Text

http://www.msg-cyber.blogspot.com/
Welcome to MSG Cyber
Selamat Datang ke MSG Cyber

Tuesday, February 01, 2011

Hari Wilayah Persekutuan

Hari Wilayah Persekutuan

Setiap tahun tanggal 1 Februari ditetapkan sebagai Hari Wilayah Persekutuan.

Jom kita kenali serba sedikit tentang Wilayah Persekutuan ini... Di Malaysia terdapat 3 Wilayah Persekutuan iaitu WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya dan WP Labuan.




Ciri-ciri Bendera Wilayah Persekutuan menerapkan warna asas Bendera Malaysia yang melambangkan Wilayah Persekutuan adalah milik Kerajaan Persekutuan dan seluruh rakyat Malaysia.

* Warna kuning membawa maksud kedudukan yang dihormati, dimuliakan dan kedaulatan;
* Warna biru mambawa maksud perpaduan, keikhlasan, kestabilan, keharmonian dan kebenaran; dan
* Warna merah membawa maksud semangat waja, kekuatan, keberanian dan bertenaga.
* Jata Negara melambangkan Wilayah Persekutuan sebagai jajahan penting yang meneraju pemerintahan, pentadbiran dan pusat perniagaan negara.
* Tiga (3) bintang di bawah Jata Negara membawa maksud 3 Wilayah Persekutuan terpenting iaitu Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya yang bernaung dan mendokong Wilayah Persekutuan. (Sumber: pmr.penerangan.gov.my)



Selamat Menyambut Hari Wilayah Persekutuan...

Dari Aku:
MSG CYBER

No comments:

Post a Comment

MSG-Zone

Sports - Football : Click Picture to Go Site Page

Best Red yellow
PhotobucketPhotobucket PhotobucketPhotobucket

Blog Untuk Download