosa seperti seekor lalat yang hinggap di atas hidungnya. Dan mengusirnya saja.

3. BERASA GEMBIRA DAN SENAG APABILA MELAKUKAN DOSA KECIL.

Setiap kali seseorang berasa seronok dengan dosa kecil yang dilakukannya, dosa itu akan menjadi besar dan berat akibatnya, sehingga meninggalkan kesan yang hitam dalam hati.

Awaslah jika berkata “Puas hati aku, tembelangnya dah pecah dan dia malu besar”, “Aku Berjaya menipunya”, “Padan muka, aku dah jatuhkan maruah dia.” Dan sebagainya.

Perkara-perkara sebegini boleh menyebabkan dosa-dosa kecil menjadi besar kerana mempunyai unsure-unsur yang membinasakan.

4. MEMANDANG REMEH JIKA ALLAH S.W.T. MENUTUP DOSA YANG DILAKUKAN.

Orang sebegini menganggap Allah s.w.t. menutup dosanya kerana inayah-Nya dan meneruskan perbuatan dosa itu. Orang ini terkeliru kerana kebodohannya disebabkan sifat ghurur telah menguasai sifat ini membuat seseorang menilai sesuatu yang buruk sebagai sesuatu yang baik.

5. BERMEGAH DIRI KERANA MEMBUAT DOSA ITU.

Menyebut-nyebut maksiat yang dilakukan atau melakukannya tanpa segan silu di hadapan orang lain adalah ‘jenayah’ yang berat untuk diri sendiri. Allah s.w.t. menutup dosa itu, tetapi si pelakunya pula bermegah-megah dengan dosanya.

Jika orang yang mendengar atau melihat mengikut jejaknya melakukan dosa yang sama, keadaan menjadi lebih teruk lagi. ‘Jenayahmya’ boleh dianggap ‘jenayah’ berganda.

6. JIKA MELAKUKAN DOSA ITU ORANG ALIM, DAN PERBUATANNYA DIIKUTI PARA PENGIKUTNYA.

Sabda Nabi s.a.w. “sesiapa menganjurkan sesuatu perbuatan yang buruk (jahat), maka dia akan menanggung dosanya dan dosa orang-orang yang mengikutnya. Tiada terkurang walau sedikit pun dari dosa-dosa mereka itu”

Maka sebaiknya orang alim yang mempunyai pengikut melakukan amal-amalan yang baik, kerana jika ada yang mengikutnya, dia juga akan mendapat pahala berganda.


Dari Majalah IMAN Keluaran Bil No 5

Jemput LIKE Page : Izinkan Saya Share




Tolak Yang Biasa, Tambah Yang Baik

Assalamualaikum Semua :)

Entri kali ini saya hendak kongsikan tips untuk meningkatkan kebaikkan dalam diri kita. Semoga ianya memberi manfaat kepada kita semua. Insya-Allah..

Tolak Yang Biasa, Tambah Yang Baik 



✗ TOLAK:
Bangun pagi bermalas-malasan sambil berdialog, “Alamak… nak pergi sekolah la pulak! Hari-hari buat benda yang sama…. Hmph!”

✔ TAMBAH:
Celik mata terus berdoa “Ya Allah, hari ini, lihatkanlah mataku kepada kebesaran-Mu, dengarkanlah telingaku kepada kalimah-Mu, ucapkanlah bibirku kepada memuji-Mu, indahkanlah perangaiku kepada apa yang Engkau perintahkan.”

✗ TOLAK:
Berkhayal ketika dalam kelas sambil merungut dalam hati, “Bosan la cikgu ni. <eleweh macam mengajar penyu berlari!”

✔ TAMBAH:
Berwuduk sebelum masuk kelas dan berdoa. “A’dzubillah… jauhkanlah aku daripada gangguan syaitan yang terkutuk, penipuannya bisikkanya dan godaannya.”

✗ TOLAK:
Bercerita dan bercakap kepada perkara-perkara yang tidak berfaedah sambil mengutuk. “Buruknya perangai…. Ikut perangai atok nenek dia la tu!”

✔ TAMBAH:
Banyakkan diam dan bercakap bila perlu sahaja di samping berdoa “Ya Allah dengan kasih saying-Mu, perelokkanlah perangaiku dan orang disampingku agar kami bersyukur dengan apa yang Engkau beri.”

Dari Majalah Gen-Q Keluaran Isu 04

Jemput LIKE Page: Izinkan Saya Share

7 Cara Memujuk Rakan Emo

Assalamualaikum Semua :)

Hari ini saya hendak kongsikan cara untuk memujuk rakan atau kawan kita yang emosional.. semoga pengkongsian ini membantu anda untuk memujk mereka. Insya-Allah

7 Cara Memujuk Rakan Emo


Secara ringkas perkataan ‘ emo’ diambil daripada perkataan ‘emosional’. Emosional dalam kamus dewan edisi keempat membawa maksud, cenderung memperlihatkan emosi atau bertindak mengikut perasaan. Selalunya perlakuan yang ditunjukkan oleh orang yang emosi ialah sesuatu yang bersifat negative. Contohnya seperti mencampak barang-barang di sekelilingnya, bercakap sendirian, memaki hamun, murung, berteleku di sudut bilik, sentiasa berasa serba-salah dan berbagai lagi.

Apa yang patut kita buat untuk menghadapi rakan yang emo? Insya-Allah di sini disebutkan 7 cara yang sesuai:

1. MENGAMBIL WUDUK.

Kita ajak rakan emo kita sama-sama mengambil wuduk. Sambil memujuk, kita katakana bahawa air basahan wuduk boleh menyejukan hati yang lara. Dengan syarat kita ikhlas.

2. MENULIS SESUATU YANG POSITIF.

Berikan beberapa helai kertas dan pen atau pensel kepadanya. Kemudian katakana kepadanya supaya menulis apa yang dicita-citakan di atas kertas tersebut. Sambil itu, kita katakana bahawa tulisan yang baik dan positif boleh merangsang fikiran kea rah yang lebih baik.

3. MEMUJINYA DENGAN SEADANYA.

Kita duduk dihadapannya sambil memerhatikan wajahnya. Kita katakana kepadanya bahawa dia seorang yang bijak dan cantik. Alangkah baiknya kalau kebijakan dan kecantikan itu kita luahkan syukur kepada Allah. Dengan itu nanti, dengan izin Allah, Allah akan cantikan hati kita dengan ketenangan dalam semua hal.

4. TUNJUKKAN KASIH SAYANG

Tanyakan kepadanya kalau-kalau rakan emo kita itu hendakkan sesuatu seperti nak makan apa, nak minum apa, nak membaca apa, nak menonton apa…. Apa-apa sahaja asalkan perbuatan itu tidak melanggar syariat. Kalau boleh, kita lakukan bersama-sama.

5. BERBUAL-BUAL DAN BERADA DI SAMPING.

Usah biarkan rakan emo kita duduk bersendirian atau melakukan apa-apa sahaja seorang diri. Kita mesti turut serta. Sebaik-baiknya biarlah kita berbual-bual dengannya tentang sesuatu yang menggembirakan. Tapi jangan sesekali kita melayan cerita emosinya. Kita bawa perbualan yang menyenangkan.

6. MEMINTA MAAF.

Ringankan lidah kita untuk meminta maaf andainya kita yang menyebabkan rakan emo kita menjadi begitu. Mengaku kesalahan atau kesilapan kita walaupun bukan kita yang memulakannya. Kita katakana kepadanya bahawa kita rindukan persahabatan yang terjalin sebelum ini.

7. PERLIHATKAN KEPADANYA BETAPA INDAHNYA ISLAM.

Jika rakan emo kita seorang yang agak degil kita cari seseorang yang rapat dengannya untuk memujuk. Seperti adik beradiknya, atau kawan karibnya, atau gurunya, atau sesiapa saja yang kita lihat ada potensi yang rakan emo kita itu dapat meluahkan perasaan. Tetapi kita kena ingat, seseorang yang rapat dengannya itu biarlah yang mempunyai pegangan agama yang baik. Kalau sebaliknya, ajaklah guru kaunseling atau ustaz/ustazah berjumpa dengan rakan emo kita itu.

Dari Majalah Gen-Q Keluaran Isu no 4

Jemput LIKE Page : Izinkan Saya Share

Sports - Football : Click Picture to Go Site Page

Best Red yellow
PhotobucketPhotobucket PhotobucketPhotobucket