Assalamualaikum Semua :)
Dah lama tak update blog... :) Hari ni saya nak kongsikan adab orang berhutang... semoga ianya memberi manfaat kepada mereka yang hendak berhutang dan memberi hutang.. Insya-Allah
ADAB-ADAB HUTANG
ADAB ORANG YANG BERHUTANG
1. Tidak berhutang kecuali dalam keadaan darurat.
Seseorang itu tidak dibolehkan berhutang untuk membeli sesuatu dan
bermegah-megah dengannya atau berniat untuk melakukan perkara yang
dilarang oleh Allah dengan wang pinjaman tersebut.
2. Niat untuk menjelaskan hutang.
Berniatlah untuk menjelaskan hutang kerana Allah akan membantunya.
3. Berusaha untuk berhutang dengan orang yang soleh.
Orang yang soleh tidak akan mencemarkan nama baik orang yang berhutang,
menyebarkan tentang hutang tersebut dan tidak mengungkit-ungkit
pemberiannya.
4. Sesuai dengan kemampuan.
Untuk meminimumkan kadar hutang mencukupi untuk memenuhi keperluan dan bukan menampung kehendak diri sendiri.
5. Melunaskan hutang pada waktunya dan tidak bertangguh-tangguh.
Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya :
“Orang yang menunda untuk melunaskan hutang (padahal dia boleh
melunasinya) ialah orang yang zalim.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
6. Membayar hutang dengan cara yang baik.
Antara adab yang boleh dilakukan seperti menepati waktu menjelaskan
hutang, berterima kasih kepada pemberi hutang dan menggantikan sesuatu
yang lebih baik bagi barang yang dipinjam.
ADAB ORANG YANG DIHUTANG
1. Memasang niat yang baik ketika member hutang.
Berniatlah untuk menolong seseorang kerana Allah dan mendapat pahala
atas perbuatan tersebut. Allah menyukai seseorang yang membantu
saudaranya keluar daripada kesusahan.
2. Bersikap baik apabila ingin menuntut hutang.
Apabila ingin menuntut hutang, bersikaplah dengan sifat lemah lembut
dan bermurah hati. Jangan mencaci penghutang atas kekurangannya dan
memburukkan nama baiknya.
3. Bertolak ansur kepada penghutang
Antaranya dengan memberikan tempoh waktu yang sewajarnya untuk
menjelaskan hutang.l Janganlah membelenggukan penghutang dengan tempoh
waktu yang singkat untuk dia menjelaskan hutangnya. Allah menjanjikan
keselamatan pada hari kiamat bagi orang yang memudahkan urusan orang
yang sukar membayar hutang.
4. Menghapuskan hutang bagi orang yang tidak mampu membayarnya.
Rasulullah bersabda, maksudnya:
“Terdapat seorang pedagang yang suka member hutang kepada manusia.
Apabila melihat ada yang tidak mampu membayarnya, dia berkata kepada
pembantunya: ‘Maafkan sahaja dan hapuskan hutangnya. Semoga Allah
memaafkan kita.’ Maka Allah pun memaafkan (dosa-dosanya).” (Riwayat
al-Bukhari)
ADAB BERKENAAN HUTANG PIUTANG.
1. Menulis perkara yang berkaita hutang.
Allah memerintahkan untuk mencatatkan segala urusan hutang piutang
seperti yang terdapat dalam surah al-Baqarah ayat 282. Ia wajib
dilakukan dengan sikap amanah dan secara terperinci. Selain itu, ia
dilakukan untuk menjaga nama baik orang yang berhutang dan menghindari
dirinya daripada tuduhan tidak bertanggungjawab atau tidak memegang
amanah.
2. Ada saksi.
Urusan hutang piutang perlu
disaksikan oleh dua orang lelaki yang adil dan boleh dipercayai sebagai
penguat bagi catatan hutang yang telah dibuat. Jika tiada, hadirkan
seorang lelaki dan seorang perempuan sebagai saksi.
Dari Majalah Solusi Keluaran Isu 45