Text

http://www.msg-cyber.blogspot.com/
Welcome to MSG Cyber
Selamat Datang ke MSG Cyber
Showing posts with label Info Solat. Show all posts
Showing posts with label Info Solat. Show all posts

Monday, September 17, 2012

Panduan Mengerjakan Solat Jika Setelah Lama Meninggalkannya

Assalamualaikum Semua :)

Entri kali ini saya hendak kongsikan cara bagaimana untuk memulihkan diri kita dengan melakukan solat secara konsisten. Mudah-mudahan pengkongsian ini memberi manfaat kepada kita semua.. Insya-Allah

Panduan Mengerjakan Solat 
Jika Setelah Lama Meninggalkannya


1. Kesedaran amat penting sebagai mukadimah untuk kembali mengerjakan solat secara konsisten. Kesedaran lahir dari hati yang masih ingin berubah demi kesejahteraan dunia dan akhir
at.

2. Azam. Sebaik kesedaran wujud, tanamkan azam yang kuat dan bilatkan tekad untuk mengerjakan solat secara konsisten. Sekarang anda tahu apa sasaran anda.

3. Solat sekali dulu, baru aka nada solat yang kedua. Ini adalah langkah oertama. Ingatlah, tiada solat kedua tanpa solat yang pertama dan seterusnya.

4. Nota motivasi. Andai ada kata-kata semangat yang diilhamkan dalam minda dan hati, atau kata-kata motivasi daripada sesiapa jua yang boleh menghalang azam ubtuk kembali solat daripada terkubur, maka buatlah satu nota motivasi dan tampalkan di tempat yang mudah dilihat.

5. Fahami maksud dan bacaan dalam solat. Ini anat penting bagi merasakan kemanisan dalam solat. Kemanisan ini yang diharapkan akan menjadi satu ketagihan.

6. Jangan tergesa-gesa dalam solat. Sebaliknya bersederhanalah dan ambillah sedikit masa untuk menghayati bacaan dan merasai nikmat sujud dan rukuk dalam solat.

7. Tingkatkan imaginasi, semasa solat, bayangkan bahawa anda sedang menghadap Allah secara langsung tanpa sebarang tabir yang menghalang. Andai tidak mampu melakukan sedemikian maka anggaplah bahawa Allah sedang melihat kamu.

8. Usaha dan doa perlu seiring. Kita sebagai manusia yang sering terdedah dengan pelbagai ujian dan godaan amat memerlukan kekuatan untuk melawan semua godaan tersebut. Maka berdoalah mohon diberikan kekuatan untuk mengerjakan solat secara konsisten.

9. Rasai ketenangan. Cuba perhatikan hari-hari yang anda lalui dengan mengerjakan solat. Dapatkah anda rasakan satu ketenangan?

10. Rasakan keajaiban panggilan azan dengan diam sejenak dan hayati laungan keramat tersebut. Seterusnya lantas bangun dan berwuduk. Berbahagialah dengan panggilan solat tersebut.

11. Berdikir secara positif. Jangan sekali-kali berfikir bahawa solat akan mengedakan masa anda bekerja, menghalang anda daripada bersosial dengan rakan-rakan dan sebagainya. Sebaliknya ia menjadi factor kejayaan anda. Marilah menuju kejayaan.

12. Dapatkan sokongan mental dan rohani dengan memberitahu rakan-rakan atau keluarga bahawa anda ingin konsisten mengerjakan solat. Moga mereka dapat menyumbang kea rah satu perubahan yang diidamkan.

13. Setiap perkara pasti ada musuhnya. Musuh solat ialah nafsu dan syaitan. Oleh sebab itu, lawanlah rasa malas yang berakarkan nafsu dan godaan syaitan terkutuk.

14. Banyakkan bahan bacaan tentang solat bagi memastikan anda mempunyai ilmu yang sentiasa dikemas kini agar iman senang bercambah. Amal tanpa ilmu boleh layu akibat gersang akal tanpa ilmu.

Dari Majalah Solusi Keluaran Isu No 42

Wednesday, March 28, 2012

Makna Bacaan Dalam Solat

ASSALAMUALAIKUM SEMUA

Berjumpa lagi kita disini... Hari ini saya hendak kongsikan satu vidwo kreatif yang sangat menarik dan bermanfaat untuk semua umat Islam yang mahu mengstahui makna bacaan dalam solat... Vidwo yang berbentuk santai ini dapat memudahkan kita utuk faham makna bacaan dalam solat agar solat kita lebih khusuk. Insya-Allah.. marilah kita kongsikan video ini supaya semua orang faham makna solat yang wajib dikerjakan kepada kita...


Sumber Gambar: Google

Credit to uploader: ervus

Monday, November 21, 2011

Aku Janji Solat dan Perintah Solat

Assalamualaikum Semua

Hari ini saya hendak kongsikan "Aku Janji Solat dan Perintah Solat" yang terdapat di dalam Al-Quran. Semoga pengkongsian ini memberi azam kepada kita untuk menunaikan solat yang telah diWAJIBkan ke atas kita. mari kita baca seterusnya. :)

Aku Janji Solat dan Perintah Solat
Sumber Gambar: Ensiklopedia Solat
Aku Janji Solat

qul inna shalaatii wanusukii wamahyaaya wamamaatii lillaahi rabbi al'aalamiina

Maksudnya:
Katakanlah: sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam.(Surah Al-An'am 6:162)

Perintah Solat


wa/mur ahlaka bialshshalaati waisthabir 'alayhaa laa nas-aluka rizqan nahnu narzuquka waal'aaqibatu lilttaqwaa
Maksudnya:
Dan perintahkanlah kepada keluargamu mendirikan shalat dan bersabarlah kamu dalam mengerjakannya. Kami tidak meminta rezki kepadamu, Kamilah yang memberi rezki kepadamu. Dan akibat (yang baik) itu adalah bagi orang yang bertakwa.(Surah Taha 20:132)
 Dari Buku Ensiklopedia Solat

Monday, September 19, 2011

Membaca Surah-surah yang Pendek Bagi Imam

Assalamualaikum Semua :)

Kita selalu mengalami situasi di mana Imam membaca surah yang panjang selepas bacaan al-Fatihah. keadaan ini akan menjadi masalah kepada mereka yang dalam berurusan dan orang-orang tua. Info yang dikongsikan kali ini adalah untuk dijadikan panduan kepada mereka terutama imam solat berjemaah. Semoga kita mendapat manfaat dari entri ini. Insya-Allah..

Membaca Surah-surah yang Pendek Bagi Imam
Klik pada image untuk mendapatkan paparan yang lebih besar dan jelas

Selepas membaca surah Al-Fatihah, teruskan dengan membaca surah-surah al-Quran yang pendek bagi solat berjemaah terutama jika menjadi imam untuk jemaah orang tua atau kawasan orang tua atau kawasan orang sibuk bekerja. Bagi yang solat bersendirian, disunatkan membaca surah-surah yang panjang.

Arahan agar meringankan bacaan bagi seoran imam di kawasan awam ialah hadis yang menyebut teguran Nabi s.a.w. kepada Mu’az bin Jabal r.a. yang membaca surah al-Baqarah atau surah al-Nisa’ sepenuhnya sehingga terdapat makmumnya yang menamatkan solat dan beredar ketika ingin menyambung kerja lain. Apabila disampaikan kepada Nabi s.a.w.,

Baginda bersabda yang bermaksud:
“Kamu ini memang ingin menimbulkan fitnah wahai Mu’az.” (Riwayat al-Bukhari
Juga hadis Nabi yang bermaksud:
“Sesiapa antara kamu yang menjadi imam solat, hendaklah kamu ringinkan bacaanmu.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Antara hadis yang lain bermaksud:
“Apabila seseorang kamu menjadi imam kepada manusia (ketika solat) ringankanlah bacaanmu kerana terdapat padanya (makmum kamu) anak-anak kecil, orang tua, orang yang lemah dan orang yang sakit, dan tatkala kamu solat bersendirian, maka solatlah kamu sebagaimana yang kamu inginkan.” (Riwayat Muslim)
Dari Majalah Solusi keluaran Isu 35.

Monday, August 15, 2011

Bagaimana Al-Fatihah di Belakang Imam

Assalamualaikum Semua... :)

Perlukah makmum membaca surah al-Fatihah apabila kita solat berjemaah? Untuk mengetahui jawapannya mestilah baca sampai habis entri ini.. semoga pengkongsian ini dapat memberi kita pengetahuan tentang solat. Ini juga penting sila baca Berhati-hati Membaca Surah Al-Fatihah dan Membaca Bismillah (Basmalah) Sebelum Al-Fatihah: Kuat atau Perlahan?

Bagaimana Al-Fatihah di Belakang Imam
Klik pada image untuk mendapatkan paparan yang lebih besar dan jelas

Ada pandangan menyatakan makmum wajib membaca al-Fatihah di belakang imam, berdasarkan hadis berikut: “Sesiapa yang mempunyai imam (ketika solat), maka bacaan imam adalah bacaannya.” (Riwayat al-Dar Qutni)

Ini berdasarkan kepada hadis yang berikut:

Rasullah s.a.w. menunaikan solat Subuh di mana pembacaan Baginda agak berat (kerana terganggu) dan tatkala tamat solat, Baginda bersabda yang bermaksud: “Aku dapati kamu membaca (al-Quran) di belakang imam kamu.” Sahabat menjawab: “Ya mengapa, wahai Rasullah?” Baginda berkata: “Jangan kamu berbuat demikian kecuali bacaan Umm al-Quran kerana tidak sah solat bagi sesiapa yang tidak membaca Fatihah.” (Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi)

Rasullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Jangan sesekali seseorang kamu membaca apa jua daripada al-Quran tatkala aku (sebagai imam) mengeraskan bacaan kecuali bacaan Umn al-Quran (al-Fatihah) (Riwayat al-Dar Qutni, Ahmad)

Terdapat hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Hibban dan sanadnya bertaraf hasan menurut al-Hafiz Ibn Hajar yang bermaksud: “Jangan kamu membaca kecuali al-Fatihah (di belakangh imam).” (Nay al-Awtar, jil, 2, hlm. 511)

Kesalahan Biasa Ketika Membaca al-Fatihah
1. Membaca tanpa wakaf.

2. Berhenti (wakaf) di tempat yang dilarang berhenti.

3. Bertukar makraj huruf-huruf.

4. Melalaikan pembacaan di tempat yang perlu tasydid; iaitu di 9 tempat.
Menyebut ‘Amin’ di Akhir Al-Fatihah.

Lafaz ‘Amin’ bererti “perkenankanlah” disunatkan untuk makmum mengucapkan bersama-sama imam. Ia berdasarkan hadis Abu Hurairah yang bermaksud: “Apabila imam mengucapkan lafaz ‘Amin”, para malaikat turut sama mengaminkannya bersama-sama imam kerana sesungguhnya sesiapa lafaz aminnya bertepatan dengan lafaz para malaikat, diampunkan baginya dosa yang terdahulu.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Jika imam lupa menyebut ‘amin’, para makmum boleh menguatkan “amin” bagi mengingatkan imam kerana ia adalah termasuk dalam perkara sunat. (Al-Mughini, jil 2, hlm. 38)

Saktah Sebelum dan Selepas al-Fatihah

Sunat jika menjadi imam bagi solat berjemaah untuk saktah (berhenti sebentar) sebelum dan selepas membaca al-Fatihah dan sebelum memulakan bacaan surah. Ia adalah ijtihad mazhab Syafi’I dan Hambali. (Al-Mughini, jil 2, hlm 40)

Dari Majalah Solusi keluaran Isu 34.

Monday, August 01, 2011

Jemputlah Khusyuk dalam Solatmu….

Assalamualaikum Semua.... :)

Bagaimana kita ingin mendapatkan khusyuk semasa kita menunaikan solat? Apakah yang perlu kita lakukan untuk dapatkan khusyuk tersebut. Entri kali ini saya hendak kongsikan cara-cara untuk kita khusyuk semasa solat. jom kita baca seterusnya.. semoga selepas ini solat kita semakin khusyuk.

Jemputlah Khusyuk 
dalam Solatmu….
Klik pada image untuk mendapatkan paparan yang lebih besar dan jelas

1. Kemahuan yang kuat (strong will), bak kata pepatah: “Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.” Jadi, kita kena Tanya diri sendiri dahulu sama ada kita mahu mencapai khusuk dalam solat atau sebaliknya.

2. Sebelum solat, sebaiknya dengarlah azan, jawab azan dan baca doa selepas azan.

3. Dianjurkan bersiwak sebagaimana yang dianjurakan oleh Rasullah s.a.w. sebelum solat fardhu.

4. Berwudhuklah secara sempurna.

5. Pakailah pakaian yang bersih.

6. Anggaplah ini solat yang terakhir.

7. Fahami maksud bacaan dalam solat.

8. Berhenti sejenak selepas bacaan setiap ayat.

9. Gunalah sutrah untuk menghadirkan khusuk. Sutrah membantu menghadkan pandangan mata. Mengelakkan orang lalu dihadapan orang yang sedang solat dan menghalang usaha syaitan mengalihkan pandangan orang yang sedang solat.

10. Memandang tempat sujud.

11. Pelbagaikan surah yang dibaca dalam solat. Mengulangi surah yang sama akan menyebabkan solat menjadi rutin yang membosankan.
 Dari Majalah Solusi keluaran Isu 6.

Monday, July 25, 2011

Membaca Bismillah (Basmalah) Sebelum Al-Fatihah: Kuat atau Perlahan?

Assalamualaikum semua sahabat blogger dan para pengunjung. :)

Perlukah kita membaca Bismillah sebelum membaca surah al-Fatihah? jika ya apakah bacaan Bismillah itu perlu kuat atau perlahan? Okey, Entri kali ini saya hendak kongsikan sedikit info yang dapat menjawab persoalan tersebut. Jom kita jenguk info tersebut....

Membaca Bismillah (Basmalah) Sebelum Al-Fatihah: 
 Kuat atau Perlahan?
 Klik pada image untuk mendapatkan paparan yang lebih besar dan jelas


Pandangan Ulama

Keterangan
Membaca Secara perlahan







Merupakan amalan sahabat Nabi s.a.w. antaranya Abu Bakar, Ali, Ibn Mas’ud, Ibn Zubair, Ammar dan Ijtihad ulama seperti Imam Abu Hanifah dan Ahmad. (Al-Mughni, jld.2, hlm. 27)

Anas berkata: “Aku solat bersama Rasullah s.a.w. dan Sayidina Abu Bakar, Sayidina Umar dan Sayidina Uthman dan tidak kudengari seorang pun antara mereka yang membaca Bismillahir rahmannirrahim (dengan kuat)” (Riwayat Muslim)
Membaca secara lantang (jahr)








Imam al-Syafii’I, Said Ibn Jubiar, Ata’ bin Abi Rabah dan Mujahid berpandangan: Ijtihad mereka didasari oleh riwayat yang
menunjukkan Nabi s.a.w. menguatkan basmallah.

Ini bertepatan dengan hadis Rasullah s.a.w. yang bermaksud: “Apa-apa yang diperdengarkan oleh Rasullah s.a.w. maka kami akan memperdengarkannya kepadamu (dengan menguatkan bacaan) dan apa-apa yang Baginda perlahankan, kami turut
memperlahankannya.” (Riwayat al-Bukhari)
Tidak perlu sebut










Ia pandangan Imam Malik dan hanya sunat dibaca ketika solat sunat. Manakala hadis-hadis yang berkenaan membacanya secara kuat, sekali lagi diperdebatkan oleh para ulama. Terdapat juga hadis yang melemahkan keseluruhannya. 

Namun Ibn Hajar membawakan hadis berikut sebagai salah satu pegangan dalam mazhab Syafi’i: “Sekumpulan sahabat membaca basmallah secara kuat: iaitu Umar al-Khattab.” (Musannaf Ibn Abi Syaibah, jil.1, hlm. 362 no.4156) Ibn Zubair, mu’awiyah dan lain-lain. Namun masih terdapat komenter kerana telah sabit juga mereka tidak membaca basmallah secara jhar, antaranya hadis sahih di atas.


Kesimpulan

Diharuskan membaca basmalah secara jahr semasa solat jahr terutamanya apabila diyakini ijtihad yang menganggao basmalah adalah salah satu daripada surah al-Fatihah. Dalam hadis yang bermaksud: “Apabila kamu membaca al-Fatihah, maka bacalah basmalah kerana sesungguhnya ia Ummul Quran dan tujuh pujian yang diulang-ulang dan basmalah adalah salah satu daripada ayatnya.” (Riwayat al-Daraqutni)

Dalam hadis lain yang bermaksud: daripada Nu’aim Ibn al-Mujmir berkata: “Aku solat di belakang Abu Hurairah r.a., maka beliau membaca basmalah dan kemudian membaca al-Fatihah sehingga akhir. Lalu Abu Hurairah berkata: ‘Demi nyawaku di tangan Allah, sesungguhnya solatku adalah yang paling hamper kepada Rasullah s.a.w.’”

Petikan Formula So;at Sempurna, Ustaz Zaharuddin Abd Rahman. Telaga Biru Sdn Bhd.


 Dari Majalah Solusi keluaran Isu 33.

Sports - Football : Click Picture to Go Site Page

Best Red yellow
PhotobucketPhotobucket PhotobucketPhotobucket

Blog Untuk Download