Text

http://www.msg-cyber.blogspot.com/
Welcome to MSG Cyber
Selamat Datang ke MSG Cyber
Showing posts with label Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Kesihatan. Show all posts

Sunday, March 27, 2011

Fakta Adenovirus

Fakta Adenovirus

Klik pada image untuk mendapatkan paparan yang lebih besar dan jelas


  • Bersaiz sederhana (90-10nm) Virus yang mempunyai rantaian berkembar DNA.
  • Terdapat Sekurang-kurangnya 52 jenis yang menjangkiti manusia.
  • Adenovirus biasanya stabil kepada bahan kimia dan agen fizikal.
  • Survival tinggi diluar badan manusia.
  • Karektor epidemiologi (penyebaran) Adenovirus berbeza mengikut jenisnya. Biasanya ia tersebar dari seorang ke seorang yang lain melalui sentuhan langsung, penyebaran melalui mulut (tangan kotor ketika makan), Titisan air dari batuk atau bersin. Sebagai contoh Adenovirus boleh tersebar melalui tombol pintu yang disentuh oleh mereka yang dijangkiti.
  • Terdapat kes dimana pesakit mendapat jangkitan akibat berenang di kolam renang yang mengandungi klorin yang rendah, di sungai atau tasik yang tercemar dengan Adenovirus.
  • Sesetengah jenis berterusan menunjukkan system jangkitan di bahagian tonsil, adenoid dan usus selama berbulan hingga setahun.
  • Sesetengah jenis, (contoh jenis 1, 2, 5 dan 6) menunjukkan endemik di sesetengah tempat yang biasa berlaku di kalangan kanak-kanak.
  • ARD biasanya melibatkan jenis Adenovirus (AD) 4 dan 7, Serta yang terbaru AD14 seperti yang dikesan di Amerika Syarikat.

    Di Petik Dari Mingguan Malaysia 27.3.2011

      Wednesday, March 23, 2011

      Mudarat Rokok

      Merokok Memudaratkan 

      Klik pada image untuk mendapatkan paparan yang lebih besar dan jelas




      • Memendekan usia
      • Penyebab pelbagai penyakit seperti kenser paru-paru, sakit jantung, strok, dan sebagainya
      • Membahayakan kesihatan anak-anak akibat asap rokok orang dewasa.
      • Ketagih
      • Menyebabkan bau mulut yang tidak menyenangkan.
      • Membazirkan wang dan waktu.
      • Mempercepatkan proses penuaan (rambut cepat beruban dan kulit mudah berkedut)
      • Mempercepatkan menopaus bagi wanita.
      • Punca gigi menjadi kuning.
      • Mudah letih dan kurang cergas.
      • Menjejaskan system reproduftif seperti masalah mati pucuk…
      Dari Majalah Solusi keluaran Isu 29.

      Sunday, May 09, 2010

      Urutan Kaki Nyahkan Toksin Dalam Tubuh

      Refleksologi
      Oleh: Siti Nur Almizan Aripin

      Refleksologi diperakui berkesan pulihkan sistem badan selain meredakan kelenguhan

      SEJAK kebelakangan ini, pusat refleksologi dengan khidmat urutan kaki dan pelbagai terapi urutan bercambah menjadi industri diminati ramai terutama kalangan individu yang bekerja dalam suasana stres.

      Penyelia Pusat Terapi Reborn di Sunway Pyramid 2, Karen Lee, berkata teknik refleksologi mempunyai banyak kelebihan khususnya untuk kesihatan tubuh.

      “Refleksologi membabitkan urutan pada 62 titik utama yang ada pada tapak kaki seseorang. Semua titik berkenaan mempunyai hubungan dengan organ utama pada tubuh antaranya jantung, paru-paru, ginjal, organ seks dan otak.

      “Apabila seseorang itu berasa penat dan letih, pasti ada sesuatu yang tidak kena pada sistem tubuh mereka. Justeru, refleksologi adalah jawapannya kerana selain murah, ia juga diakui berkesan,” katanya.

      Pasti ada yang bingung memikirkan apa kaitannya urutan kaki dengan kesihatan sistem badan manusia. Sebenarnya, semua toksin yang tidak dapat dinyah keluar daripada badan berkumpul pada kaki, jadi apabila urutan dibuat, toksin akan mengalir dan keluar melalui sistem perkumuhan.

      Karen berkata, apabila teknik urutan kaki dibuat secara berkala misalnya seminggu sekali, kaki yang lenguh juga akan berasa lebih ringan.

      “Malah, sesiapa yang mengalami masalah tidur juga disarankan melakukan refleksologi kerana selepas sesi urutan, pesakit akan berasa lebih sihat. Mereka juga disarankan supaya meminum air lebih banyak daripada biasa bagi membolehkan toksin yang berkumpul keluar melalui peluh dan air kencing,” katanya.

      Beliau berkata, bagi mengetahui jika ada masalah pada bahagian organ tubuh seseorang, mereka biasanya akan berasa sakit ketika tekanan lembut dibuat pada bahagian tertentu di tapak kaki.

      “Rasa sakit menandakan bahagian berkenaan bermasalah. Bagaimanapun, selepas beberapa sesi urutan dibuat, pesakit biasanya akan meneruskan urutan kerana yakin dengan keberkesanan rawatan.

      “Ada yang mengakui selepas mengamalkan refleksologi, badan lebih sihat malah sistem imunisasi juga lebih baik,” katanya.

      FAKTA: Kelebihan Refleksologi

      * Melancarkan pengaliran darah

      * Meningkatkan daya tahan individu

      * Mengurangkan risiko tulang reput

      * Menyeimbangkan kedudukan badan

      * Melancarkan pergerakan

      * Menguatkan otot kaki

      * Mengurangkan risiko kencing tidak lawas

      * Menguatkan tulang dan pinggul

      * Mengurangkan risiko sakit sendi

      * Mengurangkan rasa letih

      * Mengelak risiko sembelit

      * Mengurangkan masalah usus

      * Mengurangkan masalah pada bahagian peranakan

      * Kaki adalah anggota yang sangat kompleks, mempunyai 26 tulang, 57 sendi, 107 ligamen dan 19 otot. Jika berlaku sebarang kemalangan sehingga mencederakan tulang, sendi dan ligamen kaki, ia mampu memberi komplikasi kesihatan tubuh antaranya rasa lenguh pada lutut, tegang pada bahu dan masalah buang air besar. Malah, amalan dulu kala, wanita dalam pantang dinasihatkan supaya menjaga ibu jari kaki bagi mengelakkan berlaku tumpah darah.

      Apa yang terjadi apabila toksin berlebihan berkumpul dalam badan?

      Toksin yang berkumpul dalam badan boleh mengakibatkan tubuh berasa letih dan lemah. Mereka juga akan mudah dihidapi penyakit.

      Bagaimana toksin terjadi?

      * Amalan memakan makanan segera, berlemak, zat pengawet, perisa tambahan, pewarna tiruan dalam makanan dan minuman.

      * Radiasi daripada alatan elektronik seperti komputer, telefon bimbit dan televisyen.

      * Merokok

      * Memakan buah-buahan atau sayuran yang diawet dengan bahan kimia

      * Memakan daging merah yang diawet atau disejuk beku.

      Sunday, January 24, 2010

      Pengenalan Perubatan tradisional cina (TCM) dan Ciri-ciri TCM

      Negara China memang terkanal dengan perkembnagan sejarah awal tamadun di dunia. Antara sejarah awal tersebut ialah dalam bidang perubatan. Perubatan tradisonal cina atau TCM (Traditional Chinese Medicine) bermula sejak lebih 3000 tahun lalu. Kaedah perubatan TCM sangat berbeza dengan kaedah perubatan barat atau moden. Kaedah TCM merangkumi penggunaan herba-herba sebagai ubat-ubatan, Moksa, Acupuncture, dan Urutan refleksologi.

      Pada dasarnya perubatan China adalah hasil daripada kepercayaan magik dan kuasa ghaib. Dari asas ini orang Cina cuba untuk memberi jawapan tentang fenomena-fenomena alam Dalam TCM terdapat 3 aliran pendapat dari orang-orang cina iaitu pengalaman, teori dan praktikal. Ketiga-tiga aliran ini mempunyai pandangan yang berbeza tetapi menggunakan kaedah perubatan yang sama.

      Pengalaman nenek moyang mereka telah menyebabkan TCM berkembang hingga ke hari ini, Melalui pengalaman tersebut mereka mengumpul segala kaedah yang digunakan menjadi satu teknik perubatan.

      Aliran kedua melalui teori dimana mereka telah melakukan kajian dengan melakukan pembedahan ke atas manusia mahupun haiwan dan mereka telah menyamakan organ-organ dalam tubuh badan dengan alam sekitar. Sebagai contoh mereka telah menyamakan organ dengan elemen-eleman alam sekitar seperti kayu, api, tanah, logam dan air.

      Seterusnya adalah melalui praktikal, Praktikal sangat penting kerana dengan melakukan praktikal mereka dapat mengenalpasti penyakit yang dihidapi pesakit. Mereka telah mencari titik di tubuh badan dan mempratikkan melalui kaedah perubatan.

      Terdapat beberapa ciri dalam TCM yang telah menjadi sebahagian indentiti TCM sendiri. Pertama, Dalam amalan TCM konsep dua angkasa atau mempunyai dua bahagian iaitu alam sekitar dan manusia. Alam sekitar yang dinyatakan merupakan unsur-unsur persekitaran seperti tumbuh-tumbuhan, bukit-bukau, gunung-ganang, laut dan sebagainya yang berkaitan dengan alam sekitar. Manakala satu lagi bahagian ialah melalui kehidupan manusia itu sendiri.

      Ciri-ciri kedua adalah Manusia. Ini meliputi unsur luaran dan dalaman manusia di mana ia berkait rapat dan saling memerlukan antara satu sama lain seperti zahir dan batin. Tanpa zahir dan batin atau luar dan dalam ini manusia dilihat tidak sempurna dalam kehidupannya.

      Ketiga, Dalam TCM cara untuk mengenali sesuatu penyakit adalah tidak pasti atau lebih mudah ialah TCM mengenali sesuatu penyakit melalui andaian dan ramalan. Amalan dan ramalan ini berdasarkan konsep Yin dan Yang iaitu (Perkara yang bertentangan) seperti Hitam-Putih, Sejuk-Panas, Malam-Siang. Selain itu, Konsep Luaran dan dalaman – Luaran meliputi anggota luar tubuh badan seperti kulit.

      Manakala bahagian dalaman merangkumi aliran di dalam tubuh badan manusia. Seterusnya ialah konsep kuat dan lemah yang menggabungkan keenam-enam eleman.
      (Contoh-contoh Yin dan Yang)

      Yin - Yang
      Gelap - Cerah
      Pasif - Agresif
      Lembik - Keras
      Sejuk - Panas
      Malam - Siang
      Bumi - Langit
      Bulan - Matahari
      Utara - Selatan
      Dalam - Luar
      Hitam - Putih
      Bawah - Atas
      Perempuan - Lelaki

      Ciri TCM yang keempat ialah Rawatan keseluruhan badan – tak merawat penyakit semata-mata tapi merawat pesakit itu sendiri. Sebagai contoh pesakit dirawat dengan menggunakan kaedah urutan refleksologi

      Kelima, TCM menggabungkan merawat dan mengenalpasti pesakit dan mengenali penyakit. (Mencari penyakit pesakit dan merawat penyakit pesakit) 2 dalam 1. Ia tidak sama dengan perubatan moden di mana lebih menfokuskan penyakit yang dihadapi oleh pesakit.

      Ciri-ciri TCM keenam ialah TCM menggunakan cara istimewa di mana ia tidak dapat dikesan melalui perubatan moden, iaitu menggunakan titik-titik meridian. Titik meridian ini lebih kepada penggunaan kaedah Acupuncture dalam amalan TCM.

      Ketujuh, TCM menyarankan mencegah sesuatu penyakit atau mencegah daripada merawat adalah focus utama dalam amalan TCM dari dulu lagi.

      Sports - Football : Click Picture to Go Site Page

      Best Red yellow
      PhotobucketPhotobucket PhotobucketPhotobucket

      Blog Untuk Download