Text

http://www.msg-cyber.blogspot.com/
Welcome to MSG Cyber
Selamat Datang ke MSG Cyber
Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

Wednesday, December 19, 2012

Petua Untuk Ikhlas Belajar

Assalamualaikum Semua :)

Dikesempatan ini saya hendak kongsikan petua untuk ikhlas belajar... Semoga pengkongsian yang sedikit ini dapat memberi manfaat kepada kita...

PETUA UNTUK IKHLAS BELAJAR


1. Sentiasa berbisik dihati: Belajar untuk mendapat keredaan Allah.

2. Mengenal pasti bisikkan syaitan dan tipu helahnya yang boleh mengalihkan fokus daripada pembelajaran.

3. Kaitan setiap perkara yang dipelajari dengan kebesaran Allah dan keluaran ilmu-Nya.

4. Sentiasa berdoa agar memperoleh ilmu yang bermanfaat dan dimudahkan jalan ke Syurga.

5. Sentiasa beristighfar dan kembali kepada Allah apabila melakukan maksiat dan kesalahan sepanjang belajar.

Dari Majalah Gen Q Keluaran Isu no 15

Saturday, October 20, 2012

Ciri-ciri budi pekerti dan amalan terpuji

Assalamualaikum Semua :) 

Alhamdulillah masih lagi saya dapat berkongsi sedikit info yang bermanfaat. semoga pengkongsian ini memberi manfaat kepada semua yang membacanya. Insya-Allah


CIRI-CIRI BUDI PEKERTI DAN AMALAN TERPUJI
 


1.       Memberi salam kepada sesama islam

2.       Bergaul baik dalam hidup bermasyarakat

3.       Menghormati jiran tetangga dan orang lain tanpa mengira agama dan bangsa

4.       Berbudi bahasa dalam pertuturan dan bersikap santun dalm perbuatan.

5.       Bermurah hati dan banyak bersedekah serta berbuat kebajikan kepada sesama manusia

6.       Menziarahi orang sakit dan menziarahi jenazah serta mengiringinya ke perkuburan

7.       Mengasihani kanak-kanak dan bersikap belas kasihan kasihan terhadap anak-anak yatim

8.       Menahan marah dan memaafkan seseorang yang bersalah dengan hati yang terbuka dan berlapang dada.

9.       Mendamaikn orang yang bertelingkah

10.   Sentiasa menunaikan janji dan bersikap amanah

11.   Meninggalkn segala larangan agama

12.   Memenuhi dan menunaikan harapan orang yang meminta pertolongan

13.   Tidak menipu mengumpat dan mengadu domba

14.   Tidak memutuskan persaudaraan, persahabatan dan silaturrahim

15.   Tidak sombong, bermegah-megah dan meninggi diri sebaliknya sentiasa bersikap merendah diri

16.   Tidak melakukan perbuatan keji , maksiat dan seumpamanya

17.   Tekun dan amanah dalam melakukan pekerjaan

18.   Sentiasa meneguhkan iman dalam jiwa dengan amal-amal soleh

19.   Hendaklah berasa gentar dan takot akan ketibaan hari kiamat

20.   Hendaklah mencintai akhirat.


Dari Majalah IMAN Keluaran Bil 08.
(Dapatkan Dipasaran Sekarang)

Thursday, October 04, 2012

Apa Kriteria Pilihanku?




Assalamualaikum Semua :)

Hari-hari tidak akan lengkap tanpa dihujani dengan beberapa persoalan yang memerlukan kita membuat pilihan. Sama ada ia berlaku saban hari ataupun tahun, melibatkan diri sendiri ataupun melibatkan orang lain juga, yang pasti kita harus membuat pilihan.


APA KRITERIA PILIHANKU?

 



Berikut antara perkara yang sering menjadi persoalan. Apakah tanda aras sesuatu pilihan tersebut? Mari kita semak!

PELAJARAN :

✔ Bidang ilmu berdasarkan minat dan kemampuan.
✔ Ilmu yang member manfaat kepada orang ramai seperti ilmu fardu ain dan fardu kifayah seperti kedoktoran, kejuruteraan dan sebagainya. Sebaliknya tidak menjurus ilmu melakukan maksiat (dosa) kepada Allah seperti ilmu sihir, mencuri dan sebagainya.

KERJAYA :

✔ Dahulukan minat dan kebolehan disamping memastikan kerja jauh daripada unsur-unsur haram dan syubhah.
✔ Suasana kerja yang kondusif.
✔ Majikan dan rakan sekerja yang sama-sama menaikkan motivasi bekerja.

PASANGAN :

✔ Agama, harta, keturunan, kecantikan.
✔ Mahir dan kreatif dalam soal pengurusan dan kepimpinan, pandai memasak, mengemas, menjahit, mementingkan kebersihan dan sebagainya.

KEDIAMAN :

✔ Berhampiran dengan masjid atau surau.
✔ Jiran yang prihatin.
✔ Dekat dengan kemudahan awam seperti sekolah, pasarraya, pejabat pos dan sebagainya.

MENGISI MASA LAPANG:

✔ Membaca buku dan berfiri mencari idea baru.
✔ Berziaarah saudara tedekat ataupun sahabat handai.
✔ Banyakan amalan sunat seperti berzikir dan solat sunat.
✔ Membantu ibu dan ayah.

BERMUSAFIR :

✔ Menjauhi tempat maksiat atau terlibat dengan maksiat dalam perjalanan ke destinasi.
✔ Bermusafir bersama-sama mahram.
✔ Menziarahi saudara terdekat dan kawan-kawan.
✔ Lokasi pilihan utama: Baitullah, Masjid Nabawi dan Masjid al-Aqsa.

PENAMPILAN DIRI :

✔ Dahulukan syariat berbanding fesyen.
✔ Menutup aurat.
✔ Kemas dan menarik.

CINTA :

✔ Mendahulukan cinta kepada Allah dan Rasul, Ibu Bapa, Pasangan suami isteri, anak, harta dan kerjaya.
✔ Jangalah pilihan untuk mencintai hal dunia lebih daripada Allah dan Rasul-Nya. Sabda Rasulullah s.a.w. mafhumnya: “Kamu tidak beriman (masih tidak sempurna iman) sehingga Allah dan Rasul-Nya lebih disayanginya (dicintainya) daripada selain kedua-dua itu (Allah dan Rasul-Nya),” (Riwayat Ahmad)

Dari Majalah Solusi Keluaran Isu No 42.. (Dapatkan di Pasaran)

Jom Tag & Kongsikan.... Semoga memberi manfaat...

Friday, July 27, 2012

Menutup Pintu Maksiat

Assalamualaikum Semua ☺

Di kesempatan ini saya hendak kongsikan tip bagi menutup pintu maksiat. Semoga dengan sedikit tip ini dapat membantu kita daripada terus menerus melakukan maksiat. Kongsikan semoga ianya memberi manfaat kepada kita semua Insya-Allah. Teruskan membca...

Menutup Pintu Maksiat

Pintu taubat selalu terbuka seperti yang disebut dalam hadis nabi s.a.w. yang bermasksud: “Setiap manusia sering melakukan kesalahan dan sebaik-baik orang yang sering berbuat kesalahan adalah yang sering bertaubat kepada-Nya.” (Riwayat al-Tirmizi)

Bagi mereka yang ingin bertaubat, tip di bawah diharap dapat membantu, Insya-Allah.

۞ Ikhlas dan Menyerah Diri Sepenuhnya kepada AlLaH

Inilah perkara yang paling utama. Jika seseorang hamba ikhlas bertaubat kerana Allah. Allah pasti akan menerima taubatnya. Seorang hamba tidak pernah meninggalkan kekasih yang dicintainya kecuali kerana ada kekasih lain yang lebih dia sukai atau kerna ingin lari daripada sesuatu yang tidak diinginkannya.

Apabila hati seorang hamba telah bersih dan ikhlas dalam beribadah kepada-Nya, maka penyakit cinta akan maksiat tidak akan menjangkitinya kerana perasaan ini hanya berjangkit pada hati mereka yang kosong.

۞ Mujahadah (bersungguh-sungguh)


Nafsu ialah makhluk Allah yang boleh ditundukkan. Mengawalnya bererti melepaskan diri daripada
diperhambakan oleh hawa nafsu. Mengawal nafsu daripada melakukan maksiat bukanlah bermaksud melawan hanya sekali dua, tetapi ia perlu berterusan kerana Allah. Apabila seseorang bermujahadah melawan nafsunya, kebaikkan dan keberkatan akan datang kepadanya.

۞ Banyak Mengingati Akhirat.


Tidak banyak berangan tentang dunia sebaliknya banyak mengingati mati serta alam pengakhiran seperti nikmat abadi di dalam surge serta azab dan derita di neraka. Ini akan menyebabkan timbul rasa untuk melakukan taubat nasuha dan mengingati semula semua amal soleh yang ditinggalkannya dahulu.

۞ Sibuk dengan Hal ang Bermanfaat.


Senggang masa yang banyak tidak terisi menyebabkan seseorang melakukan perkara yang mengheret kepada gejala-gejala yang tidak sihat. Apabila masa terisi dengan aktiviti yang bermanfaat, maka tidak ada ruang masa lagi untuk berbuat maksiat.

۞ Menjauhi Punca Kembali Semula kepada Maksiat.


Menjauhi punca-punca melakukan maksiat seperti pergi ke pusat hiburan, melayari bahan tidak baik di internet, melayan cinta kekasih di facebook dan sebagainya. Apabila puncanya sudah disekat, maksiat boleh terhalang.

۞ Menunudukkan Pandangan.


Dari mata turun ke hati. Begituah penangan mata. Kerana itu, menundukkan pandangan sangat dituntut bagi memberikan ketenangan. Apabila ditundukkan pandangan, hati juga mampu menundukkan syahwatnya.

۞ Bergaul dengan Orang Baik.


Seorang teman yang baik akan membantu membawa kita ke jalan ketaatan kepada Allah. Dia akan menegur dengan berhikmah sekiranya kita bersalah. Dia akan sentiasa mengingatkan kita kepada Allah. Berkumpul mendengar majlis ilmu bersama orang soleh juga akan sentiasa diberi rahmat oleh Allah.

۞ Banyak Berdoa.


Sebaik-baiknya berdoa memohon kepada Allah supaya diberi kesempatan untuk bertaubat nasuha, walau bagaimana besar dan banyak pun dosa kita. Digalakkan juga memilih waktu-waktu yang mustajab doa seperti ketika sujud dalam solat, pada akhir malam, masa antara azan dan iqamat dan sebagainya.

Dari Majalah Solusi keluaran Isu 35.

Jemput LIKE Page : Izinkan Saya Share

Wednesday, July 18, 2012

Kaedah Mencari Bahagia Menurut Al-Quran dan Sunnah

Assalamualaikum Semua :)

Bahagia? Semua orang pasti ingin bahagia.. bagaimana cara atau kaedahnya untuk kita mencapai kebahagiaan yang kita inginkan? Sebagai seorang Islam kita ada kitab suci Al-Quran dan Hadis Nabi Muhammad s.a.w. sebagai panduan untuk kita mencapai tahap kebahagia. untuk mengetahuinya jom baca apa yang saya kongsikan ini. mudah-mudahan memberi manfaat kepada kita semua. Insya-Allah..

KAEDAH MENCARI BAHAGIA MENURUT 
AL-QURAN DAN SUNNAH


1. BERIMAN DAN BERAMAL SOLEH

“Sesiapa yang beramal soleh baik lelaki ataupun perempuan dalam keadaan ia beriman maka kami akan berikan kepadanya kehidupan yang baik dan kami akan membalas mereka dengan pahala yang lebih baik daripada apa yang mereka amalkan.”
(Surah al-Nahl 16: 97)

Ibn ‘Abbas r.a. meriwayatkan bahawa segolongan ulama mentafsirkan bahawa kehidupan yang baik (dalam ayat ini) ialah rezeki yang halal dan baik (halalan tayyiban). Sayidina Ali pula mentafsirkannya dengan sifat qanaah (berasa cukup). Ali bin Abi Thalhah dari Ibn ‘Abbas, meriwayatkan bahawa kehidupan yang baik itu ialah kebahagiaan.

2. BANYAK MENGINGATI ALLAH.

Dengan berzikir kita akan mendapat kelapangan dan ketenangan sekaligus bebas daripada rasa gelisah dan gundah-gulana. Firman Allah: “Ketahuilah dengan mengingat (berzikir) kepada Allah akan tenang hati itu.” (Surah al-Ra’d 13: 28)

3. BERSANDAR KEPADA ALLAH.

Dengan cara ini seorang hamba akan memiliki kekuatan jiwa dan tidak mudah putus asa dan kecewa. Allah berfirman, bermaksud : “Siapa yang bertawakal kepada Allah maka Allah akan mencukupkannya.”
(Surah al-Talaq 105: 3)

4. SENTIASA MENCARI PELUANG BERBUAT BAIK.

Berbuat baik kepada makluk dalam bentuk ucapan mahupun perbuatan dengan ikhlas dan mengharapkan pahala daripada Allah akan member ketenangan hati.

Firman-Nya, bermaksud: “Tidak ada kebaikkan dalam kebanyakkan bisikan-bisikan mereka kecuali bisikan-bisikan daripada orang yang menyuruh (manusia) untuk bersedekah atau berbuat kebaikan dan ketaatan atau memperbaiki hubungan antara manusia. Barang siapa melakukan hal itu kerana mengharapkan keredhaan Allah, nescaya kelak kami akan berikan padanya pahala yang besar.” (Surah al-Nisa’ 4: 114)

5. TIDAK PANJANG ANGAN-ANGAN TENTANG MASA DEPAN DAN TIDAK MERATAPI MASA SILAM.

Fikir tapi jang khuatir. Jangan banyak berangan-angan terhadap masa depan yang belum pasti. Ini akan menimbulkan rasa gelisah oleh kesukaran yang belum tentu dating. Juga tidak terus meratapi kegagalan dan kepahitan masa lalu kerana apa yang telah berlalu tidak mungkin dapat dikembalikan semula. Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya:

“Bersemangatlah untuk memperoleh apa yang bermanfaat bagimu dan minta tolonglah kepada Allah dan janganlah lemah. Apabila menimpa akan kamu sesuatu (daripada perkara yang tidak disukai) janganlah engkau berkata: ‘Seandainya aku melakukan ini nescaya akan begini dan begitu.” Akan tetapi katakanlah : ‘Allah telah menetapkan dan apa yang Dia inginkan Dia akan lakukan,” kerana sesungguhnya kalimat ‘seandainya’ itu membuka kepada amalan syaitan.” (Riwayat Muslim)

6. MELIHAT “KELEBIHAN” BUKAN KEKURANGAN DIRI.

Lihatlah orang yang di bawah dari segi kehidupan dunia, misalnya dalam kurniaan rezeki kerana dengan begitu kita tidak akan meremehkan nikmat Allah yang diberikan Allah kepada kita. Rasulullah s.a.w. bersanda yang bermaksud:

“Lihatlah orang yang di bawah kamu dan jangan melihat orang yang di atas kamu kerana dengan (melihat ke bawah) lebih mudah untuk kamu tidak melemahkan nikmat Allah yang dilimpahkan-Nya kepada kamu.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

7. JANGAN MENGHARAP UCAPAN TERIMA KASIH MANUSIA.

Ketika melakukan sesuatu kebikkan, jangan mengharapkan ucapan terima kasih ataupun balasan manusia. Berharaplah hanya kepada Allah. Kata bijak pandai, jangan mengharapkan ucapan terima kasih kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. Malah ada antara hukama berkata, “sekiranya kita mengharapkan ucapan terima kasih daripada manusia nescaya kita akan menjadi orang yang sakit jiwa!”

Firman Allah: “Sesungguhnya kami member makan kepada kamu hanyalah kerana Allah semata-mata, kami tidak berkehendakkan sebarang balasan daripada kamu atau ucapan terima kasih.” (Surah al-Insan 76: 9)

Dari Majalah Solusi Keluaran Isu 6

Jemput LIKE Page : Izinkan Saya Share

8 Amanat Sayidina Umar al-Khattab

Assalamualaikum Semua :)

Di kesempatan masa ini saya ingin kongsikan pesanan daripada Sayidina Umar al-Khattab, Pesanan atau amanat ini sangat berguna kepada diri kita.. Marilah jadikan ia sebagai panduan dan amalan. Semoga diri kita sentiasa mendapat keberkatan dan redha dari Allah. Insya-Allah.. Teruskan membaca...

8 AMANAT SAYIDINA UMAR AL-KHATTAB

1. Siapa yang menjaga PERCAKAPAN dianugerahkan kepadanya hikmah.

2. Siapa yang menjaga PENGLIHATAN dianugerahkan kepadanya hati yang khusyuk.

3. Siapa yang menjaga MAKANAN dianugerahkan kepadanya kelazatan dalam beribadah.

4. Siapa yang BERSABAR MENERIMA UJIAN, Allah sempurnakan sabarnya lalu memasukkanya ke dalam syurga yang dia suka.

5. Siapa yang menjaga KETAWA dianugerahkan kepadanya kehebatan.

6. Siapa yang menjaga GURAUAN dianugerahkan kepadanya keelokkan atau kemuliaan.

7. Siapa yang MENINGGALKAN CINTA DUNIA dianugerahkan kepadanya melihat kesalahan sendiri.

8. Siapa yang MENINGGALKAN KESIBUKKAN MENCARI KESALAHAN pada perbuatan Allah, dihindari daripada sifat orang munafik.

Dari Majalah IMAN Keluaran Bil No 5

Jemput LIKE Page : Izinkan Saya Share

Tuesday, July 10, 2012

Islam Adalah Cara Hidup

Assalamualaikum Semua :)

Ok saya hendak sambung pengkongsian lagi. Kali ini mari kita muhasabah diri dan tukar cara hidup kita kepada cara hidup Islam. Semoga ianya bermanfaat kepada kita semua. Insya-Allah.

Islam Adalah Cara Hidup



1. Jika kita marah – TOPUP - wuduk untuk menyejukkan jiwa.
2. Jika kita bingung – KLIK - doa agar tenang hati.
3. Jika kita dipuji – RELOAD - syukur supaya tidak alpa.
4. Jika kita gagal – DOWNLOAD - usaha untuk member semangat.
5. Jika kita kecewa – RESTART - tenaga agar sentiasa sedar.
6. Jika kita sedih – SELECT - ibu bapa untuk meluahkan perasaan.
7. Jika kita berdosa – UNDO - perangai itu dan bersolat taubat.
8. Jika kita berdendam – DELETE - buruk sangka supaya bersih hati.
9. Jika kita berbohong – BACKSPACE - kata-kata untuk memperbetul keadaan.
10. Jika kita buat maksiat – REHISTER SOFTWARE - sikap baru dan bertaubat nasuha.

Dari Majalah Gen-Q Isu 04

Jemput LIKE Page : Izinkan Saya Share

Tolak Yang Biasa, Tambah Yang Baik

Assalamualaikum Semua :)

Entri kali ini saya hendak kongsikan tips untuk meningkatkan kebaikkan dalam diri kita. Semoga ianya memberi manfaat kepada kita semua. Insya-Allah..

Tolak Yang Biasa, Tambah Yang Baik 



✗ TOLAK:
Bangun pagi bermalas-malasan sambil berdialog, “Alamak… nak pergi sekolah la pulak! Hari-hari buat benda yang sama…. Hmph!”

✔ TAMBAH:
Celik mata terus berdoa “Ya Allah, hari ini, lihatkanlah mataku kepada kebesaran-Mu, dengarkanlah telingaku kepada kalimah-Mu, ucapkanlah bibirku kepada memuji-Mu, indahkanlah perangaiku kepada apa yang Engkau perintahkan.”

✗ TOLAK:
Berkhayal ketika dalam kelas sambil merungut dalam hati, “Bosan la cikgu ni. <eleweh macam mengajar penyu berlari!”

✔ TAMBAH:
Berwuduk sebelum masuk kelas dan berdoa. “A’dzubillah… jauhkanlah aku daripada gangguan syaitan yang terkutuk, penipuannya bisikkanya dan godaannya.”

✗ TOLAK:
Bercerita dan bercakap kepada perkara-perkara yang tidak berfaedah sambil mengutuk. “Buruknya perangai…. Ikut perangai atok nenek dia la tu!”

✔ TAMBAH:
Banyakkan diam dan bercakap bila perlu sahaja di samping berdoa “Ya Allah dengan kasih saying-Mu, perelokkanlah perangaiku dan orang disampingku agar kami bersyukur dengan apa yang Engkau beri.”

Dari Majalah Gen-Q Keluaran Isu 04

Jemput LIKE Page: Izinkan Saya Share

7 Cara Memujuk Rakan Emo

Assalamualaikum Semua :)

Hari ini saya hendak kongsikan cara untuk memujuk rakan atau kawan kita yang emosional.. semoga pengkongsian ini membantu anda untuk memujk mereka. Insya-Allah

7 Cara Memujuk Rakan Emo


Secara ringkas perkataan ‘ emo’ diambil daripada perkataan ‘emosional’. Emosional dalam kamus dewan edisi keempat membawa maksud, cenderung memperlihatkan emosi atau bertindak mengikut perasaan. Selalunya perlakuan yang ditunjukkan oleh orang yang emosi ialah sesuatu yang bersifat negative. Contohnya seperti mencampak barang-barang di sekelilingnya, bercakap sendirian, memaki hamun, murung, berteleku di sudut bilik, sentiasa berasa serba-salah dan berbagai lagi.

Apa yang patut kita buat untuk menghadapi rakan yang emo? Insya-Allah di sini disebutkan 7 cara yang sesuai:

1. MENGAMBIL WUDUK.

Kita ajak rakan emo kita sama-sama mengambil wuduk. Sambil memujuk, kita katakana bahawa air basahan wuduk boleh menyejukan hati yang lara. Dengan syarat kita ikhlas.

2. MENULIS SESUATU YANG POSITIF.

Berikan beberapa helai kertas dan pen atau pensel kepadanya. Kemudian katakana kepadanya supaya menulis apa yang dicita-citakan di atas kertas tersebut. Sambil itu, kita katakana bahawa tulisan yang baik dan positif boleh merangsang fikiran kea rah yang lebih baik.

3. MEMUJINYA DENGAN SEADANYA.

Kita duduk dihadapannya sambil memerhatikan wajahnya. Kita katakana kepadanya bahawa dia seorang yang bijak dan cantik. Alangkah baiknya kalau kebijakan dan kecantikan itu kita luahkan syukur kepada Allah. Dengan itu nanti, dengan izin Allah, Allah akan cantikan hati kita dengan ketenangan dalam semua hal.

4. TUNJUKKAN KASIH SAYANG

Tanyakan kepadanya kalau-kalau rakan emo kita itu hendakkan sesuatu seperti nak makan apa, nak minum apa, nak membaca apa, nak menonton apa…. Apa-apa sahaja asalkan perbuatan itu tidak melanggar syariat. Kalau boleh, kita lakukan bersama-sama.

5. BERBUAL-BUAL DAN BERADA DI SAMPING.

Usah biarkan rakan emo kita duduk bersendirian atau melakukan apa-apa sahaja seorang diri. Kita mesti turut serta. Sebaik-baiknya biarlah kita berbual-bual dengannya tentang sesuatu yang menggembirakan. Tapi jangan sesekali kita melayan cerita emosinya. Kita bawa perbualan yang menyenangkan.

6. MEMINTA MAAF.

Ringankan lidah kita untuk meminta maaf andainya kita yang menyebabkan rakan emo kita menjadi begitu. Mengaku kesalahan atau kesilapan kita walaupun bukan kita yang memulakannya. Kita katakana kepadanya bahawa kita rindukan persahabatan yang terjalin sebelum ini.

7. PERLIHATKAN KEPADANYA BETAPA INDAHNYA ISLAM.

Jika rakan emo kita seorang yang agak degil kita cari seseorang yang rapat dengannya untuk memujuk. Seperti adik beradiknya, atau kawan karibnya, atau gurunya, atau sesiapa saja yang kita lihat ada potensi yang rakan emo kita itu dapat meluahkan perasaan. Tetapi kita kena ingat, seseorang yang rapat dengannya itu biarlah yang mempunyai pegangan agama yang baik. Kalau sebaliknya, ajaklah guru kaunseling atau ustaz/ustazah berjumpa dengan rakan emo kita itu.

Dari Majalah Gen-Q Keluaran Isu no 4

Jemput LIKE Page : Izinkan Saya Share

Thursday, May 17, 2012

Khasiat Bangun Pagi

Assalamualaikum Semua :)

Apa khabar? Kali ini di kesempatan ini saya hendak kongsikan kelebihan bangun di awal pagi. Semoga pengkongsian ini akan memberi manfaat kepada kita semua. untuk mengetahuinya jom teruskan membaca.. Semoga kita dapat mengamalkannya untuk kebaikkan diri kita dan orang sekeliling kita. Insya-Allah.

Khasiat Bangun Pagi
Klik pada image untuk mendapatkan paparan yang lebih besar dan jelas


Pukul berapakah kita biasanya bangun daripada tidur? Jika hari bekerja atau sekolah, mungkin kita mampu untuk bangun dengan lebih awal. Namun jika hari cuti umum, adakah kita mampu untuk bangun seperti hari-hari lain? Amat rugi jika kita menghabiskan waktu yang sangat bermanfaat itu untuk tidur. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Ya Allah berilah keberkatan kepada umatku pada waktu pagi.”

Sebagai orang Islam, tujuan kita bangun di awal pagi adalah untuk menunaikan solat Subuh. Paling baik, jika kita dapat menunaikanya secara berjemaah di masjid. Namun manfaat bangun awal pagi bukan sahaja memberikan pahala yang besar kerana solat di masjid. Bahkan ia sebenarnya mengandungi banyak manfaat dari sudut kesihatan. Maka sebab itulah Islam amat menggalakkan kita untuk bangun di awal pagi dan juga tidak menggalakkan kita tidur selepas waktu subuh.

Berikut merupakan manfaat yang kita perolehi dengan bangun di awal pagi:

1. FIKIRAN MENJADI LEBIH SEGAR.

Bangun seawall 6 pagi sebelum matahari terbit dapat membuatkan fikiran kita menjadi lebih segar dan ia mampu mengurangkan tekanan dan stress dalam diri kita. Fikiran yang segar akan membuatkan kerja-kerja yang dilakukan pada hari tersebut menjadi lebih efeien dan efektif. Hormon-hormon kortisol mula meningkat dalam badan kita untuk menyediakan badan kita bekerja dengan berkualiti.

2. DAPAT MENGAMBIL SARAPAN.

Bangun di awal pagi membolehkan kita mengambil sarapan dengan selesa sebelum ke pejabat atau sekolah. Sarapan merupakan amalan yang sangat penting kerana ia membekalkan tenaga kepada otak dan juga seluruh badan kita untuk aktiviti seharian. Bahkan kajian menunjukan pengambilan sarapan pada awal pagi tidak akan menyumbang kepada kegemukkan kerana makanan yang dimakan akan cepat dihadam dan digunakan oleh badan kita yang mengalami kadar metabolism yang tinggi pada waktu itu. Sebaliknya jika tidak mengambil sarapan, ia boleh merosakkan sel-sel otak kita kerana kekurangan glukosa dan sumber tenaga.

3. DAPAT MELAKUKAN AKTIVITI SENAMAN PAGI.

Senaman pada waktu pagi merupakan satu aktiviti yang sangat baik kepada kita. Bahkan senaman pada waktu pagi membolehkan kita menyedut udara yang sangat bersih dan nyaman. Pastinya kita tidak akan temui udara sebersih itu pada waktu lain kerana ia akan dicemari oleh habuk-habuk dan juga asap-asap kenderaan. Kita juga akan dapat menikmati pancaran cahaya matahari pada waktu pagi yang sangat bermanfaat untuk kita terutama sekali bagi menjana vitamin D demi kebaikkan tulang dalam badan kita.

4. TIDAK TERGESA-GESA DAN TERBURU-BURU.


Jika kita bangun lewat, tentu sekali kita akan tergesa-gesa dalam mempersiapkan segala sesuatu dalam satu masa. Kerja yang dilakukan dengan tergesa-gesa akan membuahkan hasil yang tidak menarik. Bahkan, kita akan tertinggal banyak barang yang penting seperti dompet, buku dan sebagainya kerana kita tidak memfokuskan kepada sesuatu yang kita lakukan pada waktu itu. Jadi bangun lewat pagi membolehkan kita merancang aktiviti kita dengan sempurna dan terancang.

  Dari Majalah Gen-Q Isu 3
.

Monday, May 14, 2012

5 Idea Kuasa Meniru Luar Biasa

Assalamualaikum Semua :)

Hari ini saya hendak kongsikan tip meniru yang berkesan, sekiranya diamalkan tip ini Insya-Allah anda pasti berjaya dengan cemerlang... Untuk mengetahui apakah tip meniru ini jom teruskan membaca....

5 Idea Kuasa Meniru Luar Biasa
 Tip Pertama:

Jika anda ingin cemerlang anda menirulah dari pembacaan orang-orang yang hebat, orang-orang yang bijak, orang-orang cemerlang dan orang-orang yang baik. Ini kerana apa yang and abaca maka itulah yang akan diprogramkan oleh minda anda setiap kali anda membacanya.

Tip Kedua :

Jika anda ingin Berjaya. Anda menirulah daripada apa yang dilihat oleh orang-orang yang Berjaya. Inin kerana apa yang anda lihat maka itulah yang akan diprogramkan oleh minda anda setiap kali apa yang anda lihat. Jika kejayaan yang anda lihat maka kejayaan itulah yang anda akan kecapi.

Tip Ketiga :

Jika anda ingin mendengar hasil kejayaan anda makan Anda menirulah deripada apa yang anda dengar daripada kisah-kisah orang yang cemerlang, orang yang Berjaya. Ini kerana apa yang anda dengar maka itulah yang akan diprogramkan oleh minda untuk menjadikan anda lebih bersemangat untuk berusaha dengan bersungguh-sungguh demi mencapai apa yang anda inginkan.

Tip Keempat :

Jika anda ingin menjadi orang yang hebat di dunia dan akhirat maka anda menirulah apa yang dicakapkan atau diperkatakan daripada kisah-kisah orang yang hebat, orang yang Berjaya. Ini kerana apa yang anda dengar daripada apa yang mereka perkatakan, maka itulah yang akan diprogramkan oleh minda anda untuk anda terus mengingati daripada apa yang diucapkan.

Tip Kelima :

Jika anda ingin merasai nikmat kejayaan, kecemerlangan, kehebatan diri anda maka anda perhatikanlah apa yang dirasai oleh orang yang telah pun Berjaya memliliki nikmat kejayaan dan kecemerlangan tersebut, maka daripada perasaan itulah yang akan diprogramkan oleh minda anda untuk anda merasai sendiri nikmatnya. Hasil daripada kejayaan dan kecemerlangan. Inilah rahsia kehebatan meniru melalui deria dalaman diri anda sendiri.
Dari Majalah Fokus SPM Bulan April 2012

Thursday, May 03, 2012

Untuk Memelihara Akidah

Assalamualaikum semua :)

Akidah? bagaimana kita dapat mengukuhkan akidah kita? hari ini saya hendak kongsikan satu lagi tips yang bermanfaat iaitu untuk kita membentuk akidah kita.. semoga pengkongsiaan ini memberi sedikit sebanyak sumbangan dalam pembentukkan dan memelihara akidah kita... insya-Allah...

♥ UNTUK MEMELIHARA AKIDAH ♥
Klik pada image untuk mendapatkan paparan yang lebih besar dan jelas

1. Menghadiri majlis ilmu.

2. Jauhi maksiat.

3. Melaksanakan suruhan Allah seperti solat, puasa, zakat dan lain-lain.

4. Membaca dan memahami al-Quran.

5. Membaca buku-buku atau majalh-majalah yang menambah iman dan takwa.

6. Jangan berkawan dengan orang yang lalai dan sesat.

7. Menziarahi orang-orang soleh.

8. Melakukan solat-solat sunat yang disarankan oleh Nabi s.a.w.

9. Berthajjud.

10. Berfikir tentang ciptaan Allah, kebinasaan dunia dan hal-hal akhirat.

11. Mengujudkan suasana iman dan takwa dalam rumahtngga.

12. Mengamalkan doa pagi dan petang. Contohnya Ma'thurat.

13. Mengamalkan nasihat-menasihati kepada keimanan dan ketakwaan.malkan doa pagi dan pet

 Dari Majalah al-Ustaz Isu Perdana

Wednesday, April 11, 2012

Rahsia Muka Manis

ASSALAMUALAIKUM SEMUA


Hari ini saya hendak kongsikan satu info yang menarik iaitu rahsia muka manis... semoga pengkongsian yang ringkas ni memberi manfaat kepada para pembaca yang membacanya... Selamat membaca... :)


Rahsia Muka Manis
Klik pada image untuk mendapatkan paparan yang lebih besar dan jelas


Abu Yazid Al-Busthami, seorang pelopor sufi, pada suatu hari pernah didatangi seorang lelaki yang wajahnya kusam dan keningnya selalu berkerut. Dengan murung lelaki itu mengadu, “Tuan Guru, sepanjang hidup saya, rasanya tak pernah lepas saya beribadah kepada Allah. Orang lain sudah lelap, saya masih bermunajat. Isteri saya belum bangun, saya sudah mengaji. Saya juga bukan pemalas yang enggan mencari rezeki. Tetapi mengapa saya selalu malang dan kehidupan saya penuh kesulitan?”

Sang Guru menjawab sederhana, “Perbaiki penampilanmu dan ubahlah riak mukamu. Kau tahu Rasulullah s.a.w. adalah penduduk dunia yang miskin namun wajahnya tak pernah keruh dan selalu ceria. Sebab menurut Rasulullah s.a.w. salah satu tanda penghuni neraka ialah muka masam yang membuat orang curiga kepadanya.’

Lelaki itu tertunduk. Ia pun berjanji akan memperbaiki penampilanya. Mulai hari itu, wajahnya sentiasa berseri. Setiap kesedihan diterima dengan sabar, tanpa mengeluh.

Alhamdulillah sesudah itu ia tak pernah datang lagi untuk berkeluh kesah. Sikapnya ramah, wajahnya sentiasa menguntum senyum bersahabat. Riak mukanya berseri.

Dari Majalah IMAN Bil: No 2

Sports - Football : Click Picture to Go Site Page

Best Red yellow
PhotobucketPhotobucket PhotobucketPhotobucket

Blog Untuk Download