Text

http://www.msg-cyber.blogspot.com/
Welcome to MSG Cyber
Selamat Datang ke MSG Cyber

Monday, August 29, 2011

Beberapa Kesalahan Berhari Raya

Assalamualaikum Semua :)

Entri kali ini ialah untuk memberi peringatan perkara-perkara yang salah semasa berhari raya. Semoga message ini memberi manfaat kepada semua muslimin dan muslimat yang menyambut hari raya. Sampaikan kepada mereka yang kita kasihi semoga raya kali ini memberikan rasa syukur kita kepada Allah s.w.t. Jom baca seterusnya...

Beberapa Kesalahan Berhari Raya

1. Bermegah-megah dengan persiapan hari raya yang melampau dari segi pakaian, dekorasi rumah, menu dan sebagainya. Pembaziran berleluasa.

2. Bersalaman diantara lelaki dan wanita ajnabi.

3. Beria-ia solat sunat Hari Raya tetapi tidak solat Subuh dan Zuhur.

4. Makan berlebihan.

5. Tabarruj (melampau dalam berhias) bagi wanita.

6. Minta maaf bermusim, hanya pada hari raya sahaja.

7. Tidak mengutamakan menziarahi jiran, saudara-mara, rakan taulan, tetapi sibuk menonton TV di rumah terutamanya bagi generasi muda.

8. Raya sebulan sehinggakan terlupa untuk berpuasa enam dalam bulan Syawal. Padahal dalam Islam, raya aidilfitri hanya sehari. Sebab itulah hanya 1 Syawal sahaja yang diharamkan berpuasa, sedangkan hari raya kedua dan seterusnya sudah boleh mula berpuasa sunat.
Dari Majalah Solusi keluaran Isu 34.

Suasana Di Hari Raya - Asyiela Putri Azhar (Upin dan Ipin) + Lirik Lagu

Assalamualaikum Semua :)

Memandangkan kita dah nak sambut hari raya marilah kita dengar lagu raya yang telah dinyanyikan semula oleh Adik Asyiela Putri. ehh siapa dia ni? kalau nak tahu adik ni merupakan suara latar untuk watak upin dan Ipin musim 4 dan 5 (sekarang) kalau nak tahu lagi Upin dan Ipin telah membuat satu album raya. boleh dapatkan di kedai-keadai sekarang... Okeylah jom kita dengar lagu Suasana Di Hari Raya... yang sebelum ini dinyanyikan oleh Anuar dan Elina... Best sangat versi Upin dan Ipin... Harap-harap lepas ni dorang buat lagu untuk hari kemerdekaan pulak... Apapun Selamat Hari Raya kepada Semua... :)

Suasana Di Hari Raya - Asyiela Putri Azhar

Yey Yey Hari Raya Hari Raya
Hmm Ipin Aku Nak Minta Maaf
Aku Pun Selamat Hari Raya
Raya Raya Raya

Berlalulah Sudah Ramadhan Sebulan Berpuasa
Tiba Syawal Kita Rayakan Dengan Rasa Gembira
Anak Muda Dirantauan Semuanya Pulang Ke Desa
Ibu Dan Ayah Keriangan Bersyukur Tak Terkira

Bertukar  Senyuman Dan Salam Ziarah Menziarahi
Tutur Dan  Kata Yang Sopan Saling Memaafi
Suasana Hari Raya Walau Dimana Pun Jua
Memberikan Ketenangan Dan Mententeramkan Jiwa

Kuih Dan Muih Beraneka Macam Makanlah Jangan Hanya Dipandang
Ketupat  Rendang Sila Nikmati Kawan Penat Memasak  Malam Ke Pagi
Wajik Dan Dodoi Jangan Lupakan Peninggalan Nenek Zaman Berzaman
Asyik Bersembang Pakcik Dan Makcik Hai Duit Raye Lupa Nak Diberi

Betul Betul Betul
Seronoknya Dapat Duit Raye
Haa Kawan-Kawan Jemputlah Makan
Ketupat Dan Rendang Ni Opah Dengan Kak Ros Yang Masak
Semua Kuih Raye Ni Kita Orang Yang Buat
Ada Kuih Samperit, Bahulu, Kuih Tat Pun Ada
Sedap… Sedap Sedap Sedap

Berlalulah Sudah Ramadhan Sebulan Berpuasa
Tiba Syawal Kita Rayakan Dengan Rasa Gembira
Anak Muda Dirantauan Semuanya Pulang Ke Desa
Ibu Dan Ayah Keriangan Bersyukur Tidak Terkira

Kuih Dan Muih Beraneka Macam Makanlah Jangan Hanya Dipandang
Ketupat  Rendang Sila Nikmati Kawan Penat Memasak  Malam Ke Pagi
Wajik Dan Dodioi Jangan Lupakan Peninggalan Nenek Zaman Berzaman
Asyik Bersembang Pakcik Dan Makcik Hai Duit Raye Lupa Nak Diberi

Betul Betul Betul
Kak Ros Jangan Lupa Kasi Duit Raye Tau Hehe
Ipin Ipin Jom Kita Raya Kat Rumah Tok Dalang
Jom Jom Jom Mei Mei, Mail Cepatlah Kita Nak Pergi Berya Ni
Haa Cepat Cepat Seronoknya Raya
Kalau Puasa Penuh Lagi Seronok
SELAMAT HARI RAYA SEMUA….


Sunday, August 28, 2011

Hak-hak Orang Islam #2

Assalamualaikum Semua :)

Entri ini merupakan sambungan dari entri Hak-hak Orang Islam #1 Sebagai seorang muslim kita perlu tahu hak-hak saudara seagama dengan kita agar kehidupan kita menjadi lebih diberkati dan diredhai oleh Allah. Semoga info yang sedikit ini memberi manfaat kepada kita semua... Insya-Allah... teruskan membaca.

Hak-hak Orang Islam #2
Sumber Gambar: Google

4. Janganlah berlagak sombong terhadap sesame muslim. Hendaklah sentiasa merendahkan diri dan menghormati orang lain. Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah telah mewahyukan kepadaku supaya kamu semua merendah diri (tawaduk) sehingga tidak ada seorang pun yang merasa lebih (bangga) di atas yang lain,” (Diriwayatkan oleh Abu Daud dan Ibnu Majah)

5. Tidak perlu mendengar apa-apa yang disampaikan oleh orang lain tentang diri saudara muslimnya dan jangan pula menyampaikan apa yang sudah dilihat atau didengarinya itu kepada orang lain. Dalam hal ini Rasullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
“Tidak dapat masuk syurga orang yang suka menyampaikan berita buruk.” (Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim)

6. Jangan menjauhkan diri daripada mereka yang perlu dijauhi melebihi dari tiga hari walaupun marah. Rasullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
“Tidak halal bagi seseorang muslim itu tidak menegur sapa (meninggalkan) saudaranya lebih dari tiga hari. Keduanya bertemu, seorang berpaling ke sana dan yang lainnya berpaling ke sini. Yang terbaik di antara keduanya itu ialah orang yang mula member salam.” (Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim)

“Aisyah r.a. berkata: “Rasullah s.a.w. itu tidak pernah membalas dendam kepada sesiapapun kalau kesalahan orang itu tertuju kepada dirinya sendiri, kecuali kalau yang dilanggar itu adalah kehormatan Allah atau agama Islam, maka Baginda s.a.w. pasti mengambil tindakkan yang keras, semata-mata mengharapkan keredhaan Allah.”

Dalam sebuah hadis disebutkan yang bermaksud:
“Orang yang suka memaafkan itu akan Allah tambahkan kemuliaannya.” (Diriwayatkan oleh Muslim)
Dari Buku Bimbingan Untuk Mencapai Tingkat Mukmin  Jilid 1.

 P/s: Entri ini mempunyai sambungan 

Saturday, August 27, 2011

Perkara Yang Menyebabkan Syahadah Seseorang Terbatal atau Murtad

Assalamualaikum Semua :)

Bagaimana Syahadah seseorang muslim itu boleh terbatal? Sebagai seseorang yang beragama Islam kita perlu sentiasa menjaga syahadah kita agar tidak terbatal ataupun murtad walau apapun alasan yang diberikan. kerana dengan terbatalnya syahadah kita dan tidak sempat bertaubat dan mati maka sia-sialah amalan kebaikkan yang kita lakukan. Jadi marilah sama-sama kita menjaga syahadah kita dan berdoa agar kita dipeliharakan akidah kita. Message yang dikongsikan kali ini ialah sebab-sebab Syahadah kita boleh terbatal.... baca seterusnya...

Perkara Yang Menyebabkan Syahadah
Seseorang Terbatal atau Murtad
Klik pada image untuk mendapatkan paparan yang lebih besar dan jelas

1. Sujud/tunduk kepada berhala acara pilihan sendiri bukan kerana terpakasa.

2. Menghina atau memperkecil-kecilkan sesuatu yang dimuliakan oleh agama seperti nama Akkah yang mulia. Sifat-sifat Allah, al-Quran, hadis Nabi s.a.w., Hukum syarak, rasul-rasuk, perintah serta larangan-Nya dan sebagainya.

3. Mengucapkan sesuatu ucapan kekafiran yang biasanya dengan ucapan itu menyebabkan orang menyangka ia telah kafir. Atau dengan terang-terang orang itu mengatakan yang dirinya telah menjadi kafir atau keluar daripada Islam, sedangkan hal keadaannya secara ikhtiar (pilihan sendiri, bukan paksaan).

4. Perbuatan-perbuatan lain yang menyebabkan boleh terkeluar daripada Islam seperti mengatakan yang wajib itu sebaliknya. Begitu juga mengatakan yang haram itu halal. Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 217:

Maksudnya: “Sesiapa yang murtad antara kamu daripada agamanya (agama Islam) kemudian mati dalam kekafirannya itu maka gugurlah segala amalan mereka di dunia dan akhirat. Mereka akan menjadi penunggu neraka dan kekal di dalamnya buat selama-lamanya” (Surah al-Baqarah 2: 217)
  Dari Buku Indahnya Hidup Bersyariat 

Friday, August 26, 2011

Ucapan Aidilfitri 1432H

Assalamualaikum Semua :)

Dikesempatan ini saya pemilik blog MSG Cyber ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakan-rakan blogger dan para pengunjung yang beragama Islam. Saya minta maaf sekiranya saya ada melakukan kesilapan sepanjang mengendalikan blog ini. mahupun tersalah dan terkasar bahasa sewaktu memberi komen pada rakan-rakan blogger lain. Semoga hubungan persaudaraan kita ini akan terus terjalin dan berkekalan sampai bila-bila. Kalau sudi marilah dengar lagu raya yang dinyanyikan oleh Ahmad Jais yang bertajuk Selamat Hari Raya. Kepada yang balik kampung berhati-hatilah di jalan raya, Kepada yang akan menduduki peperiksaan sama ada final exam mahupun trial SPM jangan lupa study. Raya tetap raya study mesti juga... :)


 

Hak-hak Orang Islam #1

Assalamualaikum Semua :)

Amat banyak hak-hak seorang muslim itu yang wajib dipenuhi oleh saudaranya sesama Islam. Apakah hak-hak itu? Sebagai seorang muslim kita wajib ambil tahu hal ini kerena jika kita mengabaikan maknanya kita telah mengabaikan hak saudara kita. Semoga entri kali ini memberi manfaat dan panduan kepada kita semua untuk sama-sama menjaga hak sesama saudara Islam.

Hak-hak Orang Islam
Sumber Gambar: Google

1. Mengucapkan salam kepadanya ketika bertemu, memenuhi permintaannya ketika ia mengundang, mengucapkan (tasymit [yarhamukallah] Semoga engkau dirahmati oleh Allah) di waktu ia bersin dan menyatakan Alhamdulillah, menziarahinya ketika ia sakit, menguruskan jenazahnya sewaktu ia meninggal dunia, membenarkan sumpahnya di waktu ia bersumpah, menasihatinya sewaktu ia meminta pandangan serta nasihat, melindungi dan menjaga nama baiknya sewaktu ia ada atau tiada.


2. Cintailah ia sebagaimana kamu mencintai dirimu sendiri, lakukanlah sesuatu yang baik dan menyenangkannya, sebagaimana kita sendiri merasa senang kalau diperlakukan sedemikian, sebaliknya janganlah melakukan sesuatu terhadap dirinya sekiranya kita sendiri tidak suka diperlakukan sedemikian itu oleh orang lain Ingatlah sabda Rasullah s.a.w. Yang bermaksud:
“Perumpamaan orang-orang mukmin dalam cinta mencintai dan kasih mengasihi itu adalah seumpama satu tubuh. Apabila salah satu anggota badan berasa sakit, maka anggota-anggota badan yang lain akan ikut merasa panas badan dan berjaga malam.” 
(Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim)
Baginda s.a.w. bersabda pula, Yang bermaksud:
“Seorang mukmin dengan mukmin yang lain itu bagaikan bangunan yang sebahagiannya mengukuhkan sebahagian yang lain.” 
(Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim)

3. Janga sekali-kali menyakiti sesame saudara Islam, baik dengan ucapan atau perbuatan, sebagaiman sabda Nabi Muhammad s.a.w. Yang bermaksud:
“Orang Islam itu ialah mereka yang menyelamatkan orang Islam yang lain dari lidahnya (ucapan) dan tangannya (perbuatannya). Orang mukmin ialah orang yang mengamankan orang mukmin yang lain atas diri dan harta mereka (yakni tidak pernah mengganggunya) dan orang yang berhijrah ialah orang yang meninggalkan kejahatan dan menjauhinya.” 
(Diriwayatkan oleh Ibnu Majah dan Hakim)

Rasullah s.a.w. bersabda lagi yang bermaksud:
“Tidak dibolehkan seorang muslim itu menakutkan orang muslim yang lain.”
(Diriwayatkan oleh Ibnu Mubarak)
  Dari Buku Bimbingan Untuk Mencapai Tingkat Mukmin  Jilid 1.


 P/s: Entri ini mempunyai sambungan 

Wednesday, August 24, 2011

Definisi Peminangan

Assalamualaikum Semua... :)

Adakah bertunang merupakan satu adat ataupun ianya merupakan syariat? Apakah definisi peminangan itu? untuk mengetahui apa jawapannya teruskan membaca entri ini. Diharap pengkongsian maklumat ini dapat memberi penjelasan kepada kita apa yang dimaksudkan dengan peminangan. Jom baca seterusnya... :)

Definisi Peminangan
Klik pada image untuk mendapatkan paparan yang lebih besar dan jelas

Beberapa orang ahli fiqah berbeza pendapat dalam mendefinisikan peminangan. Antaranya adalah seperti berikut:
Sayyid Sabiq
Peminangan sebagai permintaan untuk mengadakan pernikahan oleh dua orang melalui perantaraan yang jelas. Peminangan merupakan syariat Allah s.w.t. yang harus dilakukan sebelum bernikah agar kedua-dua calon pengantin saling mengetahui.
Dr. Wahbah al-Zuhaili
Peminangan ialah penyataan seorang lelaki kepada seorang perempuan bahawa dia ingin menikahinya, baik terus kepada perempuan tersebut ataupun kepada walinya.
Amir Syariuddin
Penyampaian kehendak untuk melangsungkan ikatan perkahwinan. Peminangan disyariatkan bagi perkahwinan dan wakti pelaksanaannya adalah dalam tempoh sebelum berlangsungnya akad nikah.
Al-Hamdani
Peminangan ertinya permintaan seseorang lelaki kepada anak perempuan orang lainatau seseorang perempuan yang ada bawah perwalian seseorang untuk dikahwini, sebagai pendahuluan sebelum menikah.
Daripada beberapa pendapat di atas, dapat disimpulkan bahawa peminagan ialah proses menyatakan hasrat untuk mengadakan pernikahan yang dilakukan baik secara langsung ataupun melalui wali. Ia dianggap satu ikatan apabila kedua-dua pihak saling bersetuju.

Dari Majalah Solusi keluaran Isu 34.

Monday, August 22, 2011

Sebab-sebab Doa Tidak Diterima

Assalamualaikum Semua. :)

Kita selalu berdoa kepada Allah. tapi kita merasakan doa kita tidak dimakbulkan. Apakah sebabnya doa itu tidak diterima oleh Allah? Message yang hendak dikongsikan disini ialah sebab-sebab doa tidak diterima. Semoga selepas ini kita memperbaiki apa yang patut kita perbaiki dalam diri kita agar doa yang kita pohon diterima oleh Allah. Jom baca seterusnya... :)

Sebab-sebab Doa Tidak Diterima

1. Mengenali Allah tetapi tidak menunaikan suruhan-Nya.

2. Mengatakan cinta kepada Rasul Allah, tetapi meninggalkan sunahnya.

3. Membaca Al-Quran, tetapi tidak beramal dengannya.

4. Makan nikmat Allah, tetapi tidak bersyukur kepada-Nya.

5. Menyatakan syaitan musuhnya, tetapi tidak menentangnya.

6. Mengatakan syurga itu benar, tetapi tidak beramal untuknya.

7. Menyatakan neraka itu benar, tetapi tidak lari daripadanya.

8. Mengatakan mati itu benar, tetapi tidak bersedia untuknya.

9. Bangun daripada tidur lalu menceritakansegala keaiban manusia, tetapi melupakan keaiban diri sendiri.

10. Mengebumikan mayat-mayat (sahabat-sahabatnya) tetapi tidak mengambil iktibar daripada mereka.
  Dari Buku Indahnya Hidup Bersyariat 

Sports - Football : Click Picture to Go Site Page

Best Red yellow
PhotobucketPhotobucket PhotobucketPhotobucket