Text

http://www.msg-cyber.blogspot.com/
Welcome to MSG Cyber
Selamat Datang ke MSG Cyber

Friday, November 25, 2011

Doa Agar Diberi Kejayaan dalam Peperiksaan/Ujian

Assalamualaikum Semua

Hari ini saya hendak kongsikan satu lagi doa untuk mereka yang sedang menghadapi peperiksaan atau ujian. Doa ini patut diamalkan kerana setelah kita menduduki peperiksaan pasti kita mahukan keputusan yang baik setelah kita mengharungi peperiksaan tersebut. Insya-Allah saya juga akan kongsikan doa-doa yang berkaitan pada entri akan datang...Semoga pengkongsian ini memberi manfaat kepada anda semua.. Saya juga berharap agar kawan-kawan yang menduduki peperiksaan akan memperoleh keputusan yang cemerlang... Amin :)


Doa Agar Diberi Kejayaan dalam Peperiksaan/Ujian
Klik pada image untuk mendapatkan paparan yang lebih besar dan jelas
Maksudnya: “Ya Allah, limpahkanlah selawat dan salam kepada tuan kami, Nabi Muhammad s.a.w. dengan rahmat yang dapat mengeluarkanku dari kegelapan keraguan, yang dapat memuliakanku dengan cahaya kefahaman dan menjelaskanku apa-apa yang samar sehingga aku faham. Sesungguhnya Engkau mengetahui dan aku tidak mengetahui, dan Engkau Maha Mengetahui hal-hal yang ghaib.”
  Dari Buku Doa dan Amalan Berjaya di Sekolah & Kerjaya.

Thursday, November 24, 2011

Sumpah Yang Dibenarkan

Assalamualaikum Semua

Entri sebelum ini saya pernah kongsikan berkenaan SUMPAH. seperti Hikmah bersumpah, Faedah-faedah bersumpah, Pembahagian sumpah dan kali ini saya hendak kongsikan Sumpah yang dibenarkan. Untuk mengetahuinya teruskan membaca entri ini. Semoga memberi manfaat kepada semua yang membacanya.. Insya-Allah..
Sumpah Yang Dibenarkan
Klik pada image untuk mendapatkan paparan yang lebih besar dan jelas


Sumpah hanya dibenarkan dan disahkan apabila dibuat dengan zat atau sifat Allah s.w.t. Daripada Abdullah bin Umar r.a. Rasulullah s.a.w. terserempak dengan Umar al-Khatab ketika dia sedang menunggang dan bersumpah dengan nama bapanya. Lalu Baginda bersabda, Maksudnya:
“Ketahuilah, Allah melarang kamu bersumpah dengan nama bapa kamu, Sesiapa yang mahu bersumpah, bersumpahlah dengan nama Allah ataupun dia berdiam sahaja.” (Riwayat al-Bukhari no. 6270 dan Muslim no. 1646)
Ini bermakna, sumpah yang dibenarkan dan disahkan adalah mengikut cara yang dinyatakan tadi. Sumpah yang tidak bertepatan dengan cara tadi adalah suatu kesalahan dan pelakunya berdosa.

Daripada Sa’ad bin Ubadah, katanya yang bermaksud: “Ibn Umar r.a. terdengar seorang lelaki berkata : “Tidak, Demi kaabah.’ Ibn Umar berkata: ‘Jangan kamu bersumpah dengan nama yang lain daripada nama Allah kerana aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
“Sesiapa yang bersumpah dengan nama lain selain nama Allah telah kufur atau syirik.” (Riwayat al-Tirmizi no. 1535)
Entri berkaitan:
Sumpah Yang Dibenarkan

  Dari Majalah Solusi keluaran Isu 36.

Monday, November 21, 2011

Aku Janji Solat dan Perintah Solat

Assalamualaikum Semua

Hari ini saya hendak kongsikan "Aku Janji Solat dan Perintah Solat" yang terdapat di dalam Al-Quran. Semoga pengkongsian ini memberi azam kepada kita untuk menunaikan solat yang telah diWAJIBkan ke atas kita. mari kita baca seterusnya. :)

Aku Janji Solat dan Perintah Solat
Sumber Gambar: Ensiklopedia Solat
Aku Janji Solat

qul inna shalaatii wanusukii wamahyaaya wamamaatii lillaahi rabbi al'aalamiina

Maksudnya:
Katakanlah: sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam.(Surah Al-An'am 6:162)

Perintah Solat


wa/mur ahlaka bialshshalaati waisthabir 'alayhaa laa nas-aluka rizqan nahnu narzuquka waal'aaqibatu lilttaqwaa
Maksudnya:
Dan perintahkanlah kepada keluargamu mendirikan shalat dan bersabarlah kamu dalam mengerjakannya. Kami tidak meminta rezki kepadamu, Kamilah yang memberi rezki kepadamu. Dan akibat (yang baik) itu adalah bagi orang yang bertakwa.(Surah Taha 20:132)
 Dari Buku Ensiklopedia Solat

Sunday, November 20, 2011

Itu Hartaku

Assalamualaikum Semua

Alhamdulillah masih ada waktu untuk saya mengupdate blog ini. Hari ini saya hendak kongsikan sebuah cerita mengenai orang yang bakhil. Bakhil ialah orang yang kedekut yang teramat sangat... Adakah anda ada sifat sebegini? jika ada eloklah dibuang jika tidak ia tidak akan membawa kita ke syurga.Gunakanlah kekayaan yang dimiliki sebagai penambah pahala. bukannya penambah dosa. Ingat kekayaan harta didunia tidak akan dibawa mati. yang dibawa hanya amalan dan kebajikan. Semoga kisah ini mengajar kita erti bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan. Jom baca seterusnya... :)


Itu Hartaku
Sumber Gambar: Majalah Solusi Isu 37

Di sebuah kampong tinggal seorang lelaki kaya yang sangat kedekut. Setiap hari dia hanya berfikir tentang cara menambah harta kekayaannya dan mengelakkan hartanya daripada digunakan.

Dia berjalan-jalan ke kampung berhampiran, mencari idea. Dia mendapati penduduk kampong itu kebanyakkanya pemurah. Apa lagi, lelaki bakhil itu pun berhasrat menetap di kampong tersebut, jauh daripada risiko orang yang datang meminta-minta itu ini.

Di kampong itu dia menyamar sabagai seorang yang miskin, setiap hari dia akan keluar meminta-minta. Bahagianya lelaki bakhil itu makan minum, pakaian dan keperluan hariannya ditanggung penduduk kampong tersebut.

Apabila pulang ke rumah, dia hanya menghitung-hitung duit emas dan perak yang dimilikinya. Malah dia juga mempunyai seekor kambing betina yang menghasilkan susu yang banyak, namun bagi mengelakan daripada berkongsi susu kambing itu, dia rela mengurung kambingnya di dapur rumahnya.

Lama kemudian, penduduk kampong mengetahui bahawa lelaki tersebut sebenarnya kaya namun kedekut.

Suatu hari, seorang musafir menunggang kuda menghampiri rumahnya. Sebaik sahaja dilihatnya kuda itu menghampiri, pantas lelaki bakhil itu menjerit: “pergi, pergi! Rumahku tiada apa-apa!”

Lelaki musafir tersebut tidak berkata apa-apa, lalu meneruskan perjalanan masuk ke kampong. Penduduk kampong itu bersikap pemurah datang menghulurkan minuman dan makanan, member pakaian bersih dan menyediakan tempat yang selesa untuk dia bermalam dan beristirehat.

Setelah beberapa hari, lelaki tersebut mengucapkan terima kasih dan meneruskan perjalanannya.

Beberapa hari kemudian, dia kembali semula dengan beberapa buah peti berisi emas. Barulah penduduk kampong tahu bahawa si musafir yang mereka bantu itu sebenarnya ialah seorang raja.

Bagi membalas jasa penduduk kampong, dia menghadiahkan emas dan hartanya kepada mereka dalam suatu majlis jamuan makan besar-besaran.

Dalam kemeriahan majlis, terdengar suara tangisan. Si raja bertanya: “Siapakah itu dan mengapa dia menangis?”

“Itu lelaki bakhil yang menetap di hujung kampong. Dia menangis kerana menurutnya harta yang tuanku bahagi-bahagikan ini sebenarnya dia yang lebih berhak memilikinya, terang mereka.”

“Kenapa dia berkata demikian sedangkan beta yang mahukan harta ini dibahagi-bahagikan kepada kamu semua?”

“Dia mendakwa harta ini miliknya, sebab dia orang pertama yang menemui Tuanku semasa Tuanku mula masuk ke kampong ini dulu.”

“Kamu para penduduk kampong ini memag pemurah, tetapi tidak disangka ada juga orang yang bakhil macam itu.”

Raja diberitahu bahawa dia pernah berpura-pura tidak berharta dan penduduk kampong turut membantunya waktu itu.

“Sewaktu kamu bantu dia dahulu, apakah kamu tidak tahu dia kaya dan berharta?”

“Kami akan membantu sesiapa sahaja yang memerlukan, Tuanku.”

Raja mengangguk-angguk faham. Namun apabila diimbas kembali layanan yang diberikan si bakhil itu kepada raja, Baginda tersenyum lebar.

Pengajaran: Orang kaya hakiki ialah orang kaya yang tidak berhajatkan kepada apa-apa pun, malah mampu berkongsi dengan golongan yang memerlukan. Sebaliknya orang yang miskin sentiasa mendambakan harta walaupun hartanya sudah melimpah.
 Dari Majalah Solusi keluaran Isu 37.

Friday, November 18, 2011

Hak-hak Orang Islam #7

Assalamualaikum Semua

Hari ini saya hendak sambung entri Hak-hak orang Islam terhadap saudara Muslimnya.. kepada anda yang masih belum baca bolehlah klik untuk membacanya. ♥ Hak-hak Orang Islam #1Hak-hak Orang Islam #2Hak-hak Orang Islam #3Hak-hak Orang Islam #4Hak-Hak Orang Islam #5 Hak-hak Orang Islam #6 ♥ Semoga entri-entri yang dikongsikan ini dapat memberi panduan kepada kita dalam menjaga hubungan sesama Islam. Insya-Allah

Hak-hak Orang Islam #7
Sumber Gambar: Google

19.. Hendaklah memulakan ucapan salam terlebih dahulu kepada semua muslimin sebelum bercakap-cakap dan sebaik-baiknya berjabat tangan dengannya sewaktu bersalaman.

Dalam hal ini Allah berfirman yang bermaksud:
“Dan apabila kamu diberi penghormatan dengan suatu ucapan hormat (seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah ia (dengan cara yang sama).” (Surah An Nisaa: 86)
Rasullah s.a.w. juga bersabda yang bermaksud:
“Demi jiwaku yang berada di dalam kekuasaan-Nya tidaklah kamu semua akan dapat masuk syurga sehingga kamu semua beriman dan tidaklah kamu semua beriman sehingga kamu semua saling cinta-mencintai. Adakah kamu semua suka jika saya tunjukkan suatu amalan yang apabila kamu semua lakukan, kamu semua akan saling dinta-mencintai : “Ucapkanlah salam di antara kamu semua.’” (Diriwayatkan oleh Muslim)
Mengenai cara member salam seperti yang pernah dijelaskan oleh Rasullah s.a.w. dalam sabdanya yang bermaksud:
“Orang yang berkenderaan hendaklah memberi salam kepada orang yang berjalan dan apabila sudah ada seorang memberi salam kepada suatu kaum (golongan), maka itu sudah mencukupi untuk seluruhnya.” (Diriwayatkan oleh Abu Daud)
Anas r.a. apabila berjalan melalui tempat kanak-kanak beliau akan member salam kepada mereka. Diriwayatkan dari Rasullah s.a.w. bahawa baginda s.a.w. pun melakukan perkara yang sedemikian juga. Pernah terjadi bahawa Rasullah s.a.w. berjalan di masjid dan di situ ada sekelompok orang yang sedang duduk-duduk lalu baginda s.a.w. mengisyaratkan tangannya dengan salam.

Perihal memberi salam sewaktu datang di suatu majlis atau akan meninggalkannya. Rasullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
“Apabila seseorang dari kamu semua sudah sampai di suatu majlis , maka hendaklah memberi salam, jika ia perlu duduk, baiklah terus duduk, selanjutnya apabila ia berdiri , hendaklah memberi salam pula. Tidaklah orang yang pertama itu berhak dari orang yang terakhir.” (Diriwayatkan oleh Abu Daud dan Tirmizi)
Ada suatu riwayat yang menerangkan bahawa setengah daripada kesempurnaan memberi penghormatan itu ialah dengan berjabat tangan . Al-Hasan berkata : “Berjabat tangan itu menambah kecintaan.”
Mencium seseorang yang dianggap agung dalam urusan agama itu tidak menjadi halangan asalkan dengan tujuan untuk tabarruk (mengambil keberkatan) serta memberi penghargaan . Diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. mengizinkan tangan dan kepalanya untuk dicium (Riwayat Hakim)
Adapun membongkokkan badan ketika bersalaman adalah dilarang

Merangkul dan mencium itu dibolehkan sewaktu kembali dari perjalanan. Ini bersandarkan keterangan dari hadis Rasululah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Abu Daud.

Tentang memegang tali kenderaan sewaktu memberi penghormatan kepada alim ulamak, ada diriwayatkan didalam atsar, misalnya apa yang dilakukan oleh Ibnu Abbas terhadap kenderaan Zaid bin Tsabit.

Perihal berdiri sebagai penghormatan adalah dimakruhkan sekiranya bertujuan mengagungkan bukan memuliakan. Rasulullah sa.w. bersabda yang bermaksud:
“Janganlah seseorang itu berdiri dari duduk untuk mengagungkan orang lain, kemudian duduk pula di situ, tetapi berikalah tempat dan kelapangan untuknya.” (Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim)
Bagi seseorang yang baru masuk apabila ia bersalaman dan didapat disitu tidak ada tempat duduk, maka tidak disunatkan untuknya beredar, tetapi duduk sahajalah di belakang barisan.

Diriwayatkan pada suatu ketika Rasulullah s.a.w. sedang duduk di masjid kemudian datanglah kepada baginda tiga orang. Dua orang terus menghadap Rasulullah s a w Dan seorang yang lainnya itu mendapati ada tempat kosong lalu duduklah ia di situ, dan seorang yang lain, disebabkan tempat yang sesak, ia duduk dibelakang orang ramai. Adapun orang yang ketiga ia berpaling dan terus pulang. Setelah Rasulullah s.a.w. selesai baginda bersabda yang bermaksud:
“Mahukah kamu semua saya beritahu mengenai tiga orang ini, Seorang daripada mereka itu memperlindungkan dirinya kepada Allah, lalu ia dilindungi oleh-Nya, yang kedua merasa malu , lalu Allah pun malu kepadanya, dan orang ketiga berpaling, maka Allah pun berpaling daripadanya.(Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim)
Suatu ketika Rasulullah diberi salam oleh Ummu Hani, Baginta bertanya , “Siapa ini?” Setelah diberitahu yang mengucapkan salam tadi adalah Ummu Hani, Baginda s.a.w. mempersilakannya dengan bersabda yang bermaksud:
“Selamat datang wahai Ummu Hani.” (Diriwayat oleh Muslim)
20. Hendaklah menjaga kehormatan dan maruah saudaranya sama ada yang berhubungan dengan dirim harta dan lain-lain dari penganiayaan orang lain dan ini hendaklah dilaksanakan sedanya upaya. Dan hendaklah ia membela dan berkorban serta mempertahankan kepentingan saudaranya, sebab yang demikian ini adalah wajib sesuai dengan erti persaudaraan dalam Islam. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan dari Rasulullah s.a.w. sabdanya yang bermaksud:
“Tidaklah seseorang muslim yang menolong seorang muslim yang lain dalam suatu keadaan, ketika maruah saudaranya itu akan dicabul atau kehormatannya diabaikan, melainkan ia akan diberi pertolongan oleh Allah dalam keadaan ia mengharapkan untuk memperolehi pertolongan-Nya. Tidaklah seseorang muslim menghina seorang muslim yang lain dalam suatu keadaan yang kehormatan saudaranya itu akan dicabul, melainkan Allah akan menghinanya dalam keadaan yang ia mengharapkan untuk memperolehi pertolongan-Nya pada waktu itu.” (Diriwayatkan oleh Abu Daud)

Dari Buku Bimbingan Untuk Mencapai Tingkat Mukmin  Jilid 1.

 P/s: Entri ini mempunyai sambungan 

Thursday, November 17, 2011

Bacaan Surah Yasin

Assalamualaikum Semua

Hari ini saya hendak kongsikan Video bacaan Yasin, Semoga ia bermanfaat kepada semua yang menontonnya... Sambil-sambil duduk saja-saja depan komputer tu tengoklah video ini... Mudah-mudahan bertambah pahala kita daripada melihat video yang entah hape-hape yang melalaikan kita...

Bacaan Surah Yasin

Wednesday, November 16, 2011

50 Sen vs RM50

Assalamualaikum Semua

Hai apa kahabar? korang semua sihat? diharapkan semuanya sihat.. kalau yang tak sihat semoga cepat sihat... :). okey hari ini saya nak kongsikan sebuah cerita yang pada saya sangat bermanfaat. Mungkin ada yang pernah membacanya.. kalau yang dah baca tu boleh la baca lagi.. hehehe... kepada yang belum membacanya eloklah dibaca kerana ada pengajaran yang baik dalam cerita ini... okey kawan-kawan marilah kita membacanya.. semoga ia memberi manfaat dan faedah kepada diri kita....


50 Sen vs RM50
Sumber Gambar: Majalah Solisi Isu 37


Pada satu hari, duit syiling 50 sen bertemu dengan kawan lamanya; duit kertas RM50. Dek terlalu sibuk bermusafir sana sini, bertukar-tukar tangan, mereka jarang bersua. Apa tidaknya, wang kertas RM50 itu berjalan sakan, sampailah ke luar Negara pun sudah dijelajahinya. Duit syiling 50 sen, khidmatnya terbatas dalam Negara sahaja.

Wang kertas RM50 yang baru pulang dari Paris ditegur oleh syiling 50 sen yang dikenalinya itu di satu pesta membeli belah di ibu kota baru-baru ini.

“Assalamualaikum. Apa khabar, lama tak Nampak?”

“Wa’alaikumussalam. Alhamdulillah sihat, tetapi penatlah sikit,” jawab wang kertas RM50 ringkas.

“kenapa pula penat?”

“Aku ni, serata dunia pergi. Singapura, Indonesia, Eropah dan macam-macam tempat. Masuk hotel, pawagam, pasar raya dan banyak lagilah.

“Hah, kau pula mamcam mana pula sekarang ni? Lama tak Nampak?” kini giliran wang kertas RM50 pula bertanya khabar wang syiling 50 sen.

“Huh, aku macam tu la juga! Masuk masjid, tandas awam, kedai runcit. Keluar tandas balik, masuk masjid balik. Aku ni tak sempat merasai ke luar Negara macam engkau tu.”

“Ooo, begitu.”

Mereka diam seketika. Sambil itu, mereka memandang gelagat pembeli yang sedang berebut-rebut membeli. Alah membeli menang memakai la tu.

“Ehh… engkau bila lagi nak masuk masjid?” tiba-tiba wang syiling 50 sen bertanya memecahkan kesepian. Wang kertas RM50 menoleh memandang wang syiling 50 sen, kelu seketika.

“Kenapa engkau Tanya aku pula. Tanyalah orang ramai yang membeli belah tu.”

Serentak mereka tersenyum, senym kambing.

Pengajaran: Apabila ingin menderma di masjid, jangan hanya bagi duit syiling sahaja. Jangan samakan nilai sedekah yang ingin diberi dengan nilai khidmat tandas awam yang kita biasa guna. Apa salahnya jika sekali sekala hulurlah pula duit kertas.
 Dari Majalah Solusi keluaran Isu 37.

Sports - Football : Click Picture to Go Site Page

Best Red yellow
PhotobucketPhotobucket PhotobucketPhotobucket