Text

http://www.msg-cyber.blogspot.com/
Welcome to MSG Cyber
Selamat Datang ke MSG Cyber

Saturday, June 18, 2011

Hasad Dengki, Ghibtah dan Munafasah

Assalamualaikum dan Salam Ukhuwah... :)

Apakah dia maksud ketiga-tiga perkataan di atas? Sebenarnya ketiga-tiganya mempunyai maksud yang  sama tapi tadiak serupa. Kebanyakkan kita hanya mengetahui Hasad ataupun Phd. Phd yang dimaksudkan bukanlah kelulusan akademik tapi perasaan hasad dengki. okeylah jom kita ambil tahu apa maksud istilah-istilah tersebut.
Yang Mana Satu?
Klik pada image untuk mendapatkan paparan yang lebih besar dan jelas

Hasad, Ghibtah dan Munafasah. Ketiga-tiga kalimah ini sama tetapi tidak serupa. Mereka mempunyai makna tersendiri walau agak mirip.

Hasad Dengki. Berharap dan berusaha agar sesuatu nikmat yang dianugerahkan Allah kepada seseorang terhapus, luput dan lupus.

Hukum :

Haram mengikut sepakat ulama. Firman Allah s.w.t.:
wamin syarri haasidin idzaa hasada


5. dan dari kejahatan pendengki bila ia dengki".
(Surah al-Falaq 113: 5)

Dalam ayat ini, Allah meminta kita berlindung daripada bahana dan bahaya hasad. Jika sesuatu itu perlu kita jauhi, maka lebih-lebih lagi hasad tidak patut berada dalam hati kita.


Ghibtah (Iri Hati).Berharap nikmat yang dimiliki oleh orang lain turut dimilikinya tanpa berharap atau bercita-cita nikmat tersebut luput daripada orang lain.

Hukum:

Jika berkaitan dengan urusan dunia – harus.
Jika berkaitan dengan ibadah dan ketaatan – mustahab (sunat)

Munafasah iaitu bersaing untuk mencapai sesuatu sebagaimana yang telah dicapai oleh orang lain.

Hukum:

Harus tetapi tidak perlu keterlaluan sehingga melangkaui batas kemampuan seorang manusia. Munafasah ini juga perlu terhad kepada ruang lingkup perkara-perkara yang dibenarkan agama dengan cara yang juga “patuh syariah”. Sebaik-baiknya bersainglah dengan diri sendiri berdasarkan konsep, “semoga hari ini lebih baik daripada semalam”

Abdullah bin Mas’ud meriwayatkan bahawa Rasullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Tidak boleh hasad (ghibtah) kecuali kepada dua orang iaitu orang yang Allah anugerahkan kepadanya harta lalu dia infakkan pada jalan kebaikkan dan orang yang Allah berikan ilmu (al-Quran dan Sunnah), Ia menunaikan dan mengajarkannya.” (Muttafaq ‘alaih)

Dari Majalah Solusi keluaran Isu 32.

No comments:

Post a Comment

MSG-Zone

Sports - Football : Click Picture to Go Site Page

Best Red yellow
PhotobucketPhotobucket PhotobucketPhotobucket

Blog Untuk Download