Text

http://www.msg-cyber.blogspot.com/
Welcome to MSG Cyber
Selamat Datang ke MSG Cyber
Showing posts with label Kata-kata. Show all posts
Showing posts with label Kata-kata. Show all posts

Tuesday, March 25, 2014

Beriman Kepada Qada dan Qadar

Assalamualaikum Semua :) 




Saat ditimpa ujian,
kata-kata nasihat orang beriman
melapangkan dada, merehatkan
minda dan menyuntik kekuatan
baru... Beriman kepada

qada & qadar.


Dari FB: Ahmad Fedtri Yahya / Fedtri Yahya

P/s: Izinkan Saya Share : Jom #LIKE #TAG #SHARE - Semoga memberi manfaat kepada diri dan mereka yang membacanya. InShaa-Allah..


Thursday, September 20, 2012

Dinding Diri Dengan Doa

Assalamualaikum Semua :)
Jom kita berdoa, kerana doa merupakan benteng dan dinding untuk diri kita...

DINDING DIRI DENGAN DOA


Tanpa kita sedari, ada orang yang mendoakan kita...
Tanpa kita ketahui, ada orang yang ingin menjahanamkan kita.
Kerana itu, dinding diri dengan DOA

Dari FB : Fedtri Yahya / Ahmad Fedtri Yahya

Jemput LIKE Page : Izinkan Saya Share

Sumber Asal Gambar : http://wallpapersfor.me/

Jom Tag & Kongsikan..

Tuesday, September 04, 2012

Assalamualaikum Semua :)

Enteri kali ini saya hendak kongsikan kata-kata nasihat. Semoga nasihat ini kita jadikan panduan dan pedoman agar kehidupan kita menjadi lebih baik. Insya-Allah

KALAU ORANG BUAT JAHAT



Kalau orang buat jahat, kita balas jahat - maknanya kita sama saja 2x5 dengan si 'penjahat' tu... Tak ada beza.... Kalau ikutkan, kita boleh saja kurang ajar, buat jahat... Tetapi kita tak buat sebab kita ada AGAMA. Sabar.... Pasti ada hikmah dan ganjarannya... ~ Ahmad Fedtri Yahya / Fedtri Yahya ~

Jemput LIKE Page : Izinkan Saya Share

Thursday, April 26, 2012

Pesanan Umar r.a.

Assalamualaikum Semua :)

Dikesempayan ini saya hendak kongsikan pesanan yang sangat bermanfaat kepada kita semua. Semoga pesanan ini menjadi panduan kepada kita untuk menjadi yang lebih baik dari sebelum ini... jom teruskan membaca...

Pesanan Umar .r.a.
Klik pada image untuk mendapatkan paparan yang lebih besar dan jelas

Ya Allah, 
Bukakanlah jiwaku kepada sesuatu yang
elok dan bermanfaat.

Umar r.a. berpesan:

1. Sesiapa yang banyak ketawa, maka wibawanya sedikit.
2. Sesiapa yang suka meremehkan orang, Maka dia tentu akan diremehkan orang lain.
3. Sesiapa yang memperbanyak sesuatu, maka dia akan dikenal dengan sesuatu itu.
4. Sesiapa yang banyak bicaranya tentu banyak pula dosanya.
5. Sesiapa banyak dosanya, maka tentu sedikit rasa malunya.
6. Sesiapa yang sedikit rasa malunya, maka sedikit pula sifat waraknya.
7. Sesiapa yang sedikit sifat waraknya, maka hatinya akan mati.

Dari Majalah Gen-Q Isu 3.

Monday, March 12, 2012

Lapan Perkara Yang Menjadi Perhiasan Lapan Perkara

Assalamualaikum Semua

Kali ini saya hendak kongsikan kata-kata yang telah diungkapkan oleh Sayidina Abu Bakar r.a. Kata-kata ini sangat bermanfaat untuk dijadikan panduan.. Mudah-mudahan pengkongsian ini memberi manfaat dan faedah kepada kita semua. Inysa-Allah.. Teruskan membaca..

Lapan Perkara Yang Menjadi
Perhiasan Lapan Perkara
Klik pada image untuk mendapatkan paparan yang lebih besar dan jelas


Ada lapan perkara yang menjadi perhiasan kepada lapan perkara:

1. Mejaga daripada perkara yang haram perhiasan kepada fakir.

2. Bersyukur perhiasan kepada nikmat.

3. Sabar perhiasan kepada bala.

4. Tawaduk perhiasan kepada kemuliaan.

5. Berlemah lembut perhiasan kepada ilmu.

6. Merendah diri perhiasan kepada orang yang bercakap.

7. Mininggalkan riyak perhiasan kepada kebaikkan.

8. Khusuk perhiasan kepada sembahyang.
- Sayidina Abu Bakar.
 Dari Majalah Gen-Q Isu 7.

Tuesday, September 13, 2011

Kata-kata Mutiara Imam Syafii tentang Kehidupan

Assalamualaikum Semua :)

Entri kali ini saya hendak kongsikan kata-kata mutiara daripada Imam Syafi'i tentang kehidupan... Semoga memberi pedoman dan panduan kepada kita semua agar sentiasa melihat diri sendiri agar tidak terpesong dari landasan sebenar... Selamat membaca... :)

"Ya Allah, Bukalah jiwaku ini kepada perkara-perkara yang baik-baik sahaja" Amin

Kata-kata Mutiara Imam Syafii tentang Kehidupan
Klik pada image untuk mendapatkan paparan yang lebih besar dan jelas

1. Belajarlah imlu fiqah sebelum kamu menjadi ketua kerana jika tidak kamu tiada kesempatan untuk mempelajarinya.

2. Menuntut ilmu lebih baik daripada sembahyang sunat.

3. Sesiapa benar dalam persaudaraan dengan sahabatnya diterima alas an-alasan, ditutup kekurangan dan diampun kehinaannya.

4. Sesiapa hendak kepada dunia maka hendaklah dia mencari ilmu dan siapa-siapa berkehendak kepada akhirat, juga hendaklag dia mencari ilmu.

5. Seseorang tidak akan Berjaya dalam menuntut ilmu melainkan dia menuntut semasa dalam kemiskinan.

6. Sesiapa menuntut ilmu hendaklah dia mendalaminya, tanpanya kehalusan ilmu akan hilang.

7. Kemiskinan orang berilmu ialah kemiskinan ikhtiar. Manakala kemiskinan orang jahil ialah kemiskinan kesusahan.

8. Insan yang paling tinggi darjatnya ialah yang tidak melihat darjatnya. Dan insan yang paling mulia ialah insan yang tidak melihat kemuliaannya.

9. Persahabatan dengan orang yang tidak takut kepada keaiban akan mendapat malu di hari akhirat.

10. Orang yang menjaga maruah sentiasa dalam perjuangan.
 Dari Majalah Gen-Q Isu 2.

Saturday, September 10, 2011

Nasihat Imam Abu Hanafiah Tentang Kehidupan

Assalamualaikum Semua :)

Entri kali ini saya ingin kongsikan nasihat daripada Imam Abu Hanafiah. Nasihat ini berkaitan dengan kehidupan kita sebagai hamba Allah. Semoga dengan nasihat ini kita dapat mengubah mana-mana yang kurang pada diri kita. Insy-Allah kita akan menjadi mukmin yang sejati...

“Ya Allah, Mudahkan Hatiku Menerima Nasihat dan Mengamalkan Perbuatan Elok.”  
Nasihat Imam Abu Hanafiah Tentang Kehidupan
Klik pada image untuk mendapatkan paparan yang lebih besar dan jelas



1. Jangan bakhil atau kedekut kerana perangai itu memalukan.

2. Jangan pula tamak dan berdusta. Bahkan hendaklah sentiasa menjaga maruah.

3. Sentiasa menghormati dan meminta ampun maaf kepada guru juga pendidik.

4. Sentiasa menziarahi kubur guru dan tempat-tempat berkat.

5. Bercampur dengan orang yang tidak baik hanya untuk menyeru ke jalan Islam.

6. Jangan banyak memaki hamun dan mencela orang lain.

7. Bersegera ke masjid setiap kali mendengar laungan azan.

8. Jagalah rahsia jiran tetangga dan jangan menyebar rahsia yang diamanahkan.

9. Bencikan perkara yang hina di sisi orang berilmu.

10. Janganlah banyak bercerita atau bercakap kerana ia akan menjadi pembohongan.

 Dari Majalah Gen-Q Isu 2.

Tuesday, August 09, 2011

Mutiara Kata #3

Assalamualaikum Semua.. :)

Berikut merupakan sambungan entri Mutiara Kata #1 dan Mutiara Kata #2. Semoga dengan adanya kata-kata yang berhikmah ini kita dapat meningkatkan motivasi pada diri kita.

Mutiara Kata #3


41. Tidak pernah wujud orang malas. Orang yang dianggap malas ialah orang yang tidak dapat mencari pekerjaan yang sesuai dengan minatnya.

42. Jika poket anda penuh, anda tidak akan kekurangan sahabat.

43. Semua perkara adalah sukar sebelum ia menjadi mudah.

44. Mimpi itu adalah perlu dalam hidup.

45. Seorang lelaki boleh dikalahkan tetapi tidak boleh dimusnahkan.

46. Kemenangan terhadap diri sendiri adalah lebih baik daripada kemenangan terhadap orang lain.

47. Orang pengecut ialah orang yang melihat sesuatu yang benar tetapi tidak melakukannya.

48. Kemenangan hanya untuk orang yang berhak mendapatkannya.

49. Lebih mudah untuk memenuhi impian kita yang pertama daripada cuba untuk mengejar impian-impian lain selepasnya.

50. Tidak ketawa walaupun sehari amat merugikan.

51. Anda tidak boleh mengubah masa lepas anda. Tetapi anda boleh memusnahkan diri anda kini sekiranya terlalu memikirkan masa depan anda.

52. Tidak penting sama ada berapa lama kita hidup. Yang penting bagaimana keadaan kita semasa hidup.

53. Berdoa dan meminta bukannya perkara yang sama.

54. Berterima kasihlah kepada pokok yang memberi anda perlindungan dengan tidak memusnahkannya.

55. Sembahyang adalah prinsip utama dalam hidup. Memberi alasan tidak cukup masa untuk melakukannya adalah hinaan kepada Allah.

56. Jangan tinggalkan hingga esok apa yang boleh disiapkan hari ini.

57. Tiada hiburan yang lebih murah daripada membaca

58. Apabila semua benda kelihatan semakin hilang, ingatlah bahawa masa depan masih ada.

59. Rasuah akan sentiasa wujud selagi masih ada perasaan tamak pada diri manusia Jangan sangka diri kita adalah yang terbaik kerana kita belum kecapi kejayaan yang orang lain capai

60. Jangan sangka diri kita adalah yang terbaik kerana kita belum kecapi kejayaan yang orang lain capai

Monday, May 30, 2011

Mutiara Kata #2

Mutiara Kata #2

21. Kebodohan ialah kesilapan bagi seseorang yang mempunyai peluang untuk menjadi pandai.

22. Gunakan akal anda seolah-olah nyawa anda bergantung kepadanya.

23. Anda tidak akan berjaya menjadi penulis sekiranya anda tidak menjadi pembaca terlebih dahulu.

24. Rahsia hati seseorang ialah sedalam sebuah lautan yang luas.

25. Nyanyian ibu untuk menidurkan anaknya ketika kecil adalah suara yang paling merdu di dunia.

26. Orang miskin memakan makanan yang lebih enak daripada orang kaya kerana makanan mereka adalah berkat kepada kemiskinan mereka.

27. Anda tidak akan berasa penat sekiranya melakukan perkara yang anda suka.

28. Lebih baik seseorang wanita mengahwini lelaki yang mencintainya daripada beliau mencintai lelaki tersebut.

29. Jika anda berhasrat untuk berjaya, jangan hanya memandang ke tangga tetapi belajarlah untuk menaiki tangga tersebut.

30. Di mana anda berdiri, di situlah perlumbaan kehidupan anda dan lupakan masa silam.

31. Berhati-hatilah dengan kemarahan seorang yang sedang bersabar.

32. Tanpa permulaan, anda tidak akan sampai ke mana-mana

33. Adalah lebih baik untuk mengetahui kelemahan dan kegagalan sendiri daripada menuding kesalahan kepada pihak lain

34. Setiap malam sebelum tidur,anda perlu menetapkan satu matlamat di dalam minda dan menguatkannya dari hari ke hari

35. Jagalah apa yang anda suka atau anda terpaksa menyukai apa yang anda dapat.

36. Lelaki yang bijak dapat membaca buku dan kehidupan sekaligus.

37. Kesabaran akan lebih menguntungkan daripada kekuatan yang dimiliki

38. Jika anda hilang segala-galanya, jangan lupa, kerana anda masih mempunyai masa depan.

39. Sesiapa yang tidak pernah merasai kepahitan tidak akan mengenal kemanisan.

40. Masyarakat abad dahulu menggunakan tenaga manusia untuk membina sebuah monumen yang indah sekali. Masyarakat abad kini menggunakan jentera hanya untuk membina sebuah kedai.

Mutiara Kata #1

Saturday, May 21, 2011

Mutiara Kata #1

Mutiara Kata #1

1. Pemimpin yang baik akan memikul kesalahan & tidak mengejar nama.

2. Lelaki berani mungkin akan kalah tetapi tidak akan mengalah.

3. Rumah tanpa buku umpama bilik tanpa tingkap

4. Jika anda hanya berbuat baik kepada diri sendiri maka anda sebenarnya tidak pernah membuat kebaikan.

5. Pengalaman ialah gelaran yang diberikan oleh setiap orang terhadap kesilapan mereka.

6. Kebocoran yang kecil masih boleh menenggelamkan sebuah kapal yang besar.

7. Tiada hadiah yang lebih berharga daripada nasihat yang baik.

8. Anak lelaki tetap menjadi anak lelaki sehinggalah beliau beristeri. Anak perempuan kekal menjadi anak perempuan seumur hidupnya.

9. Jika anda takut pada sesuatu, lihatlah & hadapilah.

10. Imaginasi menguasai dunia.




11. Tugas pertama seorang lelaki ialah menjadi dirinya sendiri

12. Pilihlah seseorang untuk dicintai & cintalah pilihan anda itu

13. Cinta tidak berbalas sama seperti soalan tanpa jawapan.

14. Lelaki yang tidak berharta biasanya memiliki lidah bermadu.

15. Lelaki pendiam ibarat air tenang dalam & bahaya.

16. Orang yang bijak mempelajari banyak perkara daripada musuhnya sendiri.

17. Terdapat banyak kemungkinan untuk gagal kerana kejayaa hanya boleh dicapai dengan satu perkara iaitu USAHA.

18. Ketika ditimpa bencana, kita akan mengenali yang mana satu lawan & yang mana satu kawan.

19. Membaca menjadikan diri anda sebagai seorang lelaki, menghadiri persidangan sebagai persediaan menjadi lelaki yang sebenar & menulis menjadikan anda lelaki sejati.

20. Karektor seseorang lebih mudah disembunyikan daripada dikesani oleh orang lain.

Mutiara Kata #2



Monday, March 07, 2011

Dalam Diam

Dalam Diam



Dalam diam cinta berputik,
Dalam diam jua cemburu bercambah
menjadi bara menbahang jiwa. ♥ ♥ ♥

Saturday, March 05, 2011

You Taught Me

You taught me


You taught me how to Smile.,
You taught me how to Laugh.,
You taught me how to Yearn.,
You taught me how to Love.,
You taught me how to Cry.,

BUT....

when you leave me.,
You forgot to teach me
how to Forget you

Sports - Football : Click Picture to Go Site Page

Best Red yellow
PhotobucketPhotobucket PhotobucketPhotobucket

Blog Untuk Download