Text

http://www.msg-cyber.blogspot.com/
Welcome to MSG Cyber
Selamat Datang ke MSG Cyber

Thursday, September 20, 2012

Dinding Diri Dengan Doa

Assalamualaikum Semua :)
Jom kita berdoa, kerana doa merupakan benteng dan dinding untuk diri kita...

DINDING DIRI DENGAN DOA


Tanpa kita sedari, ada orang yang mendoakan kita...
Tanpa kita ketahui, ada orang yang ingin menjahanamkan kita.
Kerana itu, dinding diri dengan DOA

Dari FB : Fedtri Yahya / Ahmad Fedtri Yahya

Jemput LIKE Page : Izinkan Saya Share

Sumber Asal Gambar : http://wallpapersfor.me/

Jom Tag & Kongsikan..

Monday, September 17, 2012

Panduan Mengerjakan Solat Jika Setelah Lama Meninggalkannya

Assalamualaikum Semua :)

Entri kali ini saya hendak kongsikan cara bagaimana untuk memulihkan diri kita dengan melakukan solat secara konsisten. Mudah-mudahan pengkongsian ini memberi manfaat kepada kita semua.. Insya-Allah

Panduan Mengerjakan Solat 
Jika Setelah Lama Meninggalkannya


1. Kesedaran amat penting sebagai mukadimah untuk kembali mengerjakan solat secara konsisten. Kesedaran lahir dari hati yang masih ingin berubah demi kesejahteraan dunia dan akhir
at.

2. Azam. Sebaik kesedaran wujud, tanamkan azam yang kuat dan bilatkan tekad untuk mengerjakan solat secara konsisten. Sekarang anda tahu apa sasaran anda.

3. Solat sekali dulu, baru aka nada solat yang kedua. Ini adalah langkah oertama. Ingatlah, tiada solat kedua tanpa solat yang pertama dan seterusnya.

4. Nota motivasi. Andai ada kata-kata semangat yang diilhamkan dalam minda dan hati, atau kata-kata motivasi daripada sesiapa jua yang boleh menghalang azam ubtuk kembali solat daripada terkubur, maka buatlah satu nota motivasi dan tampalkan di tempat yang mudah dilihat.

5. Fahami maksud dan bacaan dalam solat. Ini anat penting bagi merasakan kemanisan dalam solat. Kemanisan ini yang diharapkan akan menjadi satu ketagihan.

6. Jangan tergesa-gesa dalam solat. Sebaliknya bersederhanalah dan ambillah sedikit masa untuk menghayati bacaan dan merasai nikmat sujud dan rukuk dalam solat.

7. Tingkatkan imaginasi, semasa solat, bayangkan bahawa anda sedang menghadap Allah secara langsung tanpa sebarang tabir yang menghalang. Andai tidak mampu melakukan sedemikian maka anggaplah bahawa Allah sedang melihat kamu.

8. Usaha dan doa perlu seiring. Kita sebagai manusia yang sering terdedah dengan pelbagai ujian dan godaan amat memerlukan kekuatan untuk melawan semua godaan tersebut. Maka berdoalah mohon diberikan kekuatan untuk mengerjakan solat secara konsisten.

9. Rasai ketenangan. Cuba perhatikan hari-hari yang anda lalui dengan mengerjakan solat. Dapatkah anda rasakan satu ketenangan?

10. Rasakan keajaiban panggilan azan dengan diam sejenak dan hayati laungan keramat tersebut. Seterusnya lantas bangun dan berwuduk. Berbahagialah dengan panggilan solat tersebut.

11. Berdikir secara positif. Jangan sekali-kali berfikir bahawa solat akan mengedakan masa anda bekerja, menghalang anda daripada bersosial dengan rakan-rakan dan sebagainya. Sebaliknya ia menjadi factor kejayaan anda. Marilah menuju kejayaan.

12. Dapatkan sokongan mental dan rohani dengan memberitahu rakan-rakan atau keluarga bahawa anda ingin konsisten mengerjakan solat. Moga mereka dapat menyumbang kea rah satu perubahan yang diidamkan.

13. Setiap perkara pasti ada musuhnya. Musuh solat ialah nafsu dan syaitan. Oleh sebab itu, lawanlah rasa malas yang berakarkan nafsu dan godaan syaitan terkutuk.

14. Banyakkan bahan bacaan tentang solat bagi memastikan anda mempunyai ilmu yang sentiasa dikemas kini agar iman senang bercambah. Amal tanpa ilmu boleh layu akibat gersang akal tanpa ilmu.

Dari Majalah Solusi Keluaran Isu No 42

Thursday, September 06, 2012

Hak-hak Orang Islam #9

Assalamualaikum Semua :) 

Ok hari ini saya hendak sambung entri mengenai hak-hak orang Islam. Untuk lihat entri-entri sebelum ini anda boleh rujuk sitemap dan cari tajuk Hak-hak Orang Islam #1 - #8.. Semoga sedikit pengkongsian ini dapat memberi manfaat kepada kita semua/ Insya-Allah.
Hak-hak Orang Islam #9

 23. Hendaklah bercampur dan bergaul dengan kaum fakir miskin serta berbuat baik kepada anak-anak yatim. Rasulullah mengucapkan dalam salah satu doanya, iaitu:

“Ya Allah, hidupkanlah saya sebagai seorang miskin, matikan saya sebagai orang miskin dan kumpulkanlah saya dalam kalangan golongan orang-orang miskin.” (Diriwayatkan oleh Ibnu Majah, Hakim dan Tarmizi)

Diriwayatkan bahawa nabi Sulaiman a.s. sekalipun telah memiliki kerajaan yang besar apabila baginda a.s. masuk masjid dan situ ada seorang miskin, baginda a.s. akan duduk berkawan dengannya dan berkata “Orang miskin akan berkawan dengan orang miskin juga.”

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

“Janganlah kamu sekali-kali membenci kepada orang yang curang kerana nikmat yang dimilikinya, sebab kamu tidak tahu kemana orang itu setelah mati nanti, kerana dibelakangnya pasti akan ada orang yang memcarinya untuk menuntut darinya.” (Diriwayatkan oleh Bukhari dan Thabrani)

Berkenaan dengan anak yatim, maka Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

“Barangsiapa yang memelihara seorang yatim sehingga ia merasai segalanya mencukupi maka wajiblah syurga untuknya.” (Diriwayatkan oleh Ahmad dan Thabrani)

Baginda s.a.w. bersabda pula yang bermaksud:

“Saya dan pemelihara anak yatim itu bagaikan dua jari ini.” Baginda s.a.w. bersabda demikian itu sambil mengisyaratkan dengan kedua jari tangannya.”
(Diriwayatkan oleh Bukhari)

Lagi sabdanya yang bermaksud:

“Baeangsiapa meletakkan tangannya di atas kepala anak yatim kerana merasa kasihan terhadapnya maka setiap rambut yang diusap oleh tangannya itu menjadi suatu kebaikkan baginya.” (Diriwayatkan oleh Ahmad dan Thabrani)

Baginda s.a.w.bersabda lagi yang bermaksud:

“Sebaik-baik rumah dari rumah kaum muslimin ialah rumah yang didalamnya ada seorang anak yatim dimuliakan, dan seburuk-buruk rumah dari rumah kaum muslimin ialah yang di dalaminya ada seorang anak yatim yang diperlakukan dengan layanan yang tidak baik.” (Diriwayatkan oleh Ibnu Majah)

24. Hendaklah member nasihat yang baik kepada sesama muslim. Dalam pada itu hendaklah ia sentiasa berusaha untuk memberikan kegembiraan kepadanya.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

“Tidaklah sempurna keimanan seseorang dari kamu sehingga ia mencintai saudaranya sepertimana ia mencintainya untuk dirinya sendiri.” (Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim)

Baginda s.a.w. bersabda lagi yang bermaksud:

“Barangsiapa yang member kegembiraan kepada seorang mukmin, maka Allah akan memberikan kegembiraan kepadanya pada hari kiamat.” (Dirriwayatkan oleh Ibnu Mubarak)

Lagi sabdanya yang bermaksud:

“Barangsiapa yang melapangkan seorang mukmin yang dalam kesusahan atau menolong orang yang dianiaya, maka dosanya akan diampunkan Allah.” (Diriwayat oleh Ibnu Hibban)

Sabdanya sekali lagi yang bermaksud:

“Sesungguhnya amalan-amalan yang dicintai oleh Allah ialah memberikan kegembiraan ke dalam hati orang mukmin, melapangkan kesusahanya, membayar hutangnya, kepada orang lain atau memberinya makan apabila kelaparan.” (Diriwayatkan oleh Thabrani)


Dari Buku Bimbingan Untuk Mencapai Tingkat Mukmin  Jilid 1.

 P/s: Entri ini mempunyai sambungan 

Jom LIKE Page : Izinkan Saya Share





Ingin Bertaubat Tetapi....

Assalamualaikum Semua :)

Setiap daripada kita pasti ingin bertaubat tetapi kadang-kadang kita mempunyai berbagai-bagai alasan. Ok kali ini saya hendak kongsikan alasan-alasan yang sering digunakan.. tapi kita patut mengubah cara berfikir kita supaya kita tidak lagi memberi alasan-alsan yang sebenarnya tidak memberi manfaat kepada kita malah akan memberi mudarat.. Jom UBAH sebelum REBAH...

INGIN BERTAUBAT TETAPI....


Masih ramai daripada kiya yang member pelbagai alas an untuk menangguhkan taubat atau ‘segan’ dengan Allah hendak bertaubat. Pangkah alasan-alasan  tersebut dengan memprogramkan balik minda kita dengan skrip berikut:

☻ Aku masih muda. Tunggulah apabila dah tua baru bertaubat, kemudian baru focus kumpul pahala.
☺ Mari kita mengira usia. Lebih baik bertaubat cepat-cepat, sebelum hati makin keras dan sebelum maut menjemput.

☻ Dosa terlalu banyak, khuatir kalau-kalau Allah tidak akan ampunkan.
☺ Aku yakin Allah yang bersidat Maha Pengampun (al-Ghaffaar) pasti tidak akan sia-siakan taubat aku kalau aku ikhlas dan bersungguh-sungguh.

☻ Dah terlambat untuk bertaubat.
☺ Ustaz pernah bagi ceramah, katanya ‘Pintu taubat hanya akan tertutup apabila nyawa sudah berada di halkum dan apabila matahari terbit dari barat ke timur. Selain itu, pintu taubat terbuka luas.” Ha… masih sempat lagi aku bertaubat ni!

☻ Dosa dah sebati dengan jiwa, susah hendak ubah tabiat, apalgi hendak bertaubat.
☺ Hati berada dalam kekuasaan Allah. Di mana ada semut di situ ada gula. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

☻ Risau kalau-kalau dah bertaubat nanti, tetapi masih melakukan dosa lagi.
☺ Aku ini hanya manusia yang tidak lepas daripada melakukan dosa. Yang penting aku perlu sedar aku telah berdosa dan cepat-cepat bertaubat. Taubat berkali-kali pun tidak apa.

☻ Aku rasa aju tidak pernah buat dosa besar. Buat apa nak bertaubat?
☺ Walaupun dosa kecil, tetapi sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Lebih baik aku bertaubat. Risau kalau-kalau dosa kecil dianggap remeh pula nanti.

☻ Nanti apabila nak tunai haju baru nak taubat sungguh-sungguh.
☺ Ish, takkan aku nak bertaubat pun kena tunggu musim. Kalau nak tunggu musim naik haji dulu baru bertaubat, mesti dah beruban. Aku azam ingin bertaubat setiap hari. Lagipun Rasulullah yang maksum pun beristighfar 100 kali setiap hari inikan aku manusia biasa.

☻ Bukankah hanya orang yang berdosa sahaja yang bertaubat? Kalau tidak berdosa tidak perlulah bertaubat.
☺ Tidak perlu aku tunggu apabila dah berdosa baru hendak bertaubat. Apa salahnya kalau selalu bertaubat.

☻ Saya ingin bertaubat, tetapi takut nanti orang ingat saya berlagak alim pula. Nanti macam-macam orang cakap belakang.
☺ Ala… mula-mula je manusia mengata. Biasalah, hendak berubah baik ni ada cabaran sikit. Lagipun mereka tidak boleh bantu pun aku di akhirat kelak. Yang penting Allah reda dan suka dengan aku.

☻ Kalau aku berubat, maknanya aku kena tinggalkan semua duit haram ini.
☺ Ish, tak nak la di dunia hidup gembira dan seronok, tetapi di akhirat meraung kena azab. Aku ingin buat pilihan yang tepat dan bijak. Bertaubat sebelum terlambat.   

Dari Majalah Solusi Keluaran Isu mo 46 (Dapatkan Dipasaran)

Jemput LIKE Page : Izinkan Saya Share

Jom Tag & Kongsikan, Agar Ianya Memberi Manfaat Kepada Kita Semua. Insya-Allah

Wednesday, September 05, 2012

Doa Penawar (Angin Ahmar) ~ Ustaz Muhammad Kazim Elias

Assalamualaikum Semua :)

Hari ini saya hendak kongsikan doa penawar angin ahmar dan lain-lain penyakit. Semoga ianya memberi manfaat kepada yang mengamalkannya. Insya-Allah...

DOA PENAWAR


Tuesday, September 04, 2012

Assalamualaikum Semua :)

Enteri kali ini saya hendak kongsikan kata-kata nasihat. Semoga nasihat ini kita jadikan panduan dan pedoman agar kehidupan kita menjadi lebih baik. Insya-Allah

KALAU ORANG BUAT JAHAT



Kalau orang buat jahat, kita balas jahat - maknanya kita sama saja 2x5 dengan si 'penjahat' tu... Tak ada beza.... Kalau ikutkan, kita boleh saja kurang ajar, buat jahat... Tetapi kita tak buat sebab kita ada AGAMA. Sabar.... Pasti ada hikmah dan ganjarannya... ~ Ahmad Fedtri Yahya / Fedtri Yahya ~

Jemput LIKE Page : Izinkan Saya Share

Aurat Dengan Siapa?

Assalamualaikum Semua :)

Hari ini saya hendak kongsikan mengenai aurat. Semoga dengan adanya entri ini kita dapat faham dengan jelas aurat kita dengan orang lain. Semoha ianya memberi manfaat. Peliharalah aurat kita....

AURAT DENGAN SIAPA?

Allah berfirman yang bermaksud:

“Katakanlah kepada wanita yang beriman: ‘Hendaklah mereka menahan pandangannya dan kemaluannya, serta janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang (biasa) Nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutup kain ke dadanya. Dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka (bapa mentua), atau putera-putera mereka (anak-anak lelaki), atau putera-putera suami mereka (anak tiri), atau saudara-saudara lelaki mereka (adik beradik lelaki), atau putera-putera saudara lelaki mereka (anak saudara lelaki bagi adik lelaki atau abang), atau putera-putera saudara perempuan mereka (anak saudara bagi adik perempuan atau kakak), atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar ketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang yang beriman supaya kamu beruntung.”
(Surah al-Nur 24: 31)

Dari Majalah Solusi Keluaran Isu 41

Jemput LIKE Page : Izinkan Saya Share

Mari Tag & Kongsikan Semoga Memberi Manfaat...

Sports - Football : Click Picture to Go Site Page

Best Red yellow
PhotobucketPhotobucket PhotobucketPhotobucket