Text

http://www.msg-cyber.blogspot.com/
Welcome to MSG Cyber
Selamat Datang ke MSG Cyber

Wednesday, March 07, 2012

Kerbau dan Keldai

Assalamualaikum Semua

Entri kali ini saya hendak kongsikan kisah kerbau dan keldai, semoga kisah ini memberi pengajaran dan manfaat kepada kita semua.. Yang baik kita jadikan panduan dan yang buruk kita ketepikan dan jadikan pengajaran yang berguna. Insya-Allah... :) Selamat membaca...


Kerbau dan Keldai
Sumber Gambar: Majalah Solusi isu 40

Di sebuah ladang terdapat seekor kerbau dan seekor keldai yang membantu petani mengerjakan kerbun sayur . Mereka berdua bekerja keras saban hari dibawah terik matahari, enam hari seminggu .

Si kerbau yang kepenatan mencadangkan sesuatu kepada si keldai :

Kerbau : "Apa kata esok kita berpura-pura sakit? Bolehlah kita berehat"

Keldai : "Eh , mana boleh ! Engkau tak nampak masih banyak lagi kerja kita yang belum selesai?"

Kerbau : "Alaa, berehat sehari pun cukuplah"

Keldai : "Terpulanglah pada engkau, aku akan bekerja seperti biasa"

Keesokann harinya, si keldai bekerja sendirian. Melihat si kerbau lemah tidak bermaya, pemiliknya memberikannya rumput segar untuk diragut. Sebaik melihat keldai balik dari ladang, si kerbau bertanya:

Kerbau : "Bagaimana hari ini? Penat?"

Keldai : "Mestilah penat, aku bekerja seorang diri hari ni"

Kerbau : "Banyak kerja yang engkau dapat siapkan?"

Keldai : "Sedikit saja, aku bukannya gagah perkasa macam engkau"

Kerbau : "Tuan ada cakap apa-apa pasal aku?"

Keldai : "Tak ada"

Keesokan harinya si kerbau curi tulang lagi. Alasannya kurang sihat . Sebaik melihat keldai pulang, si kerbau bertanya :

Kerbau : "Engkau okey? Bagaimana kerja engkau hari ini?"

Keldai : "Aku penatlah, sedikit saja kerja aku boleh siapkan"

Kerbau : "Tuan ada cakap apa-apa pasal aku?"

Keldai : "Tak ada, tapi aku ada dengar tuan berbincang sesuatu dengan tukang sembelih tadi"

Gulp ! Si kerbau mengelabah

Pengajaran : Sikap terlalu kerap memberi alasan agar dapat melepaskan diri daripada sebarang tugasan hanya akan memudaratkan diri sendiri.  

 Dari Majalah Solusi keluaran Isu 40.



No comments:

Post a Comment

MSG-Zone

Sports - Football : Click Picture to Go Site Page

Best Red yellow
PhotobucketPhotobucket PhotobucketPhotobucket