Text

http://www.msg-cyber.blogspot.com/
Welcome to MSG Cyber
Selamat Datang ke MSG Cyber

Sunday, January 24, 2010

CETUSAN IDEA DAN PANDANGAN TENTANG MASA DEPAN URUT DAN JURU URUT GOLONGAN CACAT PENGLIHATAN (BUTA) DI MALAYSIA.

Pada pandangan dan pemikiran saya industri urut bagi orang buta di Malaysia masih lagi di tahap yang belum memuaskan. Ini kerana masih banyak perkara yang perlu diatasi. Antara perkara tersebut ialah persaingan daripada pusat-pusat pelacuran yang menjadikan kegiatan urut tradisional dan urut refleksologi sebagai topeng mengelak mereka daripada di ambil tindakkan oleh pihak berkuasa. Ini mengakibatkan persepsi dan pandangan masyarakat menganggap tempat-tempat urut sebagai tempat melakukan maksiat. Tanggapan seperti inilah yang mengakibatkan golongan OKU penglihatan yang menceburi bidang urut 100% sebagai sumber rezeki mengalami kesan daripada persepsi tersebut.

Selain itu, kekurangan ilmu dalam bidang urut ini juga menyumbang kepada tahap dan kualiti kerja pengurut tidak memberangsangkan di mana mereka hanya menceburi bidang ini setelah mereka kecewa mendapat pekerjaan lain. “tangkap Muat” dengan hanya mempelajari daripada kawan-kawan tanpa mengetahui fungsi sesuatu bahagian. Tindakkan ini menyebabkan standard dan kualiti yang dimiliki tidak mencapai tahap piawaian yang sama dengan negara-negara yang maju delam bidang urut seperti Negara China dan Jepun.

Masa depan urut bagi pengurut dikalangan orang buta masih lagi tidak menjamin masa depan yang baik berbanding pekerjaan-pekerjaan lain. Contoh soal gaji, kebanyakkan pengurut di Malaysia hanya mendapat gaji berdasarkan komisen sepenuhnya, jika tiada pelanggan maka mereka tidak mendapat sebarang gaji. Hal ini akan menimbulkan masalah bagi mereka yang telah berkeluarga dimana mereka perlu menyara anak-anak, membayar bil dan sebagainya. Ini boleh mengakibatkan mereka akan terjerumus dengan hutang.

Masalah-masalah seperti dinyatakan di atas boleh diatasi dengan beberapa langkah bagi meningkatkan mutu dan gaya hidup masyarakat Buta di Malaysia. Antara langkah-langkah yang dapat dicetuskan adalah seperti berikut;

Malaysia memerlukan undang-undang khas di mana hanya golongan OKU penglihatan sahaja dibenarkan menjalankan dan mengusahakan pusat-pusat urut. Hal ini sangat wajar dilaksanakan kerana ia dapat mengurangkan kegiatan-kegiatan pelacuran malah menhapuskan terus kegiatan pelacuran tersebut, selain itu, ia boleh menghakis persepsi masyarakat bahawa bidang urut dikaitkan dengan kegiatan maksiat dan yang paling penting adalah memberi peluang yang luas kepada golongan cacat penglihatan ini mendapat pekerjaan sekiranya bidang urut ini dikhaskan kepada orang-orang buta sahaja.

Pusat-pusat pengajian bertaraf IPTA atau IPTS perlu mengujudkan kursus-kursus yang berkaitan dengan perubatan alternatif. Ini sangat penting kerana mereka yang bekerja urut ini perlu tahu tentang sistem anatomi, fisiologi, teknik dan sebagainya. Dengan cara ini bidang urut di Malaysia dapat diprofesionalkan. Hal ini dapat meningkatkan kualiti pekerja-pekerja urut dan Pelanggan yang ingin diurut mendapat perkhidmatan sebenar yang profesional.

Bagi menjamin kebajikan pekerja-pekerja urut ini, Pihak majikan perlu mengambil tanggungjawab dengan mencerun wang kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Dengan caruman ini pekerja urut tidak perlu terlalu bimbang apabila mereka bersara kelak daripada pekerjaan urut kerana mereka masih mempunyai wang simpanan. Sekiranya caruman tidak dibuat masa depan pengurut masih samar kerana khudrat untuk melakukan pekerjaan urut ini tidak akan berkekalan selamanya.

Selain itu juga, Bidang urut ini perlu dimasukkan sebagai salah satu cabang perubatan atau kaedah rawatan di hospital-hospital. Dengan itu, secara tidak langsung bidang urut ini menjadi bidang yang professional.

Kesimpulannya, Industri urut di Malaysia masih lagi perlu diperbaiki berdasarkan cadangan-cadangan yang telah dicetuskan. Orang Buta di Malysia tidak akan maju sekiranya tiada bidang yang khusus bagi orang buta kerana bidang-bidang lain telah dipelopori oleh orang-orang normal. Namun begitu janganlah ditutup peluang golongan orang buta untuk terus menceburi bidang-bidang lain.

“1 BIDANG 1 GOLONGAN 1 MALAYSIA”

No comments:

Post a Comment

MSG-Zone

Sports - Football : Click Picture to Go Site Page

Best Red yellow
PhotobucketPhotobucket PhotobucketPhotobucket

Blog Untuk Download