Text

http://www.msg-cyber.blogspot.com/
Welcome to MSG Cyber
Selamat Datang ke MSG Cyber

Monday, January 31, 2011

Maher Zain - Insya-Allah (Malay Version)



Maher Zain - Insya-Allah (Malay Version)



Andainya
Kau rasa tak berupaya
Hidup sendirian tiada pembela
Segalanya suram, bagai malam yang gelap
tiada bantuan, tiada tujuan...
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu

Insya-Allah..
Insya-Allah..
Insya-Allah..
Ada Jalannya

Andainya
Kesalmu berulang lagi
Bagai tiada ruang untuk kembali
Di Kau keliru atas kesilapan lalu
Membelenggu hati dan fikiranmu
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu

Kembalilah
Kepada yang esa
Yakin padanya, panjatkanlah doa

Oo.. Ya Allah
Pimpinlah daku dari tersasar
Tunjukkan daku ke
jalan yang benar
Jalan yang benar..
Jalan yang benar
Jalan yang benar

Sepi Sunyi Tanpa Cinta



♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥

Sepi Sunyi Tanpa Cinta

Sampai bila harus ku rasai
Erti sebuah kehidupan ini
Pasrahku dengan kenyataan
Impian musnah di pertengahan…

Sepi ku tiada berteman
Umpama pungguk rindu rembulan
Nota ini sebagai luahan
Yang memberi ku kekuatan
Inilah lumrah kehidupan…

Tekadku mengubah perasaaan
Alihkan segala kedukaan
Noktah bukanlah pengakhiran
Permulaan langkah memburu sasaran
Azam tersemat sebagai ukuran…

Cinta itu banyak pengertiannya
Iman yang kuat sebagai senjata
Nikmat yang diberi perlu diguna
Tingkah dan laku harus dijaga
Agar tiada lagi Sepi Sunyi Tanpa Cinta…..


Dari Aku:
MSG CYBER


♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥

Saturday, January 29, 2011

Aku Harap Kau Bahagia



♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥

Aku Harap Kau Bahagia


Alangkah Indah Kita Bermesra,
Keranamu Cinta Ku Berdetik,
Umpama Bahagia Di Syurga,

Hanya Itu Yang Ku Mahu, Namun..
Aku Tidak Bisa Milikinya,
Rapuh Hatiku Tidak Terdaya,
Anganku Hilang Entah Kemana,
Perasaanku Terbiar Beralah,

Ketika Ini Ku Mencari Cahaya,
Agar Hidupku Kembali Menyinar,
Ufuk Timur Hingga Ke Barat Menjadi Tanda,

Berikan Ku Kekuatan Minda,
Agar Semangatku Pulih Semula,
Hanya Pada-Mu Ku Memohon,
Ampunkan Segala Dosa,
Gembirakan Diriku Yang Lara,
Ingin Ku Kembali Ceria,
Aku Harap Kau Bahagia…. Amin…


♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥

Dari Aku:
MSG CYBER

Thursday, January 20, 2011

Kesedihan Dalam Kebahagiaan

Assalamualaikum semua :)


♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥

Kesedihan Dalam Kebahagiaan

Mencari Sinar Baru...
Lupakan Yang Lalu...
Tak Perlu Lagi Memburu...
Jangan Lagi Terburu...

Yang Hilang Akan Berganti..
Yang Datang Mesti Dihargai...
Supaya Hidupmu Lebih Bererti...
Menempuhi Kehidupan Ini...

Jangan Toleh Ke Belakang Lagi...
Semuanya Tinggal Memori...
Usahlah Nak Disesali...
Biarlah Ia Bersemadi Abadi...

Jadikan Kenangan Sebagai Pengalaman....
Jadikan Pengalaman Sebagai Pengajaran...
Jadikan Pengajaran Sebagai Pedoman...
Jadikan Pedoman Sebagai Penguat Iman...

Bukan Kupinta Semua Ini....
Semuanya Untuk Kebaikan Diri....
Janganlah Rasa Bersedih Hati...
Kerana Coretan Ini Penuh Emosi...

Ku Pasti Akan Merasa Kehilangan...
Namun Ku Harapkan Ketenangan...
Untuk Mengharungi Rintangan...
Akhiri Kesedihan Dalam Kebahagiaan....


♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥

Dari Aku:
MSG CYBER

Monday, January 17, 2011

Interpretasi Diri... Tentang Aku (2005)


Interpretasi Diri... Tentang Aku




Interpretasi Diri merupakan tugasan yang telah diberikan oleh Lecturer untuk disiapkan. Interpretasi Diri ini mengisahkan tentang perjalanan hidup aku dari zaman kaank-kanak sehinggalah tugasan ini siap. Bentuk asal tugasan ini adalah dalam bentuk Powerpoint. tapi dengan teknologi yang semakin canggih. aku telah convert Powerpoint ke dalam bentuk Video. Dalam sepanjang Interpretasi Diri ini terdapat sebanyak 156 keping gambar-gambar kenangan dan sebanyak 5 buah lagu telah dimuatkan.



Sambungan



Dari Aku:
MSG

Thursday, January 13, 2011

Mood Sedih :'(

Mood Sedih :'(



Adakah aku EGO setelah aku meluahkan segalanya?

Nangis

Kesedihan ini aku harap tidak berpanjangan....

sedih

Wednesday, January 12, 2011

CONTEST ENTRI PALING KENCANG


Klik Gambar untuk ke Sekencang Angin.
 
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada Semua Pengunjung Blog ni... Sebenanrnya teman saja-saja je nak menyibukkan diri dan disamping memeriahkan penyertaan "CONTEST ENTRI PALING KENCANG". Sebenarnya ENTRI ini tidak la terlalu lama sangat dan tidaklah terlalu baru... Kisah dari ENTRI ini sebenarnya betul-betul berlaku pada teman cuma wataknya teman tukar sebabnya teman minat bebenO kat Naruto dan Dragon Ball... kalau meke nak tahu sebab ape teman minat watak-watak ni ialah sebab semangat dorang yang tidak pernah tahu erti putus asa.... Ok la.. ate nye membebal je teman ni ye.... Kome bace la cerita ni... Jangan lupa FOLLOW teman ye and LIKE FanPage teman... kalau tidak teman bakO kome nanti.... huhu ...

Kisah Goku dan Naruto
  Tips Lupakan Si Dia 

Dalam mencari jalan untuk menghilangkan rasa kecewa di hati, Goku berborak-borak dengan kawan rapatnya yang bernama Naruto. Goku menceritakan masalah dia pada Naruto dengan harapan Naruto dapat memberi beberapa tips untuk dia menghilangkan rasa kecewanya itu.. berikut adalah perbualan mereka.

Goku : Naruto aku sebenarnya suka seseorang awek ni, aku sangat sayang pada dia.

Naruto : Kau dah luahkan ke perasaan kau pada awek tu?

Goku : Aku dah luahkan tapi… (Goku terdiam)

Naruto : Tapi ape?

Goku : Tapi dia hanya mahu aku anggap dia sebagai kawan je.. aku sangat sedih..

Naruto : Oh gitu ke? Aku dulu pun ada rasa macam kau rasa ni… memang susah nak terima orang yang kita sayang tu tolak kita. Meh sini aku kasi ko tips macam mana nak hilangkan kesedihan kau tu…

Goku : Apa tipsnya?

Naruto : Tips ni pun aku search kat internet je.. Hahaha.. Tapi aku rasa ia berguna untuk kau buat masa ni..

Goku : Tak kisahlah asalkan aku dapat hilangkan perasaan aku ni.. Buat apa kita nak ingat kat dia kalau dia tak menghargai diri kita… betul tak?

Naruto : Betul betul betul….

Goku : Tu macam ayat Upin dan Ipin je…

Naruto : Hehehe… Yang baik kita Cilok, Yang buruk kita Blok..

Golu : Aku harap tips yang kau nak kasi ni sangat berguna untuk aku…

Naruto : Insya-Allah… berguna untuk kau. Mula-nula kau mesti Terima Hakikat.
awek yang kau minat tu tak suka kau. Kau perlu belajar untuk menerima kenyataan bahawa pertemuan akan berakhir dengan perpisahan dan perpisahan adalah permulaan kepada pertemuan.

Goku : Ya.. aku akan cuba… terima hakikat. Lagi

Naruto : kedua, kau Melarikan diri..

Goku : Takkanlah sampai nak melarikan diri kot… taknak la aku lari.. kalau guna awan terbang bolehkan?

Naruto : Hahaha.. macam-macam la ko ni… buat lawak lak… pada aku Siapa kata melarikan diri tidak menyelesaikan masalah? Memang melarikan diri tidak akan menyelesaikan masalah sepenuhnya tetapi ia dapat mengurangkan tekanan kau . Cuba kau pergi ke satu tempat yang agar jauh dari tempat kau dan rehatkan minda kau . Tapi jangan laaa.. kau buat kerja gila pergi panjat menara lepas tu terjun… kau kena ingat kau nak selesaikan masalah bukannya nak menambah masalah…

Goku : Menjauhkan diri la ni? Takkan la aku nak terjun menara kot.. kalau guna paying terjun pun aku piker berkali-kali. Lagipun buat apa nak terjun bunuh diri… lebih baik aku terjun kolam mandi. Lagi syok…. Hehehe… seterusnya apa lagi?

Naruto : Yup. Tapi kau ni sebenarnya tengah sedih ke tak ni?

Goku : Sedih la bro.. asal kau Tanya aku macam tu?

Naruto : Dah aku tengok kau boleh buat lawak lagi…

Goku : Luar je kau tengok aku macam ni tapi kat dalam hati hanya tuhan yang tahu… nak menghiburkan hati la katakana.

Naruto : Tu pun salah satu cara untuk hilangkan kesedihan.. buat lawak kasi ketawa… tapi jangan lebih pulak. Nanti orang hantar kau ke Tanjung Rambutan lak… Okeylah.. tips seterusnya Luahkan perasaan kau kepada sahabat karib kau. sekurang-kurangnya dengan meluahkan perasaan, kau akan dapat menghilangkan tekanan kau tu. Kau tahukan sahabat yang baik sentiasa bersama kau dalam apa keadaan pun sama ada waktu kau senang mahupun waktu kau susah…

Goku : Macam aku buat sekarang ni la… luahkan pada kau..

Naruto : Hehehe ye ke.. kiranya aku ni sahabat karib kau la… tq bro.. terharu aku. Ada juga orang hargai aku… ni yang bertambah semangat nak kasi tips ni… seterusnya kau pula mendengar luahan sahabat kau tu sekurang-kurangnya kau tahu bahawa kau bukan seorang sahaja menerima nasib yang teruk.

Goku : Huhuhu…. Welcome bro.. Kalau macam tu kau ceritalah kat aku pengalaman kau tu. Kaukan sahabat aku.

Naruto : Aku punya cerita panjang sangat la bro… tapi aku dah tulis dalam diari aku.. nanti aku kasi kau baca… aku dah siap buat hard cover macam tesis aku dulu. Hehehe malas aku nak cerita nanti aku menangis lak…

Goku : Laa, takkanlah sampai nak menangis pulak?

Naruto : Biasa bro, dalam hati ada taman..

Goku : Jiwang betul la kau ni.. hihihi.. ada lagi ke tips yang kau nak kongsikan dengan aku?

Naruto : Eleh macam la kau tu tak jiwang? Kalau tak, takkanlah kau mintak tips dari aku… Okeylah kalau kau masih tak dapat nak hilangkan kesedihan dan masih teringat awek kau tu apa kata kau cuba ingat dekat orang lain ... ahli keluarga ke , artis ke , idola ke , tapi kalau boleh jangan cuba untuk teringatkan kawan sejantina kau .. bahaya tu karang jadi lain lak. Tapi aku nasihatkan lebih baik kau ingat pada yang menciptakan kita. Iaitu Allah S.W.T. Kau mintalah pentunjuk pada-Nya. Mudah-mudahan hidup kau lebih tenang,

Goku : Hahaha… aku masih sihat otak.. semoga dijauhkan dari perkara songsang tu… Tapi aku sokong 100% bahawa kita mesti kembali kepada Allah… Kau ada tak doa-doa yang boleh kita amalkan? Dah abis ke tips dari kau?

Naruto : Hehehe… aku pun harap di jauhkan dari perkara songsang tu… kalau ikutkan apa yang aku baca ada satu lagi… tapi pada aku yang ni tak penting sangat kot.. Pasal doa tu rasanya ada…

Goku : Apa dia? Mana tahu aku boleh pratikkan..

Naruto : Kalau kau pernah dapat hadiah kau buangkan je… takpun kau pulangkan pada dia. Tapi pada aku lebih baik simpan je. Macam mana orang lain nak hargai kita sedangkan kita tak mahu menghargai pemberian orang…

Goku : Hadiah.. erm rasanya takde kot.. sebab tarikh besday aku pun dia lambat wish… tu pun setelah aku bagi tahu.. huhuhu…

Naruto : Hahaha… Tu maknanya dia memang takde perasaan pada kau… lebih baik kau lupakan dia…

Goku : Tapi dia baik, dia terus terang, dia jujur dan dia terima berkawan dengan aku walaupun aku ni tak sempurna.

Naruto : Kalau macam tu kau kena perbanyakkan berdoa semoga Allah berikan kau petunjuk.

Ya Allah, lenyapkan kesusahan dan kesedihanku

Goku : Terima kasih bro… sebab kasi aku tips yang berguna ni… aku rasa lebih bersemangat untuk menghadapi semua ini…

Naruto : Sama-sama. Hari ni kau ditimpa masalah mana tahu lain kali aku lak ke… hidup nikan ibarat roda. Pasal awek yang kau minat tu. Kau biarkanlah dia.. biar dia sendiri yang menilai keikhlasan kau… seeloknya kau buat macam biasa je.. kau pendamkan je perasaan kau tu… mungkin dia keliru kot. Takpun dia belum puas enjoy.. kalau dia dah leh terima kau dia sendiri akan datang cari kau… biasalah bro perempuan jual mahal… sabar, Sabar dan terus bersabar. Lu fikirlah sendiri okey.

Goku : Yup.. betul tu.. Sabar sabar dan terus bersabar…

Setelah selesai mereka berborak, mereka pun kembali berlatih dan menunjukkan kuasa masing-masing.






Photobucket


"Yang Baik Kita CILOK, 
Yang Buruk Kita BLOCK" 

Dari Aku:  MSG Cyber

Monday, January 10, 2011

CUMA SEORANG TEMAN

Cuma Seorang Teman

MADAH CINTA KITA.....

Madah Cinta Kita...

♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥





Setulus Cintaku...
Semurni Kasihmu...

Setinggi Harapanku.....
Seteguh Hatimu...

Seuntai Janjiku...
Tersemat Di Jiwamu....

Atas Nama Cintaku...
Ku Zahirkan Untukmu...

Seluruh Jiwa Ragaku....
Kan Ku Hadiahkan Padamu....

Hamparan Kasih Yang Lembut Berbaldu,
Akan ku Hias di Kamar Hatimu...

Dengan Cahaya Rinduku..
Ku Pancarkan Ke Lubuk Hatimu...

Sinar Mentari Mesra Bertamu...
Hadirnya Di Kala Hidupku Kesepian...

Kau Sambut Dengan Penuh Kemesraan....
Ku Terima Dengan Keikhlasan....

Perasaan Suci Yang Tiada Batasan.....
Membuat Aku Bahagia Bersamamu....

Tidak Mampu Untuk Ku Lupa Saat dan Detik Itu...
Ku Simpan Semuanya Dalam Dairi Hidupku...

Untuk Panduan Di Hari-hari Bahagia Bersamamu....
Bahagia Kita Dirantai Oleh Setia....

Walau Apa Yang Melanda, Tetap Kita Di Atas Bahtera Cinta.....
Semoga Bahtera Ini Membawa Kita Ke Syurga....

Keizinan Dari-Nya Jua Yang Aku Pinta....
Untuk Meraikan Percintaan Kita Berdua..

Seluruh Alam Bernyanyi Riang Tanda Gembira,
Teruskanlah Bermadah Cinta...

Selagi Nafas Berombak Di Dada,
Selagi itu Kau Ku Puja...

Dah Tak Tahu Nak Kata Apa,
Yang Ku Tahu Apa Yang Ku Rasa...

Cinta Itu Tiada Noktahnya....



♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥


Nukilan bersama :

♥ ابڠ چيق ♥ Azlin Ainochikara ♥ Mohd Zamha Abdul Wahab ♥ Bil Av ♥

Thursday, January 06, 2011

Tuesday, January 04, 2011

Doa Perpisahan

Doa Perpisahan - Brothers


 
Pertemuan Kita Di Suatu Hari
Menitiskan Ukhwah Yang Sejati
Bersyukurku Ke Hadrat Ilahi Di Atas Jalinan Yang Suci

Namun Kini Perpisahan Yang Terjadi
Dugaan Yang Menimpa Diri
Bersabarlah Di Atas Suratan
Ku Tetap Pergi Jua

Kan Ku Utuskan Salam Ingatanku
Dalam Doa Kudusku Sepanjang Waktu
Ya Allah Bantulah Hamba Mu

Mencari Hidayah Daripada Mu
Dalam Mendidikkan Kesabaranku
Ya Allah Tabahkan Hati Hamba Mu
Di Atas Perpisahan Ini

"Teman Betapa Pilunya Hati Menghadapi Perpisahan Ini.
Pahit Manis Perjuangan Telah Kita Rasa Bersama. Semoga
Allah Meredhai Persahabatan Dan Perpisahan Ini. Teruskan
Perjuangan"

Kan Ku Utuskan Salam Ingatanku
Dalam Doa Kudusku Sepanjang Waktu
Ya Allah Bantulah HambaMu

Senyuman Yang Tersirat Di Bibirmu
Menjadi Ingatan Setiap Waktu
Tanda Kemesraan Bersimpul Padu
Kenangku Di Dalam Doamu

Semoga Tuhan Berkatimu

Hilang Dalam Ramai

Exist (Ezad)




Ku Hilang Dalam Ramai
Di Kala Hujan Renyai
Tangis Ku Tahankan Berderai
Tangis Di Genangan Berderai

Ku Hilang Dalam Ramai
Tangan Ku Hulur Longlai
Hasrat Ku Simpan Tak Tercapai
Tergapai..

Kau Berpaling Dan Pergi
Membuat Ku Sangsi
Bunga Mawar Bersusuk Duri

Kau Berpaling Dan Pergi
Mencuri Nurani
Ku Berpaut Bayang Sendiri

Uhh.. Hilai Ketawa
Tak Terdengar
Jelas Sempat Terakam
Deru Tangisan
Rintihan Panjang
Entah Dari Manakah.. Datang
Uhh.. Bagai Gelombang..

Menghukum Aku..
Tanpa Kasihan

Sunday, January 02, 2011

Bisikkan Hati

Dalam gelap ku sendirian
ditemani cahaya suram
yang menebusi kamarku
aku memikirkan sesuatu
yang membuat aku celaru
Adakah aku cemburu
atau aku mesti terus memburu?

Cinta memang sengsara
saat dirimu menyepikan diri
telah membuatku tidak keruan
padamu aku hanya seorang kawan
yang memberi semangat pada dirimu
namun adakah dirimu memberi semangat padaku?
aku hilang arah bila kau biarkan aku sendiri.


Aku sangat tidak mengerti
aku, kau lakukan seolah
kau hadir padaku
saat kau perlukan semangat dariku
Aku ibarat jam tangan
hanya dilihat bila perlu
walaupun ianya sentisa berada
di lengan tanganmu.

Adakah cinta itu perlu dicari?
atau perlu menanti kehadirannya?
memberi peluang untuk
mencintai dan dicintai
adakah satu langkah mendapatkan cinta?

Sports - Football : Click Picture to Go Site Page

Best Red yellow
PhotobucketPhotobucket PhotobucketPhotobucket

Blog Untuk Download