Text

http://www.msg-cyber.blogspot.com/
Welcome to MSG Cyber
Selamat Datang ke MSG Cyber

Sunday, October 16, 2011

Kisah Katak

Assalammualaikum Semua :)

Apa Khabar? Harap semuanya baik-baik je... Entri kali ini saya hendak kongsikan sebuah lagi kisah yang boleh dijadikan pengajaran. Kisah kali ini tentang katak. Siapa yang geli dengan katak sila senyum.. Bagus terima kasih sebab anda senyum.. hehe... Oklah jom kita baca seterusnya.. Semoga kisah ini memberi pengajaran kepada kita... Insya-Allah... Jangan lupa kongsikan pandangan anda setelah habis membaca kisah ini. :)

Kisah Katak
Sumber Gambar: Majalah Solusi Isu 36


Sekumpulan katak berkumpul mengelilingi sebuah perigi yang separuh siap.

Dua ekor katak terperangkap di dalam perigi itu, akibat tidak berhati-hati ketika melompat.

Mereka melihat ke dalam mana perigi tersebut. Ternyata terlalu dalam. Pantas mereka sepakat sudah tiada harapan.

“Kamu tawakal saja la. Mungkin ini nasib kamu!” jerit katak dari atas kepada dua ekor katak di dalam perigi itu.

“Kami pun tidak tahu macam mana kami nak bantu kamu naik ke atas,” kata katak lain.

“Itulah kamu, kenapa cuai sangat. Ini padahnya tidak berhati-hati. Kalaulah kamu betul-betul semasa melompat, takkan jadi tragedy macam ni,” tambah katak yang lain.

Namun kedua-dua ekor katak itu tetap berusaha naik ke atas ddengan melompat. Masih gagal. Dari atas terus kedengaran suara-suara yang hanya membunuh harapan mereka.

Setelah agak lama mencuba, salah seekor katak berputus asa. Badannya sakit-sakit dan lenguh-lenguh akibat melompat tidak henti-henti. Tenaganya pula semakin lemah. Dia hanya mampu tersandar pada dinding perigi. Ditambah pula semangatnya lumpuh dek kata-kata yang tidak memberangsangkan dari atas.

Tidak berapa kemudian, dia pun mati. Mati katak. Kumpulan katak-katak di atas hanya mampu melihat.

Melihat rakannya telah mati, katak yang seekor lagi meneruskan usaha melompat.

“Kamu tak Nampak ke kawan kamu tu dah mati? Kamu pun nanti akan menyusul sama!”

“Simpan saja tenaga kamu. Membazir je kamu melompat-lompat.”

“Buat kali terakhir, kamu ingin makan apa? Kami akan bawakan.”

Begitulah pelbagai teriakkan kedengaran dari atas. Namun katak itu tidak mempedulikannya. Dia terus melompat. Akhirnya seperti ada satu semangat baru, katak itu melompat begitu tinggi dan Berjaya keluar.

Takjub melihat apa yang berlaku, seekor katak menemu ramahnya: “Kenapa kamu tetap melompat walaupun kami sudah menyuruh kamu menerima takdir yang kamu mungkin akan mati seperti kawan kamu?”

“Sebenarnya telinga saya kurang dengar. Saya ingatkan kamu semua member semangat kepada saya untuk terus berusaha melompat. Saya melihat mulut kamu semua menjerit sesuatu, seolah-olah member semangat kepada saya. Sebab itu saya terus berusaha, tidak mahu mengecewakan kamu semua.”

Pengajaran: You’re what you think. Kadangkala, tersalah sangka juga ada manfaatnya, terutamanya apabila kita menyangka niat seseorang yang jahat itu sebenarnya baik untuk kita, lalu kita mendapat manfaat daripadanya.
 Dari Majalah Solusi keluaran Isu 36.

4 comments:

  1. kan bagus kalu telinga mcm 2 xyah dengar yg negatif..

    ReplyDelete
  2. betul tu.. sokong statement last skali tu...

    ~ gwli katak! huhu

    ReplyDelete
  3. @gigitjari Yang tak bagusnya kalau dapat kawan-kawan atau orang sekeliling kita yang tidak memberi galakkan dan semangat di masa kita memerlukannya... ;))

    ReplyDelete
  4. @Cik Nurul Geli ek... :D Yang penting kita tidak terpengaruh dgn kata-kata orang yang melemahkan semangat kita... cian katak yang mati tu... hehe

    ReplyDelete

MSG-Zone

Sports - Football : Click Picture to Go Site Page

Best Red yellow
PhotobucketPhotobucket PhotobucketPhotobucket