Text

http://www.msg-cyber.blogspot.com/
Welcome to MSG Cyber
Selamat Datang ke MSG Cyber

Tuesday, June 14, 2011

Soleh Vs Toleh

Assalamualaikum dan Salam Perpaduan.... :)

Soleh? Toleh? adalah sifat yang berlainan. Soleh mungkin ramai yang mengetahui maksudnya dan tahu apakah ciri-cirinya tapi bagaimana dengan toleh? Ok, Message kali ini adalah berkaitan dengan sifat Mahmudah iaitu Soleh dan lawannya Mazmumah yakni Toleh. Mari kita selami apa perbezaan keduanya. dan kita dapat menilai dimanakah kita. Mudah-mudahan bahan ini dapat membantu kita mengenali diri kita sama ada Soleh atau Toleh... Semoga kita mempunyai Sifat yang Soleh.. Amin... Moh le kite membacanya...

Mahmudah (Soleh) vs Mazmumah (Toleh)
Klik pada image untuk mendapatkan paparan yang lebih besar dan jelas

Mahmudah (Soleh)

Soleh didefinisikan sebagai taat pada perintah Allah. Dalam al-Quran, perkataan soleh biasa dikaitkan dengan iman. Allah berfirman dalam beberapa ayat dan surah yang berlainan, maksudnya: “Dan orang Mukmin dan beramal soleh….”

Bugarkan cirri soleh dalam diri dengan kelebihan dan kebaikan yang dijanjikan Allah buat orang soleh. Antaranya:
1. Dijanjikan syurga dan kenikmatannya yang tidak terbayang oleh manusia.

2. Diampunkan dosa-dosa.

3. Diberikan ganjaran yang besar.

4. Diberikan kesudahan yang baik.

Ciri-ciri kesolehan ini amat penting dititikberatkan dalam pemilihan sahabat, pasangan hidup, pemimpin dan sebagainya. Teman yang baik misalnya akan membawa kebaikan dan mampu berperanan mengingatkan kita kepada Islam. Malah Rasullah s.a.w. sendiri pernah mengumpamakan teman yang soleh itu ibarat penjual minyak wangi, wangian yang dijualnya boleh melekat pada sahabatnya walau tidak menggunakan wangian itu.

Bergaul dengan orang soleh amat dituntut dalam Islam. Perilaku orang soleh boleh dicontohi, kata-katanya berupa nasihat yang membina, hatinya tiada sekelumit pun sifat mazmumah terhadap orang di sekitarnya malah lihat wajahnya mengingatkan betapa indahnya menjadikan Islam sebagai cara hidup secara tuntas.

Seorang hukama ada menyatakan bahawa seseorang yang duduk bersama orang soleh pasti akan mendapat berkat . Lagikan anjing yang setia menemani tuannya dalam kisah Ashab al-Kahfi pun diabadikan kisahnya dalam al-Quran, apatah lagi manusia. Manfaat tersebut meliputi manfaat duniawi dan ukhrawi.

Mazmumah (Toleh)

To;eh pula antonym bagi perkataan soleh. Tindak-tanduk si toleh selalu bercanggah dengan ajaran al-Quran dan Sunnah.

Si toleh biasanya tidak bertahan lama andai bergaul dengan orang soleh. Ibarat minyak dan air, walau masih berada dalam satu bekas, hakikatnya unsure kedua-duanya terpisah. Terasa ingin menjauhkan diri, tidak selesa berada dekat malah pelbagai sifat mazmumah bersarang dalam hati.

Benarlah sabda Rasullah s.a.w. yang bermaksud: “Roh-roh itu ibarat tentera yang saling berpasangan, yang saling mengenali sebelumnya akan bersatu dan yang saling mengingkari akan berselisih.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Riwayat hidup orang yang toleh atau ingkar termaktub segar dalam sejarah terutamanya sejarah yang disampaikan melalui al-Quran. Jejak-jejak mereka masih boleh ditelusuri atas peta geografi mahupun dalam al-Quran dan buku-buku. Kisah mereka mempunyai kesudahan yang sama, “ganjaran” yang setimpal dengan keingkaran mereka.

Berbeza dengan orang soleh, orang toleh amat busuk hatinya. Dia bukan sahaja berasa lazat bergelumang dengan maksiat, bahkan orang yang ada di sekitarnya turut dijemput sama bermaksiat. Hidupnya dipenuhi dengan agenda amar mungkar nahi makruf.

Ali bin Abi Thalib r.a. berkata: “Hati-hatilah kalian dalam memilih teman. Sesungguhnya teman adalah bekal di dunia dan di akhirat.

Semoga Allah menjauhkan kita daripada pengaruh sahabat toleh, yang bangga mencanang dan tidak segan silu mempromosikan maksiat.


Dari Majalah Solusi keluaran Isu 30.

8 comments:

MSG-Zone

Sports - Football : Click Picture to Go Site Page

Best Red yellow
PhotobucketPhotobucket PhotobucketPhotobucket

Blog Untuk Download