Text

http://www.msg-cyber.blogspot.com/
Welcome to MSG Cyber
Selamat Datang ke MSG Cyber

Wednesday, August 22, 2012

Puasa Qada Atau 6 Syawal?

Assalamualaikum Semua :)

Entri ini berkenaan puasa qada atau puasa sunat 6 Syawal, yang mana patut didahulukan. untuk mengetahui teruskan membaca.. mudah-mudahan memberi pencerahan kepada kita. Insya-Allah.. 


PUASA QADA ATAU 6 SYAWAL?

Mana yang perlu diutamakan; Puasa Qada atau Puasa Enam bulan Syawal? Berikut adalah tiga pandangan berkenannya:

1. Puasa qada dahulu kemudian ouasa sunat Syawal.

Dalil:
Nabi s.a.w. bersabda, maksudnya:
“Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan dan diikuti dengan enam hari pada bulan Syawal, maka akan mendapat pahala sepabjang tahun.” (Riwayat Muslim)

Huraian:
Hadis ini menyatakan bahawa perlu mengganti puasa Ramadan dahulu kenudian dilengkapkan dengan puasa sunat Syawal.

2. Puasa sunat Syawal dahulu, kemudian puasa qada.

Dalil:
Berdasarkan dalil bahawa Aisyah pernah mengakhirkan hutang puasa Ramadan yang perlu diqada sehingga bulan Syaaban akan dating. Aisyah berkata: “Aku memiliki hutang puasa pada bulan Ramadan. Aku tidak mampu mengqadakannya kecuali pada bulan Syaaban kerana sibuk (nelayani) Rasulullah s.a.w.” (Sahih Muslim)

Huraian:
Hal ini disebabkan puasa sunat Syawal waktunya terhad dalam bulan Syawal sahaja, manakala puasa qada boleh ditunaikan dalam jangka masa yang lebih panjang.

Ulama yang mengemukakan pendapat ini berhujah bahawa tidak mungkin Aisyah tidak berpuasa sunat enam Syawal. Pasti beliau melaksanakanya dan tindakkan beliau mengqada puasa Ramadan pada bulan Syaaban menunjukkan dibolehkan berpuasa sunat enam Syawal sekali pun seseorang itu memiliki hutang puasa Ramadan.

3. Berniat puasa qada dan apabila puasa qada tersebut berkebetulan dengan hari-hari yang disunatkan, maka akan mendapat pahala puasa sunat sekali.

Dalil:
Ijtihad dan pandangan yang telah dikemukakan oleh para ulama fiqah seperti Sheikh Zakariyya al-Ansari, Sheikh ‘Atiyyah Saqr dan kebanyakkan ulama Shafi;iyyah.

Huraian:
Apabila amalan wajib dilakukan bertepatan dengan waktu yang disunatkan, maka pahala sunat akan turut diperolehi. Contohnya, apabila masuk ke dalam masjid dan didapati solat fardhu sedang dilakukan oleh jemaah, maka hendaklah terus menunaikan solat fardu berjemaah dan pahala sunat tahiyat al-masjid juga akan diperolehi. Sheikh Zakariyya al-Ansari menyatakan apabila berpuasa qada dalam bulan Syawal, maka pahala puasa enam akan turut diperoleh kerana ia telah mencapai maksud hadis Rasulullah s.a.w. agar berpuasa pada bulan Syaqal.

Kesimpulan:

Hendaklah qada terlebih dahulu puasa yang ditinggalkan pada bulan Ramadan, sekiranya ada kesempatan, bolehlah teruskan dengan puasa sunat Syawal. Kila tiada kesemopatan, moga-moga puasa qada pada bulan Syawal itu akan mendapat pahala puasa enam sekali.
 
Dari Majalah Solusi Keluaran Isu 47 (Dapatkan di kedai-kedai buku, tidak rugi memilikinya)

Jemput LIKE Page : Izinkan Saya Share

No comments:

Post a Comment

MSG-Zone

Sports - Football : Click Picture to Go Site Page

Best Red yellow
PhotobucketPhotobucket PhotobucketPhotobucket