Text

http://www.msg-cyber.blogspot.com/
Welcome to MSG Cyber
Selamat Datang ke MSG Cyber

Monday, February 27, 2012

Astro Ceria Live Streaming

Assalamualaikum Semua ♥

Hari ini saya hendak kongsikan TV Online ASTRO CERIA. Akan datang saya akan kongsikan TV lain pula.Insya-Allah...

Thursday, February 23, 2012

Tip Menjadi Usahawan Terbilang

Assalamualaikum Semua ♥

Alhamdulillah berjumpa lagi kita di sini. Apa khabar semua yang melawat blog yang tidak seberapa nie... :). Kali ini seaya hendak kongsikan tip-tip untuk menjadi usahawan yang terbilang.. semoga point-point yang diberikan ini dapat memberi manfaat kepada kita semua. jika ada yang mahu menambah boleh la di tinggalkan di ruangan komen. Selamat membaca. insya-Allah.


Tip Menjadi Usahawan Terbilang
Klik pada image untuk mendapatkan paparan yang lebih besar dan jelas

ü Patuh perintah Allah.
ü Sentiasa jujur.
ü Telus dalam sebarang tindakan.
ü Berdisiplin tinggi.
ü Sistematik dalam melaksanakan kerja.
ü Mesra dengan pelanggan.
ü Suka berjumpa dengan semua orang.
ü Mendapat sokongan padu daripada pasangan.
ü Sanggup dan sentiasa bekerja lebih masa.
ü Memiliki bakat semula jadi.
ü Cinta kepada alam perniagaan.
ü Mampu menjadi ketua yang berkualiti.
ü Mempunyai daya saing yang tinggi.
ü Peka perbezaan antara rahmat dan istidraj.
ü Pandai mengurus diri serta cekap dalam mengurus perniagaan.
ü Bersedia membantu orang lain.
ü Tidak mementingkan diri sendiri.
ü Sentiasa ceria dan bermotivasi tinggi.
ü Faham dan mengamalkan kaedah membuka pintu-pintu rezeki.

Dari Majalah Solusi keluaran Isu 40.



Friday, February 10, 2012

Ubat Penyakit Dengki

Assalamualaikum Semua

Berjumpa kembali setelah sekian lama menyepikan diri... mari kita teruskan dengan pengkongsian ilmu. Kali Ini saya ingin kongsikan ubat penyakit dengki. Apakah ramuannya? untuk ketahui kenalah baca sampai habis... Membaca dapat menajamkan otak kita untuk berfikir. Semoga pengkongsian ini memberi manfaat kepada anda semua.. Insya-Allah


Ubat Penyakit Dengki
Klik pada image untuk mendapatkan paparan yang lebih besar dan jelas

1. Sentiasa bersyukur dengan segala nikmat yang Allah s.w.t. pinjamkan. Biasanya kalau tak bersyukur nanti ada rasa tak puas hati tengok kejayaan orang lain.

2. Selalulah melakukan amal soleh dan membantu orang yang memerlukan. Biasanya kalau tak beramal soleh nanti maksiat pula yang dating dekat kita.

3. Perlu ingat setiap masa bahawa rasa dengki itu akan merosakkan amal kebajikkan. Biasanya kalau tak ingat begitu nanti kita lebih suka buat maksiat daripada amal kebajikkan.

4. Tekun dan berusaha mencari rezeki yang halal. Biasanya kalau kita berusaha untuk sesuatu yang haram nanti kita terjerumus ke lembah hina.

5. Berbaik sangka terhadap orang lain dalam setiap tindakkan. Biasanya kalau kita berburuk sangka nanti orang lain akan menjauhi kita.

6. Selalulah mengikat silaturahim dan saling bantu-menbatu antara satu sama lain. Biasanya kalau tidak berbuat begitu nanti tiada siapa yang mahu berkawan dengan kita.

7. Sentiasa menjaga perkataan dan perbuatan daripada menyinggung perasaan orang lain. Biasanya kalau kita bersikap kasar nanti kita akan hilang kawan dan saudara mara.
   Dari Majalah Gen-Q Isu 05.

Sports - Football : Click Picture to Go Site Page

Best Red yellow
PhotobucketPhotobucket PhotobucketPhotobucket

Blog Untuk Download