Text

http://www.msg-cyber.blogspot.com/
Welcome to MSG Cyber
Selamat Datang ke MSG Cyber

Thursday, June 30, 2011

Jenis-jenis Diam (Diam Ada Makna)

Assalamualaikum Semua Pengunjung Blog. :)

Diam? Tahukah anda bahawa diam juga memberi makna yang berbeza mengikut situasi si pelaku. Message kali ini hendak dikongsikan adalah mengenali jenis-jenis diam. Semoga selepas ini kita dapat memahami keadaan bila tiba-tiba kawan kita atau orang yang sedang berkomunikasi dengan kita berdiam diri... Awas sebab diam mereka ada makna....

Diam Ada Makna
.


Sering berlaku dalam komunikasi, ada orang yang langsung tidak memberikan sebarang respons Tiada sebarang tindak balas, hanya diam sahaja, Tidak bercakap atau bersuara, senyap dan membisu seribu kata. Apabila keadaan ini berlaku, kita sering rasa kurang senang dengannya.

Peribahasa Melayu ada menyebut, “Diam-diam ubi berisi, diam-diam besi berkarat” yang member makna diam orang berilmu itu berfikir, sementara diam orang yang bodoh itu sia-sia sahaja.

Sesungguhnya diam itu membawa seribu erti. Ia hanya diketahui oleh yang empunya diri. Sebagai Muslim, kita harus mempunyai keperibadian yang mampu menjaga lisan atau diam dengan kebenaran. Sebagaimana sabda Rasullah s.a.w. yang bermaksud:

“Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat hendaklah berkata benar atau diam” (Riwayat al-Bukhari)

Sesungguhnya diam itu atas beberapa alas an. Natujah diam itu juga pelbagai. Ada diam yang membawa kebaikkan dan tidak kurang juga diam yang mendatangkan masalah. Berikut kita lihat jenis-jenis diam.

Jenis-jenis Diam

1.    Diam Semulajadi

Seorang pemuda menyapa seorang gadis di dalam bas, SI Pemuda pun memulakan dengan bertanya nama, nak kemana, sudah berpunya atau belum, namun gadis itu hanya tersenyum sahaja. Pemuda ini dah tidak tahan lagi lalu mendesak si gadis member respons. Tiba-tiba gadis itu bersuara agak kuat tetapi tidak jelas. Rupa-rupanya gadis itu seorang bisu. Itulah diam yang semula jadi.

2.  Diam Terpaksa

Zaman saya kecil dulu apabila ibu atau ayah sedang bercakap dengan seseorang yang lebih tua, saya disuruh diam kerana tidak boleh menyampuk orang tua bercakap. Kalau ikutkan rasa hati kita ingin menyampuk kerana pada masa itu kita rasa ada sesuatu untuk bercakap. Tegahan tadi membuatkan kita akur berdiam diri.

3.  Diam Bodoh

Sering dalam kelas, guru selesai memberi penerangan, akan melihat pelbagai reaksi anak muridnya. Apabila ditanya, “Faham semua”, namun semuanya diam tanpa sebarang jawapan. Inilah diam bodoh namanya. Kerana tidak tahu sama ada mereka faham ataupun tidak.

Saya masih ingat pesan seorang pendakwah terkenal: “Jika kita tahu tentang perkara itu, lebih baiklah kita diam dan janganlah membuat ulasan mengenainya. Kalau kita cuba bercakap juga, sikap itu akan menunjukkan kebodohan kita.”

Kalau kita tidak bercakap, orang tidak tahu tentang pengetahuan kita mengenainya. Cubaab untuk member pandangan hanya menunjukkan kebodohan kita. Maka lebih baik diam sahaja.

4.  Diam Malas.

Seseorang yang ada banyak idea dan sering mengeluarkan pandangan dan cadangan yang bernas, namun tiba-tiba dia tidak memberikan sebarang kata walaupun dipaksa. Dia malas untuk mencadangkan apa pun, kerana katanya jika cadangan itu diterima nantu, dialah yang akan dipertanggungjawabkan untuk melaksanakannya. Jadi, dia dia sahaja.

Jawapan yang selalu kita dengar daripada orang yang diam malas ini ialah tidak ada ‘mood’ untuk bercakap. Ungkapan ini menjadikan seseorang itu tidak invotif atau kreatif, sebaliknya menjadikan dia seorang pasif.

5.  Diam Marah.

Diam marah ini ada baik dan buruknya. Jika berlaku perbalahan atau pertelingkahan diam itu lebih baik supaya pergaduhan tidak berpanjangan. Ia juga dapat mengelakkan daripada berlakunya keadaan yang lebih buruk lagi. Nasihat Rasullah s..a.w. supaya kita bertindak pasif dan diam apabila marah agar kemarahan itu reda, dapat dijelaskan dalam hadis berikut yang bermaksud:

“Apabila salah seorang antara kalian marah sedangkan dia berdiri maka hendaklah dia duduk, agar kemarahannya hilang. Apabila masih belum reda maka hendaklah dia berbaring.” (Riwayat Abu Daud)

Dalam keaadan yang lain pula, jika kita memadamkan kemarahan dalam hati tanpa meluahkannya, boleh menimbulkan perkara negative kepada diri kita seperti stress, yang akhirnya membawa mudarat kepada fizikal seperti pening, sakit jantung, dan darah tinggi. Oleh sebab itu, diam marah ini bergantung kepada keadaan dan situasi.

6.  Diam Merajuk.

Seorang gadis terserempak dengan tunangnya yang sedang bercakap dengan seorang perempuan lain. Gadis itu spontan memohon penjelasan tunangnya. Tunangnya menjelaskan bahawa itu urusan kerja, perempuan itu rakan sepejabat dan sebagainya. Namun si permpuan yang terbabit itu pula memilih untuk berdiam diri.

Orang yang berniat jahat tidak cuba untuk menjelaskan keadaan sebenar yang berlaku. Sebaliknya dia memilih untuk berdiam diri. Padahal dia tahu keaadan sebenar yang berlakutetapi memilih untuk berdiam diri supaya pihak satu lagi yang dipersalahkan. Ini diam yang amat keji sekali.

7.  Diam Sombong.

Kadangkala seseorang itu tidak dilayan sewajarnya hanya perbezaan darjat. Ini sering berlaku kepada orang bawahan atau dikatakan orang biasa. Apabila mereka mengemukakan sesuatu usul atau cadangan dia tidak dilayan atau didengari. Orang berkenaan memilih untuk diam sahaja kerana baginya buat apa dia layan orang yang tidak sama level. Dia rasa terhina jika dia memberikan layanan. Pada sangkaannya dia tidak kecilkan hati sesiapa jika dia berdiam sahaja. Namun apa yang tersurat itu dapat diterjemahkan daripada riak wajahnya.

8.  Diam Efektif.

Diam efektif ini diam yang baik sekali kerana diam untuk berfikir dan menyusun strategi. Diam seketika untuk memusatkan pemikirannya kepada isu ataupun masalah yang timbul. Kebijaksanaan orang yang bersifat “diam-diam ubi” ini dapat dilihat melalui kata-kata yang keluar dari mulutnya. Ungkapan spontan kadangkala berbahaya kerana ia mungkin berdasarkan emosi yang negative. Elok kita bertenang seketika sebelum menyambung bicara.

Sifat diam ini boleh mendatangkkan kebaikan kepada diri kita dan diri orang yang berhubungan dengan kita. Mungkin keputusan diam itu boleh mendatangkan kebaikkan berikut:

·         Mengambil masa untuk berfikir dahulu sebelum member respons.
·         Komunikasi yang berkesan.
·         Keperibadian yang bijak.
·         Mengelakkan diri daripada dosa.
·         Menunjukkan kewibawaan.
·         Dapat menutup keaiban.
·         Mengelakkan ujub dan takbur:

Firman Allah yang bermaksud:

“Hai  orang yang beriman bertaqwalah kamu kepada Allah dan ucapkanlah perkataan yang benar.”
(Surah al-Ahzab 33 : 70)

Kesimpulannya berfikirlah dahulu sebelum kita memutuskan untuk member respons. Diam dan berfikir sejenak sebelum bertindak merupakan amalan yang sangat baik dalam menjaga hubungan dan silaturahim. Diam untuk berfikir, diam untuk ketenangan dan diam untuk kebaikkan.

 Dari Majalah Solusi keluaran Isu 17.

Wednesday, June 29, 2011

Peristiwa yang Dianggap Fantasi Dalam Peristiwa Mikraj

Assalamualaikum Semua.... :)

Entri sebelum ini berkaitan info Israk dan Mikraj. Namun entri kali ini akan memaparkan peristiwa yang dianggap Fantasi dalam peristiwa Mikraj. Semoga kita dapat mempelajari dari peristiwa Mikraj ini. Mari kita baca dan sebarkan kepada kawan-kawan....



Peristiwa yang Dianggap Fantasi 
Dalam Peristiwa Mikraj


 Klik pada image untuk mendapatkan paparan yang lebih besar dan jelas



PERISTIWA YANG DIANGGAP FANTASI DALAM PERISTIWA MIKRAJ

Peristiwa
Maksud
1.
Baginda ditawarkan susu dan arak, lalu Baginda memilih susu.
Rasullah s.a.w. telah memilih dan menepati fitrah.
2.
Baginda melihat empat batang sungai di syurga. Dua daripadanya adalah sungai yang zahir (sungai Nil dan sungai Furat).
Risalah Islam akan menapak ke lembah-lembah yang subur di sepanjang Nil dan Furat dan penduduknya akan menjadi pembawa risalah Islam generasi demi generasi.
3.
Baginda melihat orang yang mempunyai muncung seperti muncung unta dan mereka memasukan ke dalam mulut kepingan api lalu keluar semula dari dubur mereka.
Orang yang memakan harta anak yatim secara zalim.
4.
Baginda melihat orang yang mempunyai perut yang besar sehingga tidak dapat bergerak dari tempat duduk mereka.
Orang yang memakan riba.
5.
Baginda melihat orang yang di tangan mereka memegang daging yang baik sementara di sebelah lagi memegang daging yang busuk. Lalu dimakan daging yang busuk dan ditinggalkan daging yang baik.
Orang yang melakukan zina.
6.
Baginda melihat kaum yang sedang bertanam dan terus menuai haisl tanaman mereka. Apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai.
Golongan yang berjihad fi sabilillah yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
7.
Baginda melihat sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan semula.
Orang yang berat kepala untuk tunduk dan sujud kepada Allah s.w.t.
8.
Baginda melihat orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebiskan. Mereka dihalau seperti binatang ternakkan lalu memakan bara api dan batu mereka.
Orang yang tidak mengeluarkan zakat harta.
9.
Baginda melihat seoranglelaki yang menghapuskan seberkas kayu dan dia tidak terdaya untuk memikulnya, tapi ditambah lagi dengan kayu yang lain.
Orang yang tidak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah amanah yang lain.
10.
Baginda melihat satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa.
Orang yang menfitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

Peristiwa dan keadaan di atas merupakan satu kebenaran yang benar-benar berlaku. Namun, orang Quraisy dengan keegoan dan kesombongan mereka telah menolak (peristiwa Israk) mentah-mentah dan menganggap ia merupakan sesuatu yang bersifat mimpi dan fantasi.

 Dari Majalah Solusi keluaran Isu 30.

Israk dan Mikraj

Assalamualaikum dan Salam Mesra... :)

Apa itu Israk dan Mikraj? Bilakah Peristiwa Israk dan Mikraj ini berlaku? Mari kita ambil tahu pasal peristiwa ini.. mudah-mudahan ia meningkatkan ketaqwaan dan keimanan kita kepada Maha Pencipta yakni Allah s.w.t. Peristiwa Israk dan Mikraj berlaku pada 27 Rejab, Sebelum Hijarah. Mari kita lihat sedikit Info yang dipetik dari majalah Solusi Isu 30.

Info Israk dan Mikraj
Klik pada image untuk mendapatkan paparan yang lebih besar dan jelas

Israk : Perjalanan Nabi Muhammad s.a.w. pada malam hari dengan menaiki buraq bermula dari Masjidilharam di Makkah ke Masjid al-Aqsa di Baitulmuqaddis.

Mikraj : Naiknya Nabi s.a.w. ke langit dari Masjid al-Aqsa ke Sidratul Muntaha.

Menurut Ibn Qayyim, Rasullah s.a.w. diperjalankan dengan jasadnya (menurut pendapat yang sahih) dari Masjidilharam ke Baitulmuqaddis dengan menunggang buraq ditemani Jibrail a.s. Ketika berada di Baitulmuqaddis, Baginda singgah menunaikan solat bersama para nabi. Kemudian Baginda diangkat ke langit pada malam itu juga ke langit dunia. Jibrail meminta agar pintu langit dibuka lalu dibukakan untuk mereka.

 Dari Majalah Solusi keluaran 30.

Tuesday, June 28, 2011

Tingkat-tingkat Keyakinan

Assalamualaikum dan Salam Ukhuwah.... :)

Sebelum ini entri bertajuk Keyakinan Diri Yang Tinggi vs Keyakinan Diri Yang Lemah. setelah kita dapat membandingkan perbezaan antara keyakinan diri kita, Entri kali ini, kita kenali tingkat-tingkat keyakinan, Dalil dan contohnya... Selamat membaca... :)

Tingkat-tingkat Keyakinan
Klik pada image untuk mendapatkan paparan yang lebih besar dan jelas

1. ILM AL-YAKIN

Keyakinan yang terhasil daripada ilmu atau yang diberitakan dan kemudiannya didengari telinga.
Dalil:

Firman Allah S.W.T. bermaksud:
“Jangan sekali-kali (bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak (akibat-nya yang buruk semasa hendak mati)”
(Surah al-Takathur 102: 3/5)
Contoh:

Si A tidak mengenali madu apatah lagi merasai madu. Namun diberitakan oleh seseorang yang dipercayainya bahawa madu itu rasanya manis. Maka si A percaya sepenuhnya madu itu manis walaupun di tidak pernah melihat atau merasai madu itu.
2. AIN AL-YAKIN

Keyakinan yang terhasil daripada apa yang dilihat dengan mata.

Dalil:

Firman Allah S.W.T. bermaksud:
“Selepas itu – demi sesungguhnya! – kamu (wahai orang yang derhaka) akan melihat-nya dengan penglihatan yang yakin (Semasa kamu dilemparkan ke dalamnya)!”
(Surah al-Takathur 102: 7)

Contoh:

Si B tidak pernah merasai madu, namun dia pernah melihat setompok madu yang tumpah dihurungi semut. Dia hanya melihat rupa bentuk madu, kelikatan madu, dan semut yang menghurungi madu, maka si B yakin bahawa madu itu manis, walaupun dia belum merasainya.

3. HAQ AL-YAKIN

Yakin terhasil daripada pengalaman dan amalan.

Dalil:

Firman Allah S.W.T. bermaksud.:
“Sesungguhnya (segala yang disebutkan) itu adalah kebenaran yang diyakini.”
(Surah al-Waqi’ah 56: 95)

Contoh:

Si C sudah merasai sendiri madu. Tangannya sendiri pernah menyentuh madu, rasa kelikatan madu bagai bancuhan gula yang pekat. Dia juga sudah merasai sendiri madu dengan lidahnya, yakni dia merasai manusnya madu, maka dia amat yakin bahawa madu itu manis.

 Dari Majalah Solusi keluaran Isu 17.

Monday, June 27, 2011

Keyakinan Diri Yang Tinggi vs Keyakinan Diri Yang Lemah

Assalamualaikum dan Salam Mesra.... :)

Setiap orang mempunyai tahap keyakinan diri mereka sendiri termasuklah saya. Tapi kadang-kadang kita tidak sedar yang kita mempunyai tahap keyakinan yang mana satu. Jadi, kali ini message yang hendak dikongsikan ialah perbezaan antara orang yang ada keyakinan diri yang tinggi dan orang yang ada keyakinan diri yang lemah. Semoga kita dapat mengubah keyakinan diri kita menjadi yang positif. Sama-samalah kita tegur menegur dan saling nasihat menasihati sesama kita... Mudah-mudahan kita sentiasa mendapat keberkatan...

Keyakinan Diri Yang Tinggi 
vs
Keyakinan Diri Yang Lemah
Klik pada image untuk mendapatkan paparan yang lebih besar dan jelas
 
 Keyakinan Diri Yang Tinggi 

Petunjuk orang yang mempunyai keyakinan diri ialah:

· Mampu melakukan kerja yang perlu di buat walaupun tidak disukai.
· Berdaya tahan dan berdaya saing.

· Ada self-discipline, self motivation dan mampu melakukan self-censored.

· Mampu meminta maaf jika bersalah dan member maaf jika dipinta.

· Sanggup mengakui kesalahan diri dan memperbaikinya.

· Meraikan perbezaan tanpa mewujudkan suasana konflik.

· Berdikari, proaktif dan produktif.

· Berani dan sanggup menanggung risiko.

 Keyakinan Diri Yang Lemah 

Berikut adalah petanda orang yang mempunyai keyakin diri yang lemah:

· Tidak mampu melakukan kerja atau tugasan untuk mencapai kejayaannya.

· Mudah marah, melatah, mengamuk apabila diuji, diusik dan dipersalahkan.

· Membuat kerja yang suka dibuatnya bukan kerja yang perlu dibuat.

· Suka membebel dan merungut.

· Menunggu peluang bukan mencari ruang.

· Berubah kepada yang baik hanya apabila dipaksa, bukan dengan rela.

· Emosi kurang rasional.
 Dari Majalah Solusi keluaran Isu 17.

Thursday, June 23, 2011

OST Stanza Cinta - Jed Madela ft Nikki Palikat - Antara Kita + Lirik Lagu.

Assalamualaikum dan Salam Mesra... :)

Sebelum ini telah ada entri pasal OST Stanza Cinta yang mana lagunya adalah Stanza Cinta oleh Dodi Hidayatullah. Kali ini Mari kita dengar satu lagi OST dari drama Stanza Cinta. iaitu bertajuk Antara Kita oleh Jed Mandela ft Nikki Palikat. Jom layan sama-sama... Tapi jangan lupa tengok-tengok juga entri-entri lain.. mana tahu memberi manfaat pada kita. Selamat berhibur...

Jed Madela ft Nikki Palikat 
- Antara Kita + Lirik Lagu

Setiap Kata Yang Tercipta
Irama Nafas Cinta
Bahagianya Kita Saat Ini
Oh Manisnya Ku Rasai

Cinta Padamu
Takkan Pudar Dan Menghilang
Biar Pun Di Duga Setia Bersama
Mana Mungkin Bisa Berjauhan

Antara Kita
Ingin Selamanya
Keasyikkan Di Dalam Rasa Yang Indah
Kau Yakinlah Cinta Ini
Aku Terus Percaya
Pada Dirimu Sayang

Sepi Dan Pilu
Usah Biarkan Menganggu
Kita Teguh Disini Dan Berjanji
Tempuhi Rintangan Hingga Ke Akhirnya

Antara Kita
Ingin Selamanya
Keasyikkan Di Dalam Rasa Yang Indah
Kau Yakinlah Cinta Ini
Aku Terus Percaya
Pada Dirimu Sayang

Antara Kita
Ingin Selamanya
Keasyikkan Di Dalam Rasa Yang Indah
Kau Yakinlah Cinta Ini
Aku Terus Percaya
Pada Dirimu Sayang

Antara Kita
Cinta Yang Abadi

Wednesday, June 22, 2011

Terima Kasih Wahai Tuhan + Lirik Lagu

Assalamualaikum dan Salam Mesra... :)

Mata, Mulut, Hidung, Telinga, Lidah dan banyak lagi adalah nikmat yang kita perolehi daripada Maha Pencipta yakni Allah S.W.T. Kita patutnya rasa bersyukur kerana diberikan semuanya secara percuma. bayangkan kalau dikenakan bayaran setiap apa yang diberikan berapakah nilainya? Nescaya tidak ternilai harganya. Maka sebagai umat Manusia kita perlu berterima kasih kepada-Nya. Mari kita dengar sebuah lagu yang bagus liriknya. Sesuai untuk semua peringkat usia... Didiklah anak-anak dan adik-adik kita dengan sentiasa mengingatkan mereka bahawa Allah memberikan nikmat ini dan ajarlah mereka cara mensyukuri semua pemberian ini... Mari kita hayati lagu ini sama-sama...

 Terima Kasih Wahai Tuhan 


Terima Kasih Wahai Tuhan
Menciptakan Semua Untuk Kita
Maha Baik Tuhan
Semuanya Diberikan Percuma

Mata Dapat Melihat
Alam Ciptaan Tuhan Yang Cantik
Mulut Untuk Makan Dan Menyebut
Kata-Kata Yang Baik

Terima Kasih Wahai Tuhan
Menciptakan Semua Untuk Kita
Maha Baik Tuhan
Semuanya Diberikan Percuma

Hidung Dapat Menghidu
Kita Bernafas Dengan Selesa
Telinga Dapat Mendengar
Bunyi-Bunyian Sekeliling Kita

Terima Kasih Wahai Tuhan
Menciptakan Semua Untuk Kita
Maha Baik Tuhan
Semuanya Diberikan Percuma

Lidah Yang Satu
Dapat Merasa Yang Banyak
Rasa Masam, Pahit, Manis,
Rasa Tawar Rasa Masin

Terima Kasih Wahai Tuhan
Menciptakan Semua Untuk Kita
Maha Baik Tuhan
Semuanya Diberikan Percuma

Nikmat Kurniaan Allah S.W.T

Assalamualaikum dan Salam Perpaduan. :)

Apa nikmat yang kita perolehi dari Allah S.W.T? Sebenarnya terlalu banyak nikmat yang kita dapat dari Maha Pencipta. Antaranya ialah Akal, Hati dan Pancaindera. Sebagai manusia kadang-kadang kita tidak bersyukur apa yang kita ada. Malah lebih teruk lagi pabila ada di antara manusia yang takbur dengan nikmat yang dikurniakan kepada mereka. Sesungguhnya Allah boleh tarik nikmat yang diberikan pada bila-bila masa saja. Message kali ini berkisar mengenai nikmat yang dikurniakan kepada kita.. jom kita baca seterusnya agar dapat dijadikan sebagai panduan.


 Akal , Hati dan Pancaindera 
 Nikmat Kurniaan Allah S.W.T. 

walaqad dzara/naa lijahannama katsiiran mina aljinni waal-insi lahum quluubun laa yafqahuuna bihaa walahum a'yunun laa yubshiruuna bihaa walahum aatsaanun laa yasma'uuna bihaa ulaa-ika kaal-an'aami bal hum adhallu ulaa-ika humu alghaafiluuna


179. Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai. Kedatangan azab Allah kepada orang-orang yang mendustakan ayat-ayat-Nya dengan cara istidraj [584].

[584] Yaitu: dengan membiarkan orang itu bergelimang dalam kesesatannya, hingga orang itu tidak sadar bahwa dia didekatkan secara berangsur-angsur kepada kebinasaan.

Isi-isi penting yang terkandung di dalam ayat
1. Menjelaskan tentang penghuni neraka jahannam terdiri daripada jin dan manusia yang menyalahgunakan nikmat pancaindera.

2. Menjelaskan kekuasaan dan kebijaksanaan Allah SWT mengurniakan empat nikmat besar kepada manusia.

3. Manusia dianggap makhluk yang lalai kerana:-
a) Manusia dikurniakan hati , mata dan telinga tetapi tidak menggunakannya dengan baik.
b) Tidak mahu mengenal Allah sebagai pencipta
c) Tidak mahu melaksanakan tanggungjawab sebaga hamba Allah SWT.
4. Manusia tidak menggunakan akal , hati , mata dan telinga dengan jalan yang diredhai dianggap sama seperti binatang bahkan lebih dahsyat lagi.

Fungsi pancaindera yang digunakan dengan cara yang betul.
A) Akal - berfikir tentang sesuatu perkara
- berfikir tentang kekuasaan Allah SWT
- berfikir tentang keajaiban ciptaan Allah SWT
- berfikir tentang cara memanfaatkan ciptaan Allah SWT
- membezakan antara yang baik dan yang buruk
B) Hati - keinginan untuk mengetahui tentang sesuatu perkara
- memahami maksud keterangan ayat-ayat Allah SWT
- memahami tentang kebaikkan agama Allah SWT
- memahami kebaikkan suruhan dan larangan Allah SWT

C) Mata - melihat sesuatu yang ada disekeliling kita
- melihat ciptaan-ciptaan Allah yang tiada bandingannya
- memerhati tanda-tanda kekuasaan Allah SWT
- melihat dan memahami ayat-ayat suci al-Quran
D) Telinga - mendengar sesuatu bunyi disekeliling kita
- mendengar ayat-ayat al-Quran
- mendengar ajaran-ajaran agama
- mendengar nasihat-nasihat agama

Penyalahgunaan fungsi pancaindera

Mata - memandang sesuatu perkara yang ditegah oleh Allah SWT seperti melihat aurat perempuan dan melihat gambar-gambar lucah.

Telinga – mendengar sesuatu perkara yang dilarang oleh Allah SWT seperti mendengar orang mengumpat dan mendengar lagu-lagu yang melalaikan.

Akal – memikirkan sesuatu yang tidak baik seperti fikir bagaimana cara untuk menyebarkan fitnah atau ajaran sesat.

Hati - tidak mahu memahami kebenaran hukum-hukum Islam.

Kepentingan pancaindera

Membuktikan kebenaran dan kekuasaan Allah SWT Sebagai keistimewaan manusia Supaya manusia dapat melaksanakan tanggungjawab sebagai Khalifah

Allah dengan sempurna. Supaya manusia sentiasa bersyukur dengan nikmat-nikmat tersebut Dapat meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT.

Faktor-faktor yang boleh menyesatkan manusia

Iman yang cetek
Tidak mahu mempelajari ilmu-ilmu agama
Tidak mahu mendengar ceramah-ceramah agama
Lebih pentingkan perkara-perkara lain daripada perkara yang berkaitan agama
Terikut-ikut dengan golongan yang tidak beriman kepada Allah SWT.

Kesan buruk salahguna nikmat pancaindera anugerah Allah S.W.T.
a) Sangup melakukan pelbagai jenayah seperti jenayah kolar putih , pengklonan manusia.

b) Menghalalkan segala cara untuk mencapai matlamat seperti menindas golongan lemah untuk kepentingan sendiri.

c) lalai mengingati Allah SWT kerana memberi tumpuan untuk memenuhi kehendak hawa nafsu seperti pangkat , kekayaan dan hiburan.

d) Hidup dalam kesesatan seperti melakukan Syirik dan Khurafat.

e) Tidak dapat membezakan antara yang hak dengan yang batil seperti pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan

Tuesday, June 21, 2011

Bacaan Talqin - Hijjaz + Lirik

Assalamualaikum dan Salam Mesra... :)

Talqin? Untuk Siapa bacaan talqin ini? Untuk si mati? Sebenarnya bacaan talqin ini adalah untuk orang-orang yang masih boleh bernafas di bumi Allah. Macam anda yang sedang membaca blog ni. Tujuan talqin ini adalah untuk peringatan kepada kita supaya sentiasa beringat bahawa mati itu bila-bila sahaja boleh berlaku. Apabila ajalnya telah tiba maka malaikat Izrail datang menjemput kita. Jadi sama-samalah kita persiapkan diri kita agar sentiasa beriman kepada Allah. Mari kita hayati bacaan talqin ni... Selamat bermuhasabah diri...

Bacaan Talqin - Hijjaz + Lirik


Setiap Yang Bernyawa Pasti Merasai Mati
Dan Bahawasanya Kamu Akan Disempurnakan Pahalamu Di Hari Kiamat
Lalu Siapa Sahaja Yang Dijauhkan Dari Neraka
Dan Di Masukkan Di Dalam Syurga
Itulah Dia Orang Yang Beruntung

Tidak Ada Kehidupan Dunia Kecuali Kesenangan Yang Menipu
Wahai Hamba Allah Ingatlah Janji Yang Kamu Keluar
Atasnya Dari Dunia Hingga Akhirat
Iaitu Persaksian Tiada Tuhan Yang Lain Kecuali Allah
Dan Muhammad S.A.W. Rasul-Nya

Dan Bahawasanya
Mati Adalah Benar
Alam Kubur Adalah Benar
Kenikmatan Dan Seksa Di Dalamnya Adalah Benar
Pertanyaan Malaikat Munkar Dan Nakir Adalah Benar
Kebangkitan Darinya Adalah Benar
Perhitungan Yakni Hisab Adalah Benar
Syafaat Nabi Muhammad S.A.W. Adalah Benar
Syurga Dan Neraka Adalah Benar
Pertemuan Dengan Allah Bagi Ahlinya Adalah Benar

Bahawasanya Allah Membangkitkan Orang-Orang Ahli Kubur
Sekarang Kamu Berada Di Alam Barzakh
Alam Antara Dunia Dan Akhirat
Maka Ketika Dua Malaikat Munkar Dan Nakir Yang Ditugaskan Oleh Allah Mengunjungi Kamu
Janganlah Kamu Menjadi Terkejut Ataupun Gentar
Kerana Keduanya Adalah Makhluk Biasa Seperti Kamu
Dari Sekian Banyak Makhluk-Makhluk Allah

Ketika Mereka Berdua Bertanya Kepadamu
Siapakah Tuhanmu?
Siapakah Nabimu?
Apakah Agamamu?
Apa Kiblatmu?
Dan Apa Pula Pemimpinmu?
Dan Siapakah Saudaramu?

Maka Jawablah Dengan Tegas Dan Jelas Serta Meyakinkan
Allah Adalah Tuhanku.
Muhammad Adalah Nabiku.
Islam Adalah Agamaku.
Kaabah Adalah Kiblatku.
Kitab Al-Quran Adalah Pemimpinku.
Dan Kaum Muslimin, Muslimat, Mukminin Dan Mukminat Adalah Saudara-Saudaraku.

Serta Di Hidupkan Kembali
Insya-Allah Kamu Termasuk Orang-Orang Yang Aman, Selamat Dan Semoga Allah Mengukuhkan Kamu
Dalam Ucapan Yang Tegas (Dua kalimah syahadah)
Allah Mengukuhkan Orang-Orang Yang Beriman Dengan Ucapan Yang Kukuh (Dua kalimah syahadah)
Di dunia dan di akhirat


Maksudnya:

"Wahai jiwa yang tenang, pulanglah ke hadrat tuhanmu dengan gembira dan diredhai, Masuklah dalam jamaah hamba-hamba-Ku, Masuk pula dalam syurga-Ku"

(Surah Al-Fajr 89: 27-30)

Monday, June 20, 2011

Doa Agar Dibaiki Kesabaran dan Kekuatan dalam Rumah Tangga.

Assalamualaikum dan Salam Kasih Sayang... :)

Menghadapi masalah dalam kehidupan berumah tangga adalah perkara normal bagi manusia. sama ada masalah tersebut besar mahupun kecil. Bagi menghadapi situasi ini kita digalakkan perbanyakkan berdoa agar kerukunan dalam berumah tangga kembali baik. Kali ini Message hendak berkongsi doa yang mana boleh diamalkan oleh pasangan suami dan isteri supaya rumah tangga sentiasa dilimpahi keberkatan. Selamat beramal...

Doa Agar Dibaiki 
Kesabaran dan Kekuatan 
dalam Rumah Tangga.
Klik pada image untuk mendapatkan paparan yang lebih besar dan jelas

Maksudnya:

“Ya Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran ke atas diri kami, dan kukuhkanlah pendirian kami dan tolonglah kami menghadapi orang-orang kafir.”
(Surah al-Baqarah 2: 250)

Amalan

Ayat ini merupakan doa orang yang beriman yang menyertai tentera Talut untuk menghadapi tentera Jakut agar Allah s.w.t. melimpahkan ke atas mereka kesabaran menghadapi ujian yang berat itu.

Perkataan limpahkan ini menunjukan betapa diri mereka memerlukan sifat sabar sebagaimana tanah yang kering memerlukan air. Sabar telah dibandingkan dengan air kerana kedua-duanya mempunyai elemen kesuburan yang dibawa bersamanya. (Tafsir al-Sawi)

Setiap rumah tangga pasti akan berhadapan dengan pelbagai masalah walaupun ia kecil. Oleh sebab itu, amalkanlah membaca doa ini untuk menghadapi kehidupan dengan penuh kekuatan dan kesabaran agar rumah tangga yang dibina akan terus berkekalan.

Petikan Doa Menjadi Pengantin Baru Setiap Hari, Ustaz Hj, Zahazan Mohamed, terbitan Telaga Biru Sdn Bhd.
Dari Majalah Solusi keluaran Isu 32.

Rukun Iman Memantapkan Integriti?

Assalamualaikum dan Salam Mesra.. :)

Untuk menjadi Mukmin yang berintegriti kita perlulah mempunyai percaya kepada rukun Iman. Rukun Iman dapat menjadikan kita manusia yang berintegriti. Apabila kita berpegang kepada rukun Iman ini kita menjadi insan yang bertanggungjawab kepada diri dan kepada masyarakat. Okey kali ini message yang hendak disampaikan disini ialah bagaimana rukun Iman dapat memantapkan Integriti. moh kita baca seterusnya.


Bagaimana Rukun Iman
Memantapkan Integriti?
Klik pada image untuk mendapatkan paparan yang lebih besar dan jelas


Percaya Kepada Allah

Meyakini kewujudan Allah s.w.t., meninggalkan segala larangan-Nya dan melakukan selaga perintah-Nya. Baik ketika dilihat mahupun tidak dilihat orang lain. Kita harus yakin bahawa kita mampu untuk mengerjakan semua perintah Allah dan menjauhi semua larangan-Nya.

Percaya Kepada Malaikat.

Meyakini kewujudan para malaikat dan semua tuga-tugas yang diperintahkan oleh Allah kepadanya seperti tugas malaikat Jibrail untuk menyampaikan wahyu Allah kepada para rasul. Tugas malaikat Izrail untuk mencabut nyawa setiap makhluk yang hidup dan sebagainya.

Percaya Kepada Kitab.

Meyakini setiap isi kandungan yang terdapat dalam empat buah kitab asal yang diturunkan kepada nabi yang terpilih iaitu Taurat kepada Nabi Musa a.s. Zabur kepada Nabi Daud a.s. Injil kepada Nabi Isa a.s. dan al-Quran kepada Nabi Muhammad s.a.w.. Al-Quran menjadi perundangan dan panduan hidup umat hingga akhir zaman.

Percaya Kepada Para Rasul.

Kita perlu percaya kepada 25 orang rasul yang wajib diketahui. Mereka menyeru umat manusia kepada iman melalui ajaran yang dibawa menerusi wahyu Allah. Kita wajib percaya bahawa para rasul memiliki sifat jujur, amanah, bertanggungjawab menyampaikan dan berhemah tinggi, yang patut menjadi contoh teladan terbaik buat manusia. Sifat ini juga diistilahkan sebagai integriti.

Percaya Kepada Hari Kiamat.

Meyakini bahawa dunia ini tidak akan kekal buat selamanya. Kita akan dipindahkan kea lam akhirat yang mana semua amal perbuatan kita ketika di dunia akan diperhitungkan dan dipersoalkan.

Percaya Kepada Qadak dan Qadar.

Meyakini semua takdir baik dan buruk yang telah Allah tetapkan ke atas diri kita. Walau bagaimanapun, takdir tersebut dapat diubah dengan usaha yang ikhlas dan doa kepada Allah. Kita wajib percaya bahawa takdir sama ada baik mahupun yang buruk itu merupakan ketetapan Allah yang terbaik buat kita.

Dari Majalah Solusi keluaran Isu 32.

Sports - Football : Click Picture to Go Site Page

Best Red yellow
PhotobucketPhotobucket PhotobucketPhotobucket