Text

http://www.msg-cyber.blogspot.com/
Welcome to MSG Cyber
Selamat Datang ke MSG Cyber

Monday, October 17, 2011

Hikmah Bersumpah

Assalammualaikum Semua :)
Pernahkah anda melafazkan sumpah? Sebab apa anda bersumpah? Tahukah anda apa Hikmah disebalik bersumpah? Untuk mengetahuinya baca entri ini.. Kali ini saya hendak kongsikan Hikmah bersumpah semoga selepas ini kita lebih faham apa dia sumpah.


Hikmah Bersumpah
Klik pada image untuk mendapatkan paparan yang lebih besar dan jelas

Hikmah bersumpah amat banyak, antaranya untuk menguatkan dan menambahkan lagi kepercayaan orang yang bersumpah, dan menunjukkan bahawa beliau tidak berdusta dengan perkhabarannya. Antara hikmahnya yang lain ialah:
I. Penguat keazaman orang yang bersumpah pada dirinya atau perbuatan sesuatu yang dia bimbang melakukannya atau meninggalkannya.

II. Menguatkan tuntutan daripada orang yang dituju sumpahnya itu atau selainnya, begitu juga untuk menggesanya bagi melakukan sesuatu atau menegahnya.

III. Menguatkan perkhabaran, mensabitkan atau menafikannya.
Dalam al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah menyebut, antara hikmahnya untuk menyelesaikan persengketaan dan menghilangkan pertengkaran dalam dakwaan.

Hal ini bertepatan dengan perbuatan Nabi s.a.w. yang bersabda kepada orang yang dituduh, yang bermaksud:
“Bersumpahlah dengan Allah; tiada Tuhan yang sebenarnya kecualai Dia, apa yang baginya di sisi kamu sesuatu.”

Entri Ini Mempunyai Sambungannya...

  Dari Majalah Solusi keluaran Isu 36.

Sunday, October 16, 2011

Kisah Katak

Assalammualaikum Semua :)

Apa Khabar? Harap semuanya baik-baik je... Entri kali ini saya hendak kongsikan sebuah lagi kisah yang boleh dijadikan pengajaran. Kisah kali ini tentang katak. Siapa yang geli dengan katak sila senyum.. Bagus terima kasih sebab anda senyum.. hehe... Oklah jom kita baca seterusnya.. Semoga kisah ini memberi pengajaran kepada kita... Insya-Allah... Jangan lupa kongsikan pandangan anda setelah habis membaca kisah ini. :)

Kisah Katak
Sumber Gambar: Majalah Solusi Isu 36


Sekumpulan katak berkumpul mengelilingi sebuah perigi yang separuh siap.

Dua ekor katak terperangkap di dalam perigi itu, akibat tidak berhati-hati ketika melompat.

Mereka melihat ke dalam mana perigi tersebut. Ternyata terlalu dalam. Pantas mereka sepakat sudah tiada harapan.

“Kamu tawakal saja la. Mungkin ini nasib kamu!” jerit katak dari atas kepada dua ekor katak di dalam perigi itu.

“Kami pun tidak tahu macam mana kami nak bantu kamu naik ke atas,” kata katak lain.

“Itulah kamu, kenapa cuai sangat. Ini padahnya tidak berhati-hati. Kalaulah kamu betul-betul semasa melompat, takkan jadi tragedy macam ni,” tambah katak yang lain.

Namun kedua-dua ekor katak itu tetap berusaha naik ke atas ddengan melompat. Masih gagal. Dari atas terus kedengaran suara-suara yang hanya membunuh harapan mereka.

Setelah agak lama mencuba, salah seekor katak berputus asa. Badannya sakit-sakit dan lenguh-lenguh akibat melompat tidak henti-henti. Tenaganya pula semakin lemah. Dia hanya mampu tersandar pada dinding perigi. Ditambah pula semangatnya lumpuh dek kata-kata yang tidak memberangsangkan dari atas.

Tidak berapa kemudian, dia pun mati. Mati katak. Kumpulan katak-katak di atas hanya mampu melihat.

Melihat rakannya telah mati, katak yang seekor lagi meneruskan usaha melompat.

“Kamu tak Nampak ke kawan kamu tu dah mati? Kamu pun nanti akan menyusul sama!”

“Simpan saja tenaga kamu. Membazir je kamu melompat-lompat.”

“Buat kali terakhir, kamu ingin makan apa? Kami akan bawakan.”

Begitulah pelbagai teriakkan kedengaran dari atas. Namun katak itu tidak mempedulikannya. Dia terus melompat. Akhirnya seperti ada satu semangat baru, katak itu melompat begitu tinggi dan Berjaya keluar.

Takjub melihat apa yang berlaku, seekor katak menemu ramahnya: “Kenapa kamu tetap melompat walaupun kami sudah menyuruh kamu menerima takdir yang kamu mungkin akan mati seperti kawan kamu?”

“Sebenarnya telinga saya kurang dengar. Saya ingatkan kamu semua member semangat kepada saya untuk terus berusaha melompat. Saya melihat mulut kamu semua menjerit sesuatu, seolah-olah member semangat kepada saya. Sebab itu saya terus berusaha, tidak mahu mengecewakan kamu semua.”

Pengajaran: You’re what you think. Kadangkala, tersalah sangka juga ada manfaatnya, terutamanya apabila kita menyangka niat seseorang yang jahat itu sebenarnya baik untuk kita, lalu kita mendapat manfaat daripadanya.
 Dari Majalah Solusi keluaran Isu 36.

Wednesday, October 12, 2011

Doa Agar Memiliki Otak Yang Cerdas

Assalammualaikum Semua :)

Hari ini saya hendak kongsikan doa supaya kita memiliki otak yang cerdas. Semoga orang yang mengamalkannya akan mudah faham dan kuat daya ingatan, Doa ini sesuai diamalkan oleh pelajar-pelajar yang hendak menduduki peperiksaan malah kepada pekerja-pekerja. Apabila otak cerdas maka secara tidak langsung idea-idea yang dikeluarkan juga bernas. Mudah-mudahan pengkongsian ini memberi manfaat kepada kita semua. Amin.. Insya-Allah...

Doa Agar Memiliki Otak Yang Cerdas
Klik pada image untuk mendapatkan paparan yang lebih besar dan jelas

Maksudnya:
“Ya Allah, dengan hikmah-Mu, bukakanlah kepada kami pintu-pintu pemahaman. Tebarkanlah kepada kami kasih-Mu dan ingatkanlah kami akan hal yang kami lupa, wahai Zat Yang Maha Agung dan Maha Mulia. Ya Allah, sungguh kami titipkan ilmu yang telah Engkau ajarkan kepada kami, maka kembalikanlah ilmu itu pada kami saat kami memerlukannya dan jangan jadikan kami lupa akan ilmu tersebut, wahai Tuhan semesta alam. Ya Allah, ilhamkanlah kepada kami ilmu yang mampu membuat kami memahami segala perintah dan larangan-Mu, anugerahkanlah kepada kami pemahaman seperti pemahaman para nabi, kehebatan daya ingat para rasul, serta cepatnya ilham layaknya para malaikat. Ya Allah, muliakanlah kami dengan cahaya ilmu dan cepatnya pemahaman, keluarkanlah kami dari gelapannya keraguan dan kebodohan, bukakanlah kepada kami pintu rahmat-Mu dan ajarkanlah kepada kami rahsia-rahsia hikmah-Mu, wahai Tuhan semesta alam.”
 Dari Buku Doa dan Amalan Berjaya di Sekolah & Kerjaya.

Sports - Football : Click Picture to Go Site Page

Best Red yellow
PhotobucketPhotobucket PhotobucketPhotobucket

Blog Untuk Download