Oleh Rohaniza Idris
Landskap tropika sesuai di desa kerana dikeliling pelbagai tanaman
LANDSKAP atau seni taman sebenarnya bukan hanya sesuai untuk rumah di bandar atau kawasan yang mempunyai ruang laman yang besar.
Bagi rumah tradisi, soal seni taman dan landskap biasanya tidak dititik beratkan walaupun ia antara keperluan yang perlu diambil kira tambahan pula lamannya luas kerana terletak di luar bandar.
Katanya, konsep laman yang sesuai untuk landskap laman di kampung atau rumah tradisi adalah seperti nusantara, bali dan tropika.
“Lagipun, tidak sesuai jika konsep moden dipadankan dengan rumah tradisi. Untuk rumah tradisi, biasanya kita gunakan banyak pokok kerana lokasi sekelilingnya mempunyai banyak tanaman.
Keliling rumah ditutupi pepohon seperti puding dan calathea. |
“Bagi laman hadapan rumah, gabung pohon berbunga dan daun sangat sesuai ditanam manakala untuk laman di belakang rumah, pepohon yang berbuah, sayuran dan herba untuk kegunaan harian,” katanya.
Bagi menghias laman ruang depan mengikut konsep tropika yang menjadi pilihan masa kini, beliau mencadangkan supaya pokok seperti Heliconia, Puding, Paku Pandan, Rheo Discolor dan Calathea Lutea.
Mengindahkan laman, pohon berbunga seperti jejarum dan carphalea kirondron, kemboja juga sesuai ditanam begitu juga pokok seperti ulam raja dan misai kucing.
Apa yang penting, kata Mohd Ariffin gabungan pokok mestilah mengikut hirarki, iaitu ada pokok besar, kecil, renek supaya laman nampak lebih ‘hidup’. Konsep tropika lebih mudah untuk dihias kerana ia hanya memerlukan gabung pohon berdaun dan sedikit pohon berbunga.
Pemijak kaki dari batu sungai di kaki tangga. |
Batu-batu sungai dan kelikir berwarna putih atau warna asalnya juga sesuai menghias batu atau taman tempat pepohon ditanam.
Untuk menghias kawasan sekitar tangga rumah letakkan pemijak kaki daripada batu sungai dan kelikir kecil manakala pepohon ditanam rapat dengan rumah bagi menaikkan seri rumah serta menghasilkan suasana sejuk.
Bagi yang suka pasu dan tempayan besar boleh juga diletakkan di depan rumah atau berhampiran tangga, namun jika boleh elakkan penggunaan pasu besar untuk menanam pokok atau diaturkan pasu kerana ia agak ketinggalan zaman. Namun, ia bergantung kepada cita rasa pemilik rumah.
Bagi rumput pula, yang sesuai adalah jenis mutiara atau rumput padang ragut, namun sesekali tidak salah mencuba rumput Filipina atau rumput permaidani.
No comments:
Post a Comment
MSG-Zone